COVID: Pandangan Rakyat Marhaen

Ketika kita sedang berseronok dengan nikmat dunia, tiba tiba datang satu mahluk ALLAH yang di beri nama COVID 19 muncul.

Seperti yang kita ketahui, virus COVID -19, sudah menjangkiti 700++ manusia dia Malaysian ketika aku sedang menulis.

Walaupun perintah ‘KAWALAN PEGERAKAN’ di keluarkan oleh perdana menteri kita, tapi masih ada yang degil atau bahasa kasarnya babel!

1) Pulang ke kampung.

Dukacita, aku sampaikan di sini, bapa saudara aku, sahabat 1 bangunan dengannya Positif covid 19, dia diarahkan kuarantin sendiri dirumah 14 hari, yang si isteri juga berkerja tapi di tempat lain juga diarahkan mengambil cuti, tapi tahu apa mereka buat?

Mereka tetap hantar anak mereka ke sekolah, dengan alasan, ‘alah satu bangunan bukan pejabat, nak risau apa.’

Tak cukup dengan itu, mereka juga pulang ke kampung halaman. Makcik aku yang kerja misi bagi isyarat, ‘kalau balik orang suruh tidur luar rumah’

Group keluarga sunyi.

Keesoknya si isteri update gambar berada dikampung. Krik krik aku rasa…

Manakala, bapa saudara aku sorang lagi adalah jemaah tabligh, alhamdulilah – ve tapi dia di arah kuarantin sendiri, begitu juga dengan isteri.

Apabila kuarantin tamat si isteri masuk pejabat, dan ada yang ambil langkah berjaga jaga memakai penutup muka apabila berada dekat dengan dia dan dia merasakan kan itu satu penghinaan.

Melindungi diri sendiri hak individu. Kalau aku pun aku buat perkara sama.

Ingin aku nyatakan disini mereka bukan seorang yang bodoh dari segi pendidikan, kerja pun bukan biasa biasa. Tapi ‘Minda meraka tertutup dan pentingkan diri’ itu yang mak aku cakap.

2) Semua nak jadi ulama’.

Seperti yang kita ketahui, perlis merupakan negeri pertama yang tidak mengadakan solat jumaat, bertalu talu notifikasi masuk, semuanya sibuk menghentam sultan perlis.

Masing masing menggunakan hujah ‘TAKUT VIRUS DARI TUHAN’, aku ingat tegur tapi memandangkan aku hanyalah anak saudara, aku diam, nanti tak pasal pasal gaduh!

Tapi tahu pula bila 1 malaysia buat semua perkara sama diam, ingatlah kalau bukan bidang kita, diam lebih baik, nak nampak bijak tapi jadi sebaliknya.

3) Nak berjalan.

Dulu kerajaan tak buat perintah kawalan perintah, sibuk bising kenapa tiada tindakan, tapi apabila ada tindakan bising, kami nak makan apa? (insyaAllah ada rezeki buat kalian), kesian anak tak dapat berjalan cuti sekolah.

Allahu 22 tahun aku hidup ayah aku tak pernah bawa pergi bercuti pun, hidup lagi, tau aku hidup lagi!, sabar 14 hari je, aku percaya rakyat malaysia tak ada lah bebal sangat.

Tak payah salam orang, tak payah!, tak perlu menziarah keluarga, tak perlu. Ko kan masa lain tak nak menziarah masa nie juga ko nak menziarah, kau tahu tak tuan rumah tak sampai hati nak halau? Nanti kalau halau kata over pula.

4) Penting diri.

Ada yang pergi bercuti, dan kata ‘ALAH KALAU ADA TANDA TANDA PERGI JE HOSPITAL’ Eh pekat b0dohnya tak boleh ajar, kalau kau tak kisah kau mati, sila kisahkan para pasukan kesihatan, bahagian pembersihan, diorang ada keluarga, diorang nak balik, diorang nak berehat juga.

Mengikut apa aku baca baju PPE tu panas, tak kesian ke dekat Dr? Dan aku baca bilik pengasingan tu panas tiada penghawa dingin mahupun kipas, nak ke jadi udang bakar? Bayangkan sahaja aku tak sanggup.

Maaflah aku cuma rakyat marhen, tapi aku mohon jangan jadi bodoh, duduk rumah kalau tiada keperluan untuk keluar, layan MOVIE, BACA QURAN kalau muslim, banyakan membaca.

Haa elok korang yang tak faham lagi kau pergi tengok cerita korea THE FLU, DERANGED, TRAIN TO BUSAN.

Kalau tak faham macam mana letih Dr bekerja, elok tengok, ‘romantic Doctor teacher kim 1-2’.. Jangan tengok saja saja ambil pengajaran.

Sekian,

Aku cuma rakyat marhen,

– Mochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *