Dia Ada Kekasih Gelap

Assalamulaikum semua. Namaku Lily. Lebih kurang setahun lapan bulan bergelar single mom selepas 18 tahun berkahwin. Sepanjang berkahwin aku terlalu percayakan suami.

Pernah diawal perkahwinan aku cuba tengok handphonenya dan dia pernah memarahi aku teruk sekali. Dia juga baran orangnya silap- silap kena lepuk dan beberapa kali juga pernah memukulku atas sebab yang tidak patut Pernah dia berhenti memukul seketika kerana berjanji akan cuba mengawal barannya.

Dahulu kami pernah susah senang bersama. Tetapi bila dia mula bekerja di sykt besar dan bergaji besar, Allah duga kami. Aku tidak sangka yang selama ini dia curang. Sungguh kerana dia melayan aku dan anak2 baik.

Kisahnya bila dia terhantar wassup unutk kekasih gelap nya padaku. Aku bertanya dan berlaku pergaduhan. Aku hampir ditumbuk. Diberi alasan kawan. Tapi sungguh tidak masuk akal tak kan lah bersayang- sayang berbaby baby. Aku takut jadi aku diamkan dan cuba cari kelemahan aku dan cuba berubah jadi isteri yang lebih baik. Tapi aku lupa it takes two to tango.

Beberapa bulan kemudia Allah tunjukkn lagi bukti yang kali ini tiada lagi alasan boleh dipakai. Akhirnya dia mengaku curang. Aku yang sebelum ni dpt rasa kehadiran kekasih gelapnya redha dan beritahu dia yang aku sanggup pinangkan dan berpoligami.

Mengapa? Aku pun tak tahu kenapa Allah lembutkan aku supaya terimaaaa semuanya. Aku sayangkan keluargaku. Tetapi.. aku tidak boleh berpoligami kerana kekasih gelap dia adalah isteri orang. Hancur hatiku.

Aku tanya apakah dia tak tahu hukum bercinta dengan isteri orang.. tapi apa yang kucakap atau nasihat semuanya tidak boleh diterima.. Dia asyik sebut akan tinggalkan aku bila tiba waktu. Sedihnya aku rasa. Allah saja tempat aku mengadu. Katanya kekasih gelap itu dalam proses bercerai.

Keadaan bertambah teruk bila kekasih gelap itu sudah berani menelefon ketika dia di rumah. Tinggalkan barangnya dalam kereta dan macam2 lagilah yang membuat aku dan anak2 ku tertekan, sedih dan memendam rasa.

Aku diugut jika aku beritahu hubungan gelap mereka ex aku akan pastikan aku dan anak2 merana. Malah jika aku beritahu bossnya (mereka satu pejabat) aku akan diceraikan. Aku bimbang aku bersubahat. Jadi aku cuba bertanya di jabatan agama.

Aku diminta kaunseling dan sudah tentulah ex aku tak mahu ke sana. Sesungguhnya aku serahkan pada Allah untuk menguruskan kekasih gelapnya. Ya dia menang aku kalah.. Aku tertekan dan akhirnya berjumpa dengan seorang rakan aku yang juga peguam syariah. Beliau banyak menasihati aku.

Suatu hari berlaku perbalahan antara aku dan ex aku. Ex aku bertindak kasar dengan menampar mukaku dan menumbuk mataku. Ketika itu aku rasa mungkinkah aku akan buta sebab mata kanan ku memang dah tak nampak apa. Sakitnya Allah je tahu. Anakku nampak kejadian itu.

Ex aku terus pergi kerja tanpa rasa bersalah. Aku tekad ke balai polis. Buat laporan untuk kegunaan mahkamah nanti kerana banyak kali ex aku dengan bangganya cakap akan tinggalkan aku bila tiba waktunya. Aku ditahan di hospital selama 10 hari. Pendarahan mata dan mataku juga rabun jadinya akibat peristiwa itu.

Bila dipukul teruk, barulah aku berterus terang dengan ayah dan ibuku apa yang aku alami selama ini. Mereka kecewa kerana bagi mereka ex aku adalah menantu yang baik. Ya aku tak pernah cerita masalah aku dengan mereka.

Semua orang nampak aku bahagia. Tapi hakikatnya aku dan anak2 sahaja yang tahu. Ayah tidak benarkan aku kembali ke rumahku kerana takut dicederakan lagi. Sementara itu aku juga minta nasihat peguam dan pegawai dr jabatan agama.

Aku lantik seorang peguam selaku orang tengah dlm hal ini. Peguam juga menasihati suami dan suami berkeras mahu memfailkan cerai terhadap saya. Akhirnya perceraian antara kami berlaku. Aku sedih tapi aku redha dan banyak mengadu pada Allah.

Allah beri aku kekuatan yang sangat luar biasa ketika itu. Aku mohon hak aku dan anak2 ku. Anak2 juga redha dan dapat menerima penceraian ini. Kata mereka kalau ini lebih baik untuk mama, kami terima. Mungkin mereka telah dewasa dan matang. Yang sulung di IPTA dan yang kecil menengah atas. Aku juga bersyukur kerana mempunyai kerjaya.

Selepas bercerai, aku Cuba baiki lagi diriku. Ya aku juga pendosa. Pernah aku terfikir adakah sebab aku leka dan gagal menjadi isteri yang baik perceraian ini terjadi? Aku juga rasa terhina dan tiada harga diri bila aku benarkan poligami tetapi dia ceraikan aku juga.

Oh untuk pengetahuan, aku juga menghidapi penyakit Chronic Kidney Disesase. Tapi masih dalam kawalan dan tidak perlu dialisis. Adakah disebabkan aku sakit ex aku tinggalkan aku? Entahlah banyak persoalan bermain dikepalaku dahulu. Kini aku tahu itu semua takdir Allah dan aku redha. Aku percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku dan anak2.

Aku kini berpindah ke daerah lain, permohonan bertukar juga berjaya dan aku berjaya membeli sebuah rumah kecil untuk ku dan anak2. Hidup kami sederhana dan bahagia seadanya. Alhamdulillah.

Nasihat saya bagi single mother di luar sana.. apa pun terjadi kuatkan semangat, sentiasa positif, maafkan dan bangkit. Mohonlah pada Allah kerana Allah sayangkan kita tanpa batasan. Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang..

Bagi yang mempunyai suami atau isteri… jagalah hubungan kalian jangan lah ada kekasih gelap. Apatah lagi jika kekasih itu berstatus suami orang atau isteri orang.. Allah melarang sama sekali. Jika ada rasa kekurangan dalam rumahtangga bertolak ansurlah.. doa pada Allah selalu.. tapi kalau Allah takdirkan perceraian.. terimalah dan yakinlah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Salam sayang,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *