dia hidup dia, kita? – 5:57 AM

dia hidup dia, kita?

Saya pun nak cerita sikit bab upload gambar dan update status ni.

Kawan saya ramai yang belajar oversea. Sekarang musim sejuk. Mereka tengah cuti. Bila cuti, mereka tentulah bercuti didalam negara yang mereka belajar atau serata negara berhampiran. Seronok sangat tengok.

Kita kan pernah dengar budak oversea tak cukup duit nak makan sebab duit RM jatuh teruk. Tapi saya tengok ramai yang masih mampu berjalan-jalan. Tak, saya tak dengki atau cemburu, okey tipu, cemburu la sikit, tapi tak dendam pun. Saya malah suka tengok gambar2 mereka. Mana tahu satu hari nanti ada peluang dan rezeki nak menjelajah serata dunia.

Dalam bebanyak gambar kawan-kawan saya yang berjalan, ada satu kawan saya ni selalu update pasal kesihatan dia. Dah nak dekat setahun dia sakit. Saya selalu menangis baca status dia.

Apa yang saya cuba sampaikan, setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Ada yang suka berkongsi kegembiraan, ada yang berkongsi kesedihan. Mereka tak berkongsi kepada orang luar, hanya kenalan dan saudara mara je yang tengok.

Selain tu, saya selalu jugak bukak fb dan ig kawan-kawan lama. Terkadang kita tak punya masa untuk bersapa. Jadi bila baca status dan tengok gambar mereka, kita rasa dekat dan ukhuwah belum terputus.

Itu cara hidup mereka. Terpulang bagaimana kita nak menerimanya. Selagi apa yang diupdate tak mangaibkan sesiapa atau membawa fitnah kepada diri mereka, biarkan saja. Sesuai untuk orang macam saya yang baca dan like dari jauh. Huhu..

Kalau kita asyik nak tegur orang, cuba kita tanya diri kita, apa niat kita sebenarnya? Jangan kerana kita rasa diri kita baik, kita nampak buruk orang. Kalau kita tak mampu terima dan lihat, unfollow je atau unfriend. Kalau rasa kwan kita dah melampau, tegur la dengan berhikmah, atau dalami la perasaan dia yang sebenar instead menyampah dengan status dia.

Okey sorry kalau saya cakap macam tak da kena mengena dengan tajuk.

– gegirl

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *