Coretan Si Skizofrenia

Assalamualaikum. Terima kasih kalau kalau admin siarkan cerita saya ya.

Namaku bunga (bukan nama sebenar) maaf sejujurnya kalau aku tak pandai bercerita tapi aku cuma mahu orang lain ambil peduli dan enteng dengan kawan kawan yang menghidap masalah mental macam aku.

Okey aku ringkaskan, penghujung tahun 2016 aku menduduki peperiksaan SPM dan aku antara pelajar harapan sekolah untuk dapat straight A. Sejujurnya aku tidak mampu tapi cikgu cikgu aku kerap ‘push’ aku.

Aku tak suka sebab aku tahu kebolehan aku takat mana. Dengan matapelajaran matematik tambahannya. Sungguh, aku tak suka subjek yang mengira-ngira. Aku juga pernah merayu untuk ‘drop’ subjek ni tapi cikgu aku tak benarkan. Dengan sebab tu, aku bertahan.

Permulaan peperiksaan yang bakal tiba, aku stress yang melampau sebab terlalu memikirkan peperiksaan aku, aku kira langsung aku tak tau apa yang aku belajar. Dan aku perasan, stress dan depresi aku akan datang bila waktu exam. Sampailah aku masuk U.

Ok berbalik cerita SPM, aku totally dah tak “berapa betul”. Maksud aku, aku dah banyak tak ingat letak barang dekat mana, aku jadi panik, aku serabut, aku tak makan, aku tak tidur.

Pendekkan cerita, itu bukan aku. Aku sejujurnya juga seorang yang periang dan sangatlah peramah dengan kawan-kawan. Alhamdulillah Allah swt kasi aku rezeki dalam hal ni.

Hari pertama SPM, aku menangis nangis sebab aku fikir aku tak boleh teruskan. Aku tak tenang, aku beritahu cikgu penyelaras aku, aku nak ULANG PERIKSA SPM. Time tu cikgu yang mengajar aku semua gelabah sebab nampak aku tak tentu arah, meroyan, dah tak pandai jaga diri dan macam macam lagi.

Oh ya, time ni aku dah mula stress dan dah mula nampak kelibat orang, dengar suara panggil2 aku. Aku bersyukur juga sebab family, cikgu, pengawas peperiksaan, kawan kawan aku totally support aku time aku sakit.

Alhamdulillah ya Rabb, lepas diorang tau aku sakit, diorang dah start risau dan setiap kali nak exam, memang mak aku datang pagi pagi hantar sampai masuk dewan. Allah, aku bersyukur.

Ayah mak aku suap makanan sebab aku memang takkan makan dah apa apa, boleh dikatakan setiap pagi aku muntah. Kawan kawan aku tengok aku, nangis nangis diorang even ada dikalangan kami yang tak rapat. Kakakku tolong gosokkan baju sekolah dan tolong bacakan sejarah untuk aku, Alhamdulillah.

Pengawas periksa dua tiga orang tolong urut urut aku dalam toilet sebab aku muka dah pucat habis sebab tak makan apa semua. Cikgu aku tolong kirim air time exam.

Cikgu kaunselor panggil aku untuk makan setiap kali lepas exam, ada juga aku tersungkur sebab serabut tengok ramai orang, so aku exam dekat bilik rawatan dan diberi lebih masa untuk aku jawab. Sungguh. (Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah swt).

Pada akhirnya dengan keadaan aku begini ketika exam, aku cuba bertahan sampai habis, Alhamdulillah keputusan aku melayakkan aku dapat sambung asasi di Universiti tempatan (kerajaan).

Aku rasa terlalu panjang sebab tak masuk lagi part yang aku diagnos skizofrenia oleh doktor. Aku takut korang bosan dan tak faham cerita aku sebab orang selalunya akan kutuk aku sebab tak pandai cerita. So aku akhiri dulu ya. Thanks.

– Bunga yang sentiasa mekar dan berharap untuk tidak layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *