Cuba Lakukan Ini Untuk Dapatkan Kerja

Boleh juga baca, (https://iiumc.com/lulusan-master-bergaji-rm900/).

Assalamualaikum semua. Saya rasa terpanggil untuk buat confession ni lepas baca beberapa siri confession tentang graduan master yang susah dapat kerja.

Saya nak share apa yang saya buat untuk senang dapat kerja. Rasa segan nak kongsi sebab tips tak seberapa tapi memikirkan yang tips yang dikongsi ini mungkin memberi faedah pada orang lain juga, saya share jugalah.

Lagipun rugilah kan bila kita ada sesuatu ilmu tapi tidak berkongsi untuk kebaikan orang lain. Sebenarnya semua tips ni pun bukan asalnya dari saya. Saya ambil dari post-post yang di kongsi di media sosial dan pengalaman orang sekeliling.

Alhamdulillah dengan mengamalkan tips yang diberikan dalam masa sebulan mencari kerja, 7 panggilan interview saya terima. Daripada 7 panggilan interview tersebut, hanya 4 yang saya pilih untuk hadir dan Alhamdulillah saya berjaya dalam 3/4 interview tersebut. Ini sedikit sebanyak apa yang saya amalkan.

1. Baca surah Al-Waqiah setiap hari dengan harapan semoga Allah bukakan pintu rezeki. Tips ni memang banyak kali saya nampak orang share. Jadi saya cuba amalkan membaca Surah Al-waqiah ni setiap hari.

2. Sedekahkan Al-fatihah untuk interviewer setiap kali interview. Tips ini saya dapat dari hamba Allah ni yang sangat senang dapat kerja. Beliau beritahu saya sifat manusia memang suka menerima sesuatu contohnya hadiah atau pemberian. Ketika interview tak mungkin lah kita dapat beri hadiah untuk interviewer. Jadi saya sedekahkan al-fatihah untuk mereka.

3. Jaga hubungan. Saya sudah berkahwin dan mempunyai suami. Kami sangat menjaga hubungan dan selagi boleh berusaha untuk tidak menyakiti hati sesama sendiri sebab takut rezeki Allah jadi mahal apabila tidak menjaga hubungan antara suami dan isteri. Bukan hanya suami, dengan ibu bapa dan orang sekeliling juga bergitu.

4. Doa dari ibu dan ayah serta suami. Setiap kali saya nak menghadiri interview, saya akan maklumkan pada ibu dan ayah saya untuk doakan saya semoga dipermudahkan. Bersungguh-sungguh saya mintak mereka doakan. Doa ibu dan ayah ni makbul kerana tiada hijab terhadap doa mereka untuk anaknya. Begitu juga dengan suami. Saya selalu minta suami doakan semoga dipermudahkan segala urusan saya.

5. Niat nak berbakti pada kedua orang tua selagi mereka masih sihat dan hidup. Untuk part yang ini, hampir setiap kali terlintas tentang kerja, saya memang akan doa semoga allah bukakan pintu rezeki saya seluasnya sebab saya nak berbakti pada ibu dan ayah saya sementara mereka masih bernyawa dan biarlah saat mereka masih sihat walafiat supaya mereka dapat betul-betul merasa. Doa bersungguh-sungguh penuh ikhlas dan pengharapan.

6. Niat nak bantu orang lain apabila diberi rezeki. Ini pun penting juga. Kita kena ingat yang dalam rezeki kita ada juga hak orang lain. Jadi saya selalu berdoa semoga Allah murahkan razeki saya supaya saya dapat membantu orang lain yang memerlukan.

7. Selalu fikirkan cara untuk develop skills yang diperlukan untuk kerja yang dipohon dari semasa ke semasa. Sebelum ini, sejak zaman belajar lagi saya buat pelbagai kerja part time yang saya rasa boleh membantu saya dalam mencapai kerjaya impian saya. Apa-apa sahaja kerja yang pada saya releven dan memberi nilai tambah terhadap pembangunan kerjaya saya. Oleh sebab kerja-kerja part time yang saya buat inilah saya senang dapat kerja walaupun saya baru berumur 25 tahun, graduan master yang tak pernah ada kerja tetap sebelum ini sebab terus sambung lepas habis degree.

8. Yakin dengan diri sendiri dan juga rezeki yang Allah tetapkan pada kita. Ni paling penting. Yakin kita layak untuk dapat kerja setaraf dengan qualification kita. Kita juga kena yakin setiap makhluk yang lahir ke dunia sudah ditentukan rezeki mereka. Sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan sebab luasnya rezeki Allah, apatah lagi kita khalifah Allah di muka bumi. Insyaallah cepat atau lambat akan sampai juga masa kita. Jangan risau

Saya doakan semoga dipermudahkan semua urusan kawan-kawan yang masih struggle mencari kerja. Semoga setiap usaha yang dititipkan akan ada balasan yang setimpal. Amin.

– Anis

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *