Daripada Mata Hati

Assalamualaikum semua. Baru ni aku ada terbaca dekat instagram pasal satu artis yang berkongsi cerita dan pengalaman dia diserang Anxiety.

Betul, anxiety boleh menyerang sesiapa saja. Kanak-kanak hingga mak nenek boleh jadi. Punca anxiety ni ada banyak. Macam pengalaman aku, punca aku kena anxiety mungkin kerana persekitaran aku.

Environment aku, dari kecil aku ditakut-takutkan oleh orang yang lebih dewasa dari aku. Tak boleh itu tak boleh ini nanti kau jadi macam tu macam ni. Which is memang hal yang negatif.

Aku hidap anxiety hampir 4 tahun. Lepas 4 tahun baru aku beranikan diri jumpa psychologist. Sepanjang 4 tahun aku pon tak tahu itu adalah anxiety. Aku pikir ia kerana adalah perbuatan orang.

Until one day, my brother nasihatkan saya jumpa psychologist and bagitau semua masalah yang saya hadapi and yes, it is anxiety.

Anxiety aku jenis tak boleh ada trigger factor. Aku tak boleh dengar berita-berita yang mengejut dan sedih.

Sepanjang 4 tahun tu adalah tempoh paling sedih dalam hidup aku. Masa tu aku bujang. Belum berkahwin lagi. Mak bapak aku dan adik beradik akulah kawan kawan aku. Aku stop berkawan dengan semua orang yang tak boleh faham apa aku tanggung. I removed toxic people.

And family members aku pon tak semua yang open tentang mental health ni. Kebanyakan dorang just cakap ala benda ni biasa.

Mak bapak aku walaupon dah tua dan tak ada knowledge tentang apa itu mental health, dorang tetap supportive dan ada di sisi. Merekalah orang yang paling setia dan tak pernah h mengeluh jaga aku yang anxious.

Aku pernah hampir kena pukul dengan abang aku sebabkan anxiety ni. Dia fikir aku sengaja nak susahkan mak bapak aku. Aku tau dia sayangkan mak bapak aku. Aku pon sayang mak bapak aku lebih dari kau tahu. Tapi aku tak boleh bantu diri aku sendiri masa tu.

Then bila aku dah ok sikit. Aku decide nak tamatkan zaman bujang aku. Aku jumpa dengan seorang lelaki yang aku rasa boleh jaga dan didik aku dengan baik. Bantu aku untuk pulih.

Alhamdulillah aku tak salah pilih. Dia seorang suami yang baik. Selalu ada di sisi aku saat aku perlukan. Saat aku anxious. Dia yang selalu bagi aku semangat. Terima kasih Allah.

Aku hidup happy. Bina perniagaan. Ada dropship and stokis yang banyak. Produk aku laku keras. Aku ingatkan aku dah cukup happy.

Tak lama lepas tu, kakak aku pulak di diagnosed ada kanser. Breast cancer. Sedihnya mak bapak aku masa tu, bapak aku menangis seminggu.

Aku belum pernah tengok bapak aku nangis macam tu. Even masa aku “sakit” dulu pon tak pernah aku tengok dia menangis macam tu. Luluhnya hati bapa aku. Anak perempuan sulungnya sakit. Terpaksa buang sebelah breast.

Aku salute dekat kakak aku tu. Dia sakit dia tak pernah tunjuk dekat kami. Dia duduk di rumah dia dengan suami dan anak-anaknya saja.

Dia berjuang dan kuat demi anak-anaknya. Alhamdulillah sekarang dia dah sihat dan boleh bekerja semula.

We are so happy. Then one day, my mom mengadu sakit gigi. She went to dentist and the dentist refer her to specialist. Why? My mom didiagnosed ada kanser. Dekat rahang dia. Allahu.

Hancurnya hati aku. Sedih. Pilu. Saat aku nak bagi mak aku happy bahagia, datang lagi ujian untuk dirinya. Dan ujian untuk kami juga sebagai anak-anaknya.

Mak aku tak pernah nangis depan aku. Sebab dia tahu keadaan aku. Dia tak nak aku susah hati. Tapi aku tahu jauh dalam lubuk hati dia lagi sedih dari aku. Dia juga bukanlah seorang yang berani.

Berapa bulan kakak abang aku pujuk dia untuk operation. Umur mak aku tu dah 70 tahun lebih. Bapak aku pulak dah nak masuk 90 tahun.

At this time, aku rasa aku useless sangat. Sebab aku tak mampu nak ada di sisi dia selalu. Because of my anxiety. Tapi psychologist aku cakap don’t blame yourselve. Adik beradik awak ramai. Jangan main peranan sorang-sorang. Biar adik beradik yang lain tahu tanggungjawab mereka juga.

Yes. Memang selama ni banyak hal mak bapak aku aku yang uruskan. So bila aku dah bagi balik tanggungjawab dekat adik beradik aku, aku rasa ringan sikit.

Definitely i hate anxiety and cancer. They stole away our happiness.

Apa yang aku mampu, call dia everyday teman dia appointment doc and i refuse to talk about her cancer. I don’t want to cry in front of her.

Bila dekat rumah sendiri, baru-baru tu aku nangis lah jugak. Dalam bilik air, tengah solat. Aku nangis, Sedih. Aku rasa macam lost.

Tapi bila dalam call, aku berlakon happy2 je dengan mak aku. Paling kesian bapak aku, lepas satu, satu ujian dia kena lalui. Aku, kemudian anak perempuan sulungnya, kemudian insan yang paling dia cintai dan sayang isteri dia.

Ya Allah, tiada lain aku minta berilah kebahagiaan buat kedua ibu bapa aku.

And i would like to thanks a lot to my sister (2nd sister) yang take in charge jaga mak bapak aku uruskan mak bapak aku dari A to Z. Sampailah saat ini, mak aku perlu jalani operation untuk buang ketumbuhan itu.

Kakak aku yang no 2 tu lah orang kuat kami. Patulah rezeki dia tak pernah putus. Sebab selalu memudahkan urusan kami sekeluarga.

Korang, doakan mak aku cepat sihat. Dan doakan aku bebas sebebasnya dari anxiety.

– Fawwaz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *