Dear Adara

Ada satu hari tu. Aku betul-betul rasa nak give up dengan hidup aku. Semua masalah yang datang silih berganti dan paling teruk ia seakan menjerut leher aku.

Otak aku seakan tak boleh dah nak berfungsi. Air mata pulak rasa dah kering untuk mengalir sebab air mata tu selalu tumpah bila aku kenangkan nasib aku.

4 tahun yang lepas, aku diratukan oleh seorang lelaki yang aku gelar suami. Dan aku tak sangka dia hanya pinjaman untuk aku yang sangatlah sekejap.

Masa aku bersalinkan Adara, dia adalah susuk suami yang selalu menjadi penguat. Masa second trimester aku, masa tu aku masih aktif meniaga secara atas talian, then ada satu hal yang buat aku rasa sangat-sangat sedih iaitu berkaitan kandungan aku.

Doktor scan amd bagitahu Adara mungkin menghidap syndrome down sebab ada kecacatan masa scan tu, tak sama dengan baby normal. Aku hampir rasa putus asa and nak gugurkan jer Adara masa tu. Memang iman aku diuji saat tu.

Aku takut sangat Adara tak boleh membesar macam anak-anak orang lain. Aku takut Adara kena kecam sebab kecacatan dia. And macam-macam ketakutan aku.

Then aku pernah luah kat arwah suami yang aku nak gugur sebab aku takut. Takut nak tengok anak aku tak dapat survive dengan masyarakat sekeliling yang rata-rata kaki judge ni. Takut yang sangat.

But my arwah suami still bagi aku semangat and nasihat. Dia tak nak aku gugurkan kandungan.

Dia siap nasihat “Sayang… Adara tak mintak pun lahir kedunia dengan kondisi macam tu dan tuhan tu tak kejam. Dia tahu kita boleh jaga Adara, that why dia bagi anak syurga tu kat kiti. Awak kira bertuah tau sayamg”.

And macam-macam dia kata sampai aku buang niat akh untuk gugurkan kandungan tu sejauh mungkin.

Masa masuk trimester ke tiga pulak, kami laki bini seronok persiapkan macam-macam untuk Adara. Bagi kami waktu tu, Adara akan jadi anak yang sihat membesar. Adara tak akan pernah cacat di mata kami. Lantak lah apa orang nak cakap. Kami tak kisah.

But sebelum Adara lahir, and masa tu something magic happen which is sekali lagi aku scan kali ni 6D kat klinik swasta yang lain, baru aku tahu yang sebenarnya Adara normal jer macam baby lain. I am so excited masa tu.

Masa ni aku scan sendiri tau, tak ditemani suami sebab malam tu suami aku kena jumpa client dia untuk settlekan project interior design rumah cust tu.

Aku ni jenis tak sabar-sabar nak tunjuk gambar scan tu tau. Nak hantar by whatsapp, aku rasa tak best sebab tak boleh nak tengok reaction air muka suami,

So aku terus drive pergi tempat yang suami aku kata dia nak deal dengan client dia tu, dekat sebuah restoran ala-ala melayu.

Then aku macam terkedu bila dah sampai sana, susuk tubuh suami aku pun tak nampak. Masa ni aku rasa macam pelik dan rasa resah semacam.

Aku terus call suami aku. Berkali-kali aku call tapi tak berangkat. Mula fikiran aku ni terfikir yang bukan-bukan. Aku check live location suami, tengok live location dia tuju kat sebuah Hospital.

Tanpa terangak-agak aku pergi lah ke hospital tersebut. Kebetulan masa tu ada ambulans tengah drop pesakit kat emergency, jadi aku nampak lah pesakit yang dia drop tu.

Allahu waktu tu aku tak boleh nak kata apa. Suami aku. Suami aku yang tengah terbaring longlai atas katil sambil ditolak masuk oleh beberapa orang jururawat ke wad ICU. Muka dia penuh dengan darah.

Aku apalah… Aku lari secepat mungkin untuk dapatkan my husband, tapi aku dihalang masuk ke wad kritikal masa tu. So kena tunggu luar.

Waktu tu aku harap suami aku akan sembuh. Lagi 2 minggu jer aku nak bersalin. After sejam lebih aku tunggu kat luar tu sampai tersengguk-sengguk terlena dekat kerusi tu, barulah aku dikejutkan oleh seorang Dr.

Dr tu bagitahu yang my husband dah tak ada. Dah tak ada! Maksudnya suami aku dah tak kan ada dalah hidup aku selamanya. Dia tak nampak Adara pun.

Sedih gila masa tu tak boleh nak gambarkan. Aku pengsan kot masa tu. Bila aku bangun-bangun, dah dalam wad and terbaring atas katil dengan beberapa wayar tercucuk kat tangan. Aku nangis semahu-mahunya. Aku harap tu mimpi. Tapi tak. Benda tu kenyataan yang aku harus terima.

Then Doktor terpaksa tahan aku sebab tekanan darah aku drop tiba-tiba, HB aku pun teruk masa tu. Aku perlukan bantuan oksigen sebab aku susah untuk bernafas. Otak rasa nak pecah. Kepala rasa berat. Hati rasa remuk untuk terima sebuah kenyataan.

Then bila dah hampir seminggu kondisi aku tak nampak kearah positif, Dr pergi pulak kepada fasa check kandungan aku. And yaa… Baby aku dah stop bergerak. Jadi Dr terpaksa buat emergency czer. Alhamdulillah waktu tu, Adara sempat diselamatkan.

Lepas Adara lahir, aku hampir meroyan almot 3 bulan. Aku rasa macam aku ni tak layak bahagia. Dah lah datang dari broken family. Bila nak bahagia dengan suami di sisi, Allah tarik pulak suami.

Allahhh…. Aku tak kuat masa tu. Adalah family memeber suami datang untuk bagi semangat. Tapi macam family yang lain, tak semua sekepala dengan kita.

Adalah one of kakak ipar suami cakap, “Dah maknya meroyan macam orang gila ni, biarlah mak ciknya jaga si baby. Kesian dia”. Waktu tu aku bengang gila then aku hampir serang kakak ipar suami tu, nasib di halang.

Then mak mertua aku tolong jaga Adara. Almost 6 bulan jugak lah mak mertua aku jaga Adara and aku sekali sebab dia berat hati nak tengok mak and anak dipisahkan.

6 bulan tu aku cuba kuatkan diri. Aku fikir Adara tak patut rasa apa yang aku rasa. Aku kena bagi dia rasa happy yang dia ada seorang ibu yang penyayang.

Now Adara dah 4 tahun. Aku dah ada small business sendiri. Then about “ada satu malam tu kan” yang aku cerita pada awal cerita ni, aku again hampir give up sebab Adara keep tanya “Boleh tak Adara nak ayah?”.

And then tadika tempat Adara belajar tu ada some kids yang kurang hajar suka-suka kata anak aku tak berbapak sebab diorang tak pernah nampak ayah Adara.

Bukan takat budak-budak tu jer, mak -mak diorang pun naik sekali siap ada sekor dua ekor tu pesan kat aku jangan kacau suami diorang sedangkan aku kenal pun tak.

Adara aku dah tukarkan sekolah but tah dia macam tak nak sekolah dah. Setiap kali nak hantar dia akan nangis lepas tu cakap, “Ayah tolongg!!!”.

Bila aku cakap, “Adara. Adara tak kan ada ayah lain sebab Ayah Adara tu lah satu-satunya suami ibu dan Ayah pada Adara. Allah dah ambik Ayah. So Adara kena bersyukur Ayah Adara ada dengan Allah”.

Tapi budak manalah boleh paham semua tu. Tak pasal-pasal setiap hari dia mintak tengok kubur ayah dia. Aku okay jer.

Tapi kadang tu susah aku nak bahagi masa demgan business nak jumpa supplier and client, lepas tu ada satu sikap kat Adara ni kan….

Benda lain kalau dia mintak kau masih boleh nego. But bila sentuh about “nak pergi jumpa ayah” dia nak, nak lah. Tak boleh tunggu. Kadang malam pun dia mintak. Kalau malam tak lah aku layankan.

Aku just bagi dia bawak tidur gambar frame arwah ayah dia jer. Sedih sangat tengok Adara macam tu. I hope i can be a good mother untuk dia.

So… Kepada isteri yang kematian suami, and ada anak kecik yang keep asking about their father even kau dah terang banyak kali, how you handle this ya?

Aku tak nak nangis or marah Adara. But sometimes soalan dia buat aku rasa rindu sangat kat arwah tapi rindu tu tak terubat.

– Hanah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kesiannya…. semoga Allah mempermudahkan semua urusan awak dan Adara, Allah hadirkan seseorang yang boleh memberikan kasih sayangnya kepada Adara dan awak, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam perniagaan awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *