Di Sempadan Gaung Itu

Assalamualaikum

Saya muni… dari kecil muni selalu diejek adik beradik. Muni jadi benci dgn diri sendiri… bila something happen, muni rasakan ibu muni tak bertindak adil sbb percayakan pd org lain.. muni rasa teraniaya sbb muni dikatakan berbohong. Muni juga rasa tak dihargai… setiap apa yg muni buat ibu muni langsung tak pandang

Akibatnya muni banyak simpan dlm hati…dan develop sifat berdendam dan sukar memaafkan dlm diri muni. Masa umur muni 14 tahun muni explode . Rasa marah dan kecewa yg meluap2…pernah sampai muni meracau2. Bila umur 18 tahun muni belajar jauh dari rumah…sampai la umur muni 24 tahun. Muni rasa tenang sebab berjauhan dgn family… muni pun tak ramai kawan. Muni tak suka rapat dgn sape2. So muni takde kawan rapat… walaupun jauh dr family, muni kerap telefon ibu muni

Sampai la umur muni 25thn…muni duduk dgn ibu muni. Tak lama lepas tu muni kahwin…masa ni muni duduk dgn ibu muni, niat nak jaga ibu muni la. Tapi bila ibu muni asyik cari kesalahan suami dan kekurangan suami. Yg adik beradik ni pula jadi batu api. Muni dah mula fedap. Suami muni macam dah jadi bahan. Whoever he is…dia suami muni, muni kenal luar dan dalam. Walau ada kekurangan suami muni…muni terima. Muni masih hormat suami muni. Lagipun takde siapa yg sempurna atas muka bumi ni… tahap keserabutan muni ni naik mendadak, sampai muni bergaduh dgn ibu muni sampai meracau2.

Asalnya muni keje dan duduk dgn ibu muni sebab nak jaga ibu muni….skrg keje tu jadi alasan utk muni duduk berjauhan dgn ibu muni sekarang. Kesan ketidakstabilan emosi muni ni… bg efek kpd perkahwinan muni. Ok… tak sah kan suami isteri kalau tak bergaduh. Pernah bila muni rasa frust dan geram sangat muni meracau dgn suami. Sampai dia kena sedarkan muni.

Muni akui jiwa muni lemah sangat… fragile.muni langsung tak boleh dengar benda2 buruk. Muni jadi benci sangat. Luckily suami muni tak pernah sekalipun bercakap buruk tentang orang lain. Muni ni yg kadang2 bercerita kat suami bila tak puas hati kat sape2…sekadar nak melepas rasa benci tu

Kemuncaknya lepas muni bersalinkan anak muni baru2 ni… emosi muni sangat sukar dikawal. Muni jadi pemarah perengus.. cepat sgt meledak. Kadang terdengar bisikan2 halus…masa tengah bergaduh dgn suami, contohnya…dengar suara suruh ambil pisau dan bunuh dia… bila anak muni asyik menangis, muni dengar suara suruh campak anak ke dinding

Muni sedar something wrong with muni…muni minta bantuan suami supaya keep strong. Jgn terikut2 marah muni. Masa tu rasa hati ni macam dirantai dgn suara2 halus tu. Rasa terkepung… mujur suami muni rajin meneman. Suami muni teman muni baca quran hari2 sampai jiwa murni kuat balik.

Bila jiwa kita lemah…badan kita lemah, akal kita lemah. Kita tak berdaya. Muni pernah rasa that stage. So… bila jiwa muni dah kuat balik, exactly muni dah boleh berfikir dgn baik balik. Now almost 6 months muni rasa dah terlepas daripada seksaan batin tu.

At age of 30 series ni muni baru boleh fikir *lantak hang lah nak cakap apa pun* , *buat bodoh* dan seumpama dgn nya..

Muni pun sekarang totally jarakkan diri dgn family…kontek bila perlu sahaja. Sometimes bukan kita taknak buat walaupun berpuluh beratus orang menasihat itu ini begitu begini…the fact is kita tak mampu. Kemampuan setiap orang berbeza. Kita boleh menasihatkan…tapi jangan judge bila orang tu tak ikut nasihat kita. Lagilah kalau kita sendiri tak menemani dan membantu dia melalui masa2 sulit dan susahnya dia.

Muni hampir tercampak dalam gaung penyakit2 mental ni..mujur muni berjaya selamatkan diri. Masa depan belum tentu lagi. Entah apa ujian akan mendatang. Muni selalu amalkan doa sejak daripada muda ” ya Allah beri aku kekuatan , kesabaran da ketenangan sepanjang aku menjalani hidup di dunia ini” . Muni merasakan berkat doa ini muni terselamat daripada jatuh ke gaung penyakit mental..

Lemahnya muni dan kuatnya Allah. Doakanla muni terus kuat…

– Muni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit