Deeplah Sangat

Assalamualaikum. Terima kasih kepada pihak IIUM sebab sudi siarkan bebelan remeh aku ni. Biasanya aku tukang baca je confession dalam page ni. Tujuan aku menulis ni sebenarnya untuk meluahkan kekeliruan dan menyelesaikan curiousity aku. Aku nak tahu sangat kenapa lately, trend orang kita is bashing people. Sama ja malay ka Chinese ka Indian ka lain-lain ka. Semua nak bajet bash intektual/rational. Disregard our manners in doing so.

Biasa sangat dah aku tengok HashtagDeep. HashtagPadu. HashtagDalam. HashtagAdaAkuKisah. Bosan aku. HashtagCanYouPleaseGrowUp. Secara tak sedar kita dah terbiasakan komen untuk riak, komen untuk dapat like, komen untuk menyidir. Terbaru ni, buntat. Eh lantak dia lah nak up status Buntat. Lol. Apa yang kita dengki sangat dengan orang? Mana boleh kau expect orang lain sama dengan kau.

Orang kita sekarang ni suka sangat bash/kondem opinion orang lain without proper manners beb. Padu lah sangat. Dpt pulak ada readers baca komen geng padu, dia pun ikut like sbb rasa komen tu bajet padu kan tanpa being considerate of how orang yang confess tu akan rasa. Kau nak tough love or being rational pun kau jangan sampai hati readers lain rasa macam nk bg tough Frogsplash kat kau dan komen-komen kau. Belum aku sebut move arwah Rikishi lagi. Kah. Cause your comments really asking for it bhai.

Contoh geng bajet rasional bash geng dunia novel, geng feminist versus geng suami goyang kaki, geng liberal berentap dengan geng muslimin muslimah. Dah macam biru lawan merah ko tau? Ko nak disagree or nak share other opinion tak salah. In fact aku rajin baca page ni pun sebab aku nak baca pengalaman orang lain and variety views dalam ruang komen. Tapi budi bahasa tu jaga lah. Bawa-bawa mengucap. Komen kau jangan ala dewa-dewa kayangan sangat. Spread positive vibe. Bkn negative.

Aku tegur kau bro/sis sebab aku hidup selama hari ni dengan orang yang sifatnya sama macam kau. Tak pernah puas hati dengan orang lain. Ada saja salahnya. Sekecil-kecil hal nak dibesar-besarkan asalkan dia dapat rasa gah. Semak beb hidup dengan orang negative ni. Dia sebarkan vibe negative dia pada kita. Kalau kau sepositif teletubies pun, datang je orang macam ni, the rest of the day rasa macam filem psycho thriller kau tau?

So yeah, itu yang paling menyemakkan mata dan hati aku kebelakangan ni. Maaf ampun dipinta jika terasa tersusuk dijiwa sanubari. If sentap geng padu le tu. Kihkih. If kau boleh tough lovekan confessor lain dengan komen-komen kau. This is my tough love for you bro. Sila muntah darah. Kahkah. Salam padu dari silent reader. Peace.

– Silent Reader

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit