Coretan Untuk Liza

Assalamualaikum semua. Aku terbaca kisah Liza dan keluarganya, (https://iiumc.com/penat-dengan-keadaan-keluarga/). Ianya seperti membaca kisahku sendiri.

Namaku Embun, anak orang miskin, berdarah campuran. Lahir kat kampung. Kisah Liza sebijik macam kisah aku.

Aku tak suka hidup miskin, orang pandang hina. Jadi dari darjah 6 aku dah pandai cari duit sendiri. Tolong arwah atuk di sawah. Rindu arwah atuk aku, dialah yang ajar aku solat, cerita syurga neraka dekat aku.

Aku ni cucu “lelaki” dia yang tak pernah Ada… Ye lah sebab aku perempuan. Dia Yang ajar aku bawak basikal, bawak aku pergi JPN buat ic.

Bapak aku? Sibuk manjang. Kerja dengan orang. Kerja kampung kalah CEO pergi pagi balik malam. Walhal melepak rumah boss. Malas nak cerita tentang dia orang. Parents aku bahagia dah kot.

Mak aku. Dulu time aku sekolah kerja dia bebel je. Pastu maki… Nasib baik dah tua takde perangai camtu. At the end…. Aku muhasabahkan diri maafkan mereka.

Dulu masa sekolah, aku tak suka dilihat miskin jadi aku berkerja bila cuti sekolah, aku apply sponsorship Dr private company. Jadi mewahlah time sekolah sebab semua tanggung.

Habis SPM aku duduk dengan makcik aku kat luar negara, aku kerja kumpul duit. Dapat result SPM aku apply local U.

Sebenarnya parents aku tak tau pun aku dapat offer sambung pi UK dengan result trial sponsored by private company.

Dia orang tak pernah tanya dan aku takde pun mentor yang nak mementorkan aku. Aku koyak buang je form. Tah lah aku pun dah lupa.

Aghhh parents aku tak pernah ambik tau pun, perjumpaan ibu bapa, konvo ke, event aku beranak pun tak datang… kesian kan aku.

So masa aku dapat offer aku ingat lagi bapak aku cakap, Kau tak yah lah masuk U, kerja Cari duit. Hahaha, Cari duit? Duit aku kerja masa SPM asyik pakai untuk family beli barang dapur.

Aku masuk U dengan duit SENDIRI. Aku pi daftar Uni bapak aku hantar dengan skandal… S1@7 betul..

Bapak aku panas baran. Mak aku selalu kena pukul aku lah yang selalu melawan bapak aku. Last aku ingat aku tumbuk dia sebab pukul adik aku yang 5 tahun. Dahlah budak baru baik patah kaki.

Memang aku gangster sebab dulu hidup aku selalu kena buli sebab miskin. Time Uni ada jugak mintak duit dengan bapak aku. Tu pun selalu kena marah.

Habis tu aku nak belajar. Takkan nak miskin sampai bila²? Belum habis belajar aku dah kerja part time utk buat sewa n hantar kampung. Aku grad je terus dapat kerja. Nasib aku baik sebab aku speaking london very well.

Liza kau kena sambung belajar untuk ubah nasib kau. Zaman sekarang senang tak macam dulu, kurang peluang. Kau boleh buat.

Pasal parents kau, maafkan dia orang, dia orang tak sempurna insya Allah kau tenang. Agaknya aku tolak tawaran ke UK Tu asbab untuk bertemu jodoh dengan suami aku sekarang.

Alhamdulillah dia baik, orang yang dikenali dalam bidang dia, bagi aku dia hebat. Tak boleh puji lebih kang ada penyondol.

Aku? Aku dah jadi suri rumah dah bertahun. Alhamdulillah mewah tak mewah lah tapi boleh lah hidup. Walaupun tak kerja cukup lah. Setahun 2-3 kali bercuti. Oklah.

Aku masih mampu tolong parents. Berjaya hantar dia orang ke mekah, baiki rumah , belikan kereta (tong tong lah duit dengan siblings) bla bla.

Walaupun housewife aku ada bukak gym, sebab aku kaki fitness, ada duit dari media sosial, husband kasi duit lagi. So ok lah. Tak cukup mintak, hahaha.

Liza kau kena sambung belajar, nanti masuk UPU online. Apply, sambil belajar boleh kerja part time pastu apply loan. Jangan duduk dengan parents. Jangan susahkan mak bapak kau. Balik sekali sekala.

Bila ada segulung ijazah, Insya Allah ada ilmu untuk survive. Cari kawan Yang positif, jangan kawan dengan geng hisap, dengan gangster pun jangan.

Set target kau nak jadi APA hidup kena ada kelas tersendiri. Adab kena Jaga. Buat APA pun kerana Allah.

Alhamdulillah aku bahagia dengan suami dan anak2 aku sentiasa berdoa dan bersyukur dengan nikmat yang diberi. Aku ingin jadi ibu terbaik untuk anak2 aku taknak anak2 aku lalui macam aku dulu.

Aku tak banyak kenangan manis dengan family sendiri. Sebab sepanjang 12 tahun dengan family, kerja aku buat kerja rumah, takde kawan sangat, dengar mak bapak gaduh. Banyak lah yang tak best.

Liza aku doakan kau berjaya. Habis belajar Cari kerja, improve communications skills, belajar third language (Aku belajar 4 Bahasa Dan boleh paham 5 bahasa).

First job kau make sure untuk pengalaman gaji kecik takpe, second job baru up gaji kau…

Good luck liza. Jangan rasa rendah diri, jangan dengar cakap orang yang negatif. Sentiasa idolakan orang yang positif. Maafkan parents kau.

Sekian,

– Embun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *