Salam semua. Sorry kalau ayat saya berterabur atau rasa kebudak- budakkan. Saya tak tahu nak start cerita dari mana. Bukan niat nak aibkan ayah sendiri tapi saya tak tahu nak luah dekat mana lagi.
Saya berumur 32 tahun. Perempuan. Belum kawin lagi. Cerita dia macam nie. Ayah saya nie kawin banyak. Kalau kira total ada 4 bini tapi 2 dah diceraikan. Ayah saya tak mampu pun untuk kawin sebenarnya tapi atas alasan apa dia kawin lain paham² ja la.
Saya anak sulung dari bini pertama. Dengan mak saya ada 4 anak, bini kedua 3 anak, bini ketiga 1 anak and last ada 4 anak. Yang paling kecil maybe ada umur setahun da rasanya.
Sebenarnya apa yang saya nak luahkan adalah ayah saya nie da lama tak kerja. Ayah saya tak suka kerja under orang. Last dia kerja pun time umur saya maybe dalam 24-25. Ayah saya suka berniaga tapi mostly bisnes dia banyak yang tak jadi.
So tanggungjawab jaga family tu jatuh kat atas kami 4 beradik. Kami kena tanggung 3 adik kami dari ex bini no 2 sebab dia lari tinggalkan anak dia.
Actually punca kami bole bela dorang sebab ayah saya call merayu suruh ambil budak² tu dekat rumah kawan ex bini dia.
Sebab kesian punya pasal dan atas sebab darah daging sendiri kami ambil dorang jaga. Time nie ayah saya da kawin dgn no 4 so dia stay dgn perempuan tu kat negeri lain.
2 orang adik saya time nie dorang jadi bukan warganegara sebab sijil nikah ayah saya tak sahkan dekat malaysia. Adik yang lagi 1 tu terlepas. Cuma bawah dia ja tak lepas.
So sampai umur berapa kami tak dapat masukkan dorang 2 orang ke sekolah sebab bukan warganegara. Just hantar p tadika and tahfiz. Tu pun ustaz keluarkan sebab ayah saya tak mampu bayar.
Time tu yang kerja cuma saya dan adik no 2 ja. Gaji pun bukan nya banyak time tu. Lepas kami kerja nie ayah da start susah bagi duit rumah. So dari situ la kami yang tanggung semua.
Sekarang masalah warganegara tu da selesai lepas kami fight dengan ayah. Memang gaduh besar time tu. Mana dengan selalu balik kacau² kami minta kereta untuk urus bisnes dia.
Dulu kami ada ja kereta dengan motor. Lepas ayah saya kawin no 4 tu and start nak buka bisnes dia minta mak saya jual kereta kami. So tinggal moto ja dekat kami. Time nie saya dengan adik² still study lagi.
Bila saya da start kerja benda 1st saya beli adalah kereta sebab saya tak mahu menyusahkan orang. Adik tiri saya ada masalah asthma.
So kadang² time tengah malam dia kena attack asthma. Mak saya terpaksa call kawan dan kadang bos mak saya untuk tolong bawak adik saya pergi ke hospital.
Lepas ayah saya tahu yang kami da ada kereta, dia selalu kacau and minta kereta saya. Sampaikan saya tengah kerja pun dia akan datang minta kereta dan tinggalkan moto untuk saya balik. Saya rasa stress sangat time tu.
Saya rasa kesian tapi dalam masa yang sama saya tak bole nak hadap dengan perangai ayah saya. Malam² dia akan masuk dalam kereta and start kereta untuk sembang telefon. Lama² kereta saya buat hal. Dan yang kena keluarkan duit tu saya. Ayah saya cuma tahu guna ja.
Fast forward cerita, sekarang adik² tiri yang 2 orang tu da sekolah except abang dia. Yang nie dia sendiri yang rosakkan hidup dia sendiri. Kami da buat apa yang kami mampu.
Tapi perangai dia sebiji macam ayah saya. Tidak bole ditegur langsung. Ayah saya still sama. Kacau² kami minta kereta untuk uruskan bisnes yang masih belum berjalan.
Masalah nya dekat sini saya jenis lembut hati. Saya tak boleh tengok ayah saya susah tapi ayah saya macam ambil kesempatan dengan kelemahan saya. Ayah saya selalu minta duit dengan kami 4 beradik.
Sebab ayah da tak kerja. Bini no 4 dia pun tak kerja. Dorang stay dekat rumah parents perempuan tu. Bila kami tak bagi duit ayah saya mula burukan kami.
Tapi mostly mak saya yang kena paling teruk. Dia selalu tuduh mak saya cakap mak saya batu api. Burukkan ayah saya dekat kami.
Family sebelah ayah kadang ada jugak tolong bagi duit dekat ayah. So bila dorang bagi kami yang kena. Ayah cakap kami macam². Sampai sekarang kami yang still tanggung rumah dan anak bini no 2. Sekarang nak minta tanggung bini no 4 pulak.
Saya tak tahu macam mana nak keraskan hati saya. Sebelum nie ayah saya pernah nak jodohkan saya dengan dato umur 60an. Katanya baru lepas dapat duit loan berjuta².
Bila dengar tu saya rasa sedih, geram dan marah. Saya nangis. Rasa macam ayah saya nak jual saya ja time tu. Mostly semua laki yang ayah saya nak jodohkan semua tua². Saya cerita benda nie dengan kawan lelaki saya.
Dia marah sangat dan dia suruh block ayah saya. Dia tak benarkan saya tolong dan bercakap dengan ayah saya lagi. Tapi saya ada jugak buat benda nie curi² sebab kesian. Yang terbaru saya ada tolong ayah saya lagi mengenai hal duit.
Last² saya dicopkan bodoh oleh ayah saya. Lepas dari tu saya da niat nak keraskan hati dan tak mau bantu ayah saya tapi tak tahan lama. Dia ada minta kereta saya tapi saya cakap nak guna. Lepas ja cakap macam tu terus saya rasa sedih dan menangis di dalam bilik.
Adik² dengan kawan laki saya selalu cakap saya bodoh sebab saya still lagi boleh rasa kesian dekat ayah saya.
Saya cuma fikir 1 benda ja. Dari kecil sampai la saya sambung belajar ayah saya yang bagi duit. Lepas tu saya pegang cerita nabi mengenai ibubapa disumpah menjadi khinzir. Jadi saya rasa saya tak ada hak untuk judge ayah saya.
P/s : Tolong jangan kecam saya dan family saya.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit