Dendam Mangsa Gangguan S3ksual

Sesungguhnya gangguan s3ksual ternyata memberi kesan yang besar terhadap mangsa.

Salam sejahtera semua. Aku Mekyah berusia 32 tahun dan telah berkahwin dan dikurniakan suami yang baik dan penyayang.

Kehidupan aku sederhana sahaja sama seperti kalian bangun pagi, ke tempat kerja, pulang, bersosial bersama teman sekali sekala dan pulang dari kerja memasak untuk suami tercinta.

Okay, aku tak pasti semenjak dua menjak ini aku kerap didatangi memori lampau yang aku pernah lupakan tetapi tiba-tiba ia muncul dalam benak fikiranku.

Memori lampau yang aku maksudkan adalah sebuah kisah yang tidak pernah aku kongsikan kepada sesiapa pun waima rakan baik, kekasih mahupun suami.

Sejujurnya aku tidak ingat dengan tepat ketika usia berapa derita itu menimpa diri aku. Tapi yang pastinya diantara usia 5 atau 6 tahun.

Ketika aku bersendirian bermain dihadapan rumah, aku didatangi anak lelaki jiran yang menghampiri aku sambil menyorong basikal GT miliknya. Aku gelarkan dia Toby (bukan nama sebenar).

Pelik mengapa begitu ramah dia kepada aku? Toby aku anggarkan remaja berusia belasan tahun ketika itu.

“Mekya nak ikut abang jalan-jalan naik basikal tak?” tegur si Toby dengan ramah tamah sekali.

Aku sebagai anak kecil yang kebosanan kerana main bersendirian sudah semestinya langsung sahaja bersetuju sambil terus meluru kearah Toby yang gembira aku bersetuju dengan pelawaannya dan aku duduk (carry) di palang basikal GT milik Toby itu.

Toby membawa aku melalui kebun getah yang jarang digunakan oleh penduduk kampung dan terus menuju ke Loji Indah Water yang masih belum beroperasi di taman perumahan yang masih belum ada penghuni.

“Jom abang bawa tengok apa yang ada dalam lubang ni” sambil dia membuka salah 1 lubang pembentung sebesar lubang mainhole yang kita biasa lihat dijalanan tu.

Aku ketakutan kerana lubang pembentung itu gelap, tetapi Toby meyakinkan aku “jangan risau, abang ada dengan Mekya”. tambahnya lagi sambil menghulurkan tangannya kepada aku.

Bila aku masuk sahaja ke dalam lubang pembentung itu, rupanya dalaman dia seakan gegelung batu yang biasa ada di taman permainan era 90an dahulu tetapi sedikit sempit.

Di dalam lubang itu aku lihat ada beberapa puntung rokok, aku syak ini merupakan port untuk mereka melepak sambil merokok agaknya.

“Abang sayang tau kat Mekya” katanya lagi dan tangannya terus menurunkan seluar yang aku pakai. Aku terdiam tak mengerti apa yang cuba Toby lakukan.

Dia mengusap kem4luan aku dan tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup suara abang aku memanggil nama aku.

Aku yang masih belum mengerti apa yang telah berlaku menyahut kembali panggilan abangku itu. Aku menjengah keluarkan kepala dari lubang pembentung itu “Abang, Mekya kat sini lah!” jerit aku kembali kepada abangku seperti tiada apa yang berlaku.

Bayangkan kalau tiada sesiapa yang mencari aku ketika itu apa akan berlaku kepada aku?

Allah, bila aku teringatkan kembali kejadian yang telah berpuluh tahun aku lupakan sesak didada menimpa. Kenapalah otak aku boleh recall memori lama yang telah aku lupakan.

Abang menarik aku keluar dari lubang pembentung itu, lalu bertanya apa tujuan Toby membawa aku ke lubang itu? Toby berbohong dengan mengatakan bahawa akulah yang ingin mengikutnya kesini.

Abang ketika itu masih remaja mungkin kurang cakna dengan isu r0gol ataupun gangguan s3ksual.

Terus abang membawa aku pulang ke rumah sambil membebel memarahi aku kerana gara-gara ketiadaan aku dihadapan rumah, emak memarahi abang.

Tidak pasti bagaimana abang boleh tahu aku berada di lubang puaka itu, adakah Allah membantu aku yang naif ketika itu melalui bantuan seseorang yang ternampak pemergian aku dengan Toby ketika itu?

Sememangnya ia menjadi misteri bila aku kenangkan kembali. Tak mungkin aku akan kembali bertanya kepada abang bagaimana dia tahu aku di lubang pembentung itu.

Ketika aku darjah 5 juga aku lalui lagi pengalaman pahit menjadi mangsa gangguan s3ksual tetapi tidak melibatkan alat sulit, tetapi si pelaku secara tiba-tiba mencium bibir aku. Aku terkejut dan terus berlari pulang ke rumah.

Agaknya si pelaku ketakutan aku melaporkan hal ini kepada ahli keluarga, bila aku keluar kembali bermain bersama rakan-rakan di luar rumah tiba-tiba dia datang dan menghulurkan duit kepada aku untuk tutup mulut aku agaknya.

Ini juga kejadian yang telah lama aku lupakan tetapi bila aku teringatkan memori nyaris jadi mangsa gangguan s3ksual si Toby terus ia jadi berkait untuk teringat dengan kejadian ketika darjah 5 itu.

Sebenarnya, yang selalu menjadi pemangsa kes gangguan s3ksual adalah dalam kalangan orang yang dikenali.

Diharapkan para ibu bapa tolonglah jangan biarkan anak bermain diluar bersendirian dan ajari anak tentang pendidikan s3ks supaya tidaklah dia menjadi seperti aku yang tidak tahu apa yang berlaku kepada diri dan tidak mampu bersuara ketika menjadi mangsa,

bila dah dewasa baru sedar apa yang berlaku kepada diri itu merupakan gangguan s3ksual. Akibat memendam sendiri rasa itu aku jadi berdendam pula kepada si Toby itu sekarang.

Tetapi bila aku kenangkan apa yang telah berlaku kepada Toby selepas kejadian itu aku merasa berpuas hati juga. Pertama, kakak si Toby tu bersanding dalam keadaan perut dah besar ye ketika aku darjah 2.

Adik perempuan Toby juga turut mengandungkan anak luar nikah dan telah berikan anak itu kepada orang lain bagi menutup aib keluarga. Seorang lagi adik perempuan Toby pernah ke penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Tidak cukup dengan itu, aku dengat khabar Toby sekarang telah menghidap penyakit 3 serangkai. Aku harap cepatlah Toby masuk gol sebab bila sekarang aku sedar perkara yang dah berlaku kepada aku, aku jadi dendam yang meluap-luap.

Bukan itu sahaja, anak-anak saudara perempuan Toby ada beberapa orang juga melahirkan anak luar nikah. Senang cerita keturunan mereka ni ramai melahirkan anak luar nikah.

Sebab itulah para lelaki, berhati-hatilah jika berniat jahat untuk merosakkan anak perempuan orang lain yang naif. Lambat laun kifarah akan menimpa diri dan keluarga kita kelak.

Maaflah jika ada yang akan menyatakan aku bersorak atas kejadian yang menimpa Toby itu, yang menanggung dendam itu aku, biarlah aku puas dengan cara aku.

Oh ya, aku ingin menambah lagi bahawa dahulu Mak Toby ni merupakan bekas mak ayam, dia akan kenenkan anak perempuan orang lain dengan lelaki hidung belang dan akan dapat bayaran.

Sesuailah keluarga mereka jadi porak peranda dan kesusahan dari dahulu hingga kini.

– Mekyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit