Cukuplah Ada Tuhan

Aku mulakan dengan sedikit pengenalan.. aku bujang nak masuk 40, mak bapak dah meninggal,

Tapi alhamdulillah Allah bagi kerjaya yang mencukupkan keperluan dan kemahuan tanpa bergantung harap kat siapa-siapa.

Aku nak luahkan, aku tak teringin langsung nak berkawin, beranak pinak, berkeluarga sendiri.

Makin berumur, makin aku sedar yang tak ramai perempuan kawin dan bahagia. Buat buat bahagia ramai, majoriti macam tu, aku percaya.

Makin tua, aku kesian pada perempuan yang anggap nilai diri dia terletak pada suami dan anak-anak, sampai ke tahap suami tak jalankan tanggungjawab pun bini kekal setia berpenat lelah bela biawak hidup.

Dah bertahun suami tak jaga keluarga untuk seribu satu alasan, isteri tetap sabar menanti tergantung tak bertali.

Sebab apa? Sebab masyarakat pandang orang terutama perempuan yang bercerai adalah orang yang gagal dalam hidup.

Dan lelaki yang akhirnya kembali setelah puas bernoda dosa, diagungkan sebagai insan kerdil yang tak lari dari kesalahan.

Manakala wanita yang keluar rumah berjumpa kawan tanpa izin suami dianggap penghuni neraka jahannam, wanita yang tak bertudung atau meninggi suara dikecam dan diugut bunuh.

Masya Allah, toksiknya masyarakat kita. Tak henti-henti aku ucap syukur sebab tak terbelit dengan mentaliti hina lagi merosakkan ni.

Untuk semua yang bercerai dari pasangan berperangai binatang, anda semua champion! Anda juara menentang ketidak adilan terhadap diri sendiri. You’re my light, my inspiration. Keep it up!

Ramai orang lupa yang berkahwin sepatutnya kena ada mawaddah, raudhah dan sakinah.

Ramai yang letak punca dan tanggungjawab bahagiakan keluarga pada bini semata-mata, hatta suami curang pun disalahkan bini yang Allah bagi susuk badan yang lemah dan penuh dengan hormon.

Bukan sekali kes isteri dibunuh di bumi Malaya ni, isteri disalahkan atas seribu satu tohmahan, fitnah dan kecaman.

Kes isteri dibelasah apatah lagi, didoakan netizen supaya isteri kembali kepada suami yang pastinya akan semakin rakus melampias nafsu dan amarah atas kuasa mutlak ‘ketua keluarga’.

Nauzubillah.. apalah yang nikmat dengan belaian lelaki kalau badan berbirat,

Alhamdulillah Ya Allah, aku terlepas dari azab dunia.

Lagi baik aku taat pada kerajaan, taat pada menteri yang kononnya rakus songlap duit rakyat padahal ketua-ketua di rumah sejak zaman berzaman rakus memperh4mbakan isteri, merajakan anak lelaki dan menyediakan anak perempuan untuk diperh4mbakan.

Perh4mbaan sistemik berlandaskan adab melayu dan perundangan Islam yang dimanipulasi orang Islam sendiri.

Sungguh aku sedar tamadun barat terlalu tinggi dalam pemikiran berbanding tamadun nusantara yang hanya kisahkan adab secara luaran, yang buruk di dalam dibiarkan mereput berulat.

Dalam kita sombong memandang rendah budaya s3ksual bebas dan feminisme, baratlah yang lantang memperjuangkan kesaksamaan hak manusia tak kira jantina dan kaum.

Dalam polis di sini selesaikan kes penderaan dengan menyuruh mangsa ‘berbincang elok-elok dengan pasangan’, polis di barat di latih untuk asingkan mangsa dan diberi perlindungan secara sistematik.

Dalam kita marah barat menuduh Islam agama menindas dan menyekat wanita, kita lupa kita sendiri yang menunggang hukum Islam untuk membenarkan perlakuan sampah dan syaitan di kalangan kununnya penjaga wanita dan ketua keluarga.

Cukup jelas dan terang untuk aku, perkahwinan bukan kunci bahagia. Kalau kahwin itu penjara untuk lelaki, maka kahwin adalah ner4ka untuk perempuan.

Tak sudi aku tambahkan umat untuk sekumpulan manusia yang akan teruskan kitaran toksik masyarakat yang sama.

Aku ada Allah. Dengan perkahwinan yang penuh toksik, aku akan terduduk meraung menyesal nasib diri dan jauh dari Allah. Oleh itu ya Allah, jauhkan lah aku dari sesuatu yang menjauhkan aku dari MU.

Yang terasa mungkin anggap aku perempuan sombong menongkah langit sebab berduit, tapi ini realiti yang aku tak perlu reka.

Perkahwinan yang patut jadi lubuk kasih sayang dan pahala, zaman sekarang dah jadi lubuk dosa dan penindasan untuk buktikan betapa dayusnya jantan acah alpha.

Sekadar luahan si bujang yang bahagia, namun mengasihani yang teraniaya.

– La Hella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *