Dia Jawab Permintaan ku

Dia Jawab Permintaan ku

Hai, nama aku Julia. Tahun ni aku 25 tahun. Aku start kerja dalam umur 22 tahun so dalam masa tu aku pikir aku dah boleh kahwin. Dari zaman belajar aku memang kureng kalau bab cinta ni. Entah laa asyik tak lekat je. Ada yang rapat tapi last2 jauhkan diri alasannya aku terlalu baik untuk dia . Tak lama lepas tu tengok2 dah ade gf baru. Patah hati jugak laa time tu.

Orang kata nak bertemu jodoh ni kena ada usaha. So aku berusaha dengan doa. Aku yakin dengan doa. Okay, bila dah start kerja time tu aku memang dah set kan minda aku “aku kena cari calon suami”, tapi takde la sampai aku nak main sauk je kan. Aku tapis2 jugak laa. So ade la jumpa sorang lelaki ni. Cakap lembut. Hormat orang. Tak cakap banyak. Tinggi. Manis. Okay ngam! Mmg taste aku. Jadi aku pon suruh la kawan aku tu risik2 la dia kot la dia dah ada gf kan. Tapi dia ni perahsia sikit so kawan aku x dpt tolong sgt. One fine day tu dia tegur aku. Menggelabah weii kena tegur dengan crush kan, tak jadi buat keje aku haha. Kitorang pon jadi la rapat sikit.

Sikit je la. Disebabkan aku suka dia, aku selalu sebut nama dia dalam doa aku lepas habis solat, kalau dia baik untuk aku permudahkan la kalau tak buang la perasaan suka aku untuk dia ni jaoh2. Kebetulan kwn aku ada yg nak ke Mekah untuk buat umrah, aku selitkan sekali nama aku dan nama dia. Mintak kwn aku tu doa ada jodoh antara kami. Gigih kan aku? Haha. Lama kelamaan bila dah start rapat lebih sikit tu aku dapat detect dia dah ada gf rupanya. Jadi kat situ aku dah tahu, Allah dengar doa aku. DIA dah jawab doa aku. So aku pon angkat kaki ler. Taknak aku jadi perampas hak orang.

Aku tak putus asa lagi dalam bab nak cari suami ni. Time ni umur masuk 23 tahun. Kawan2 pon dah ramai yang kahwin, tunang semua. Aku bukan desperate tapi aku pikir kalau tak cari sekarang bila lagi aku nak jumpa. Nak kenal hati budi ambik masa jugak. Kalau boleh nak jodoh sampai syurga. Okay, satu hari aku dapat beberapa orang staff baru. Aku watlek watpis je la time dorang kenal kan diri kan. Tapi salah sorang staff baru ni dia macam curi2 pandang aku. Kita boleh rasa kan kalau ada orang tengok kita. Instinct kuat. So aku balas la balik pandangan dia tu. Dia tunduk. Nak di jadikan cerita, bos suruh aku jadi mentor dia. Aku on je la, so kalau ade pape yg dia tak tahu dia kena rujuk aku dulu. Nama dia panjang jd dia suruh aku panggil dia Naz je.

Banyak mende yg Naz tak tahu jd dia selalu contact aku melalui whatsapp. Daripada hal kerja melarat la sampai hal personal. Btw guys, dia masa ni dah umur 26 tahun. Beza tiga tahun la dengan aku. Cara dia mesej tu macam suka aku. Aku cuba control diri aku sbb taknak salah paham kan. Kan dikatanya aku perasan pulak. Haa lagi satu Naz ni handsome. Tinggi. Kulit cerah. Ada lesung pipit. Satu malam tu dia ajak aku lepak mamak, aku on je. Aku ingat ramai2 wei rupanya berdua je. Dia pick up aku kat rumah. Walaupun 1st time keluar berdua tapi dia ni ramah amat. Tak rasa kekok. Aktiviti ni berlarutan la sampai beberapa bulan. Dan aku dah start suka Naz. Ada rasa sayang.

Satu malam masa tengah otp dengan dia, dia nak hang up kejap. Dia kata nanti dia call balik. Lepas 10 minit, dia call balik. Aku tanya la kenapa. Dia cakap tadi gf dia call. I was like… jaw drop guys. Aku terkedu. Macam mana aku tak boleh detect dia dah ada gf. Silly me! Aku tak boleh teruskan perbualan kitorang, aku cakap aku mengantuk nak tidur. Dia okay. Malam tu aku tidur bersama air mata la. Kecewa sebab aku dah suka dia. Keesokannya, dia whatsapp aku macam biasa. Morning wish sekali dengan emoji rose sekuntum. Aku tak seen apatah lagi reply. Sampai office, aku tengok dia dah tunggu aku kat meja sekali dengan breakfast. Dia ajak aku makan sekali tapi aku cakap aku puasa padahal aku sedih, tak lalu nak makan. Sejak hari tu, dia call aku tak jawab dia mesej aku tak reply.

Aku taknak jadi perampas hak orang biarpun baru couple. Dia perasan aku berubah dengan drastik nya. Satu hari dia ajak aku jumpa. Aku taknak. Dia kata ade sesuatu dia nak explain. So aku setuju. Kami pergi ke taman, tempat ramai orang. Dia explain everything kat aku. Dia kata dia suka aku,(maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan) dia dengan gf dia selalu gaduh dan dia dah bosan dengan gf dia yg suka mengongkong sejak dari awal hubungan diorang, dalam 5 tahun macamtu. Kalau boleh dia nak hubungan kami jadi hubungan yg istimewa. Pasal dia dengan gf dia biar dia selesaikan. Aku tak dapat terima wei, tapi aku suka Naz! Aku dah jadi perampas ke?

Macam biasa, aku akan sebut nama Naz dalam doa aku tiap kali lepas solat. Minta diberi petunjuk.Moga dipermudahkan. Naz still lagi gigih call, whatsapp aku setiap hari walaupun dia tahu aku cuba untuk jauhkan diri dari dia. Tapi lame kelamaan aku tak kuat. Rasa rindu dekat Naz membuak bila aku menjauhkan diri dari dia. Aku dapat tahu yg gf Naz dapat hidu pasal kitorang tapi tak sekalipun gf Naz tu datang serang aku ke, ugut aku ke. Oh ya nama gf Naz ialah Sofea. Sofea je yg aku tahu. Full name dia aku x tahu. Naz bagitahu aku yang dia dengan Sofea dah officially break up. Aku happy sbb dapat Naz tp dalam masa yg sama aku sedih sbb aku bayangkan diri aku di tempat Sofea. 5 tahun beb akhirnya putus macamtu je.

Hubungan aku diteruskan macam pasangan kekasih lain. Ada manis ada gaduh. Macam2 hal gila yg kami buat bersama. Berbagai ayat2 manis ditaburkan kepada aku. Bincang pasal tunang, pasal kahwin, pasal future. Tak contact sejam sekali tak sah. Dah rindu. Im the luckiest girl in the world la time tu. Naz bercadang nak perkenalkan aku kepada ibunya hujung bulan itu. Aku excited. Aku yakin sangat kali ni Allah makbul kan lagi doa aku. Sekali lagi ada kawan aku ingin membuat umrah, aku kirim kan doa untuk kami. Gigih lagi aku berusaha. Nama aku nama dia aku minta dibacakan di Jabal Rahmah. Moga2 ada jodoh antara kami.

Penghujung bulan telah tiba. Naz bawak aku ke rumahnya. Aku berdebar, sejuk semua hujung jari aku. Kalau toreh muka time ni memang tak keluar darah wei. Aku salam ibunya. Baik. Nampak sifat keibuanya. Aku tolong ibu nya memasak, hidang makanan. Lepas makan kami sembang2 kosong pasal family, kerja semua laa. Ibunya nampak okay. Aku jadi bertambah yakin lagi bahawa he’s the one! Oh ya aku lupa, sebelum ini Naz dah pernah datang ke rumah aku di kampung dan mak aku menerima baik kunjungan Naz. Dia sgt berkenan dengan Naz sbb keramahannya.

Sejak balik dari rumah Naz tempoh hari, dia semacam menjauhkan diri dari aku. Lebih kurang seminggu. Aku hairan dengan perangai dia. Selalu nya dia lah yg akan call aku mesej aku dulu tapi sekarang dah berubah. Aku yang kerap cari dia. Kat office lagi laa, mmg betul2 focus! Aku jadi tak sedap hati. Aku call dia jarang berangkat, katanya tertidur la, handphone silent mode la mcm2 lagi la. Whatsapp lagi laa, berejam baru di reply nya. Kuat instinct aku menyatakan itu semua alasan dia je. Instinct perempuan jangan dia buat main guys. Satu hari tu aku saje je la tak call dia, tak mesej dia tapi hampa wei. Dia tak cari aku pon walaupun sepatah hai. Aku sedih.

Malam tu aku drive ke rumah sewa Naz. Aku nampak kereta Naz ada. Aku call time aku betol2 depan rumah dia. Aku ajak keluar dia kata dia dah keluar dengan member dia. Dia tipu aku. Aku berkeras jugak suruh dia keluar dan akhirnya dia mengalah. Dia melangkah longlai masuk kereta aku. Aku drive sambil fikir tempat mana sesuai untuk aku bincangkan isu ni. Aku bawak dia ke kedai yang agak privacy. Lama kami diam. Tiada ramah dia. Jaoh beza dengan mula2 dia bawak aku lepak mamak dulu.

Aku mulakan dengan “kenapa?” . Dia senyap. Aku desak lagi dan akhirnya dia buka mulut. Dia kata ibunya tidak berkenan dengan aku. Ibunya mintak jangan teruskan hubungan dengan aku. Aku nak menangis wei tapi aku tahan. Aku tanya sebab apa, Naz kata biar dia saja tahu sebabnya. Aku flashback balik kejadian di rumah ibunya dulu. Tak ada salah silap yang aku buat rasanya. Ibunya pon seakan suka aku time tu. Apa yang ibunya tak berkenan dengan aku, aku tak tahu. Aku rayu dengan Naz suruh yakin kan ibu dia (bodoh aku time ni, aku merayu dgn seorang lelaki kot) yg aku boleh bahagia kan Naz tapi Naz taknak. Naz kata dia cukup kenal dengan perangai ibunya. So its over guys! Naz tak bersungguh sungguh nak selamatkan hubungan ini. Aku kecewa lagi.

Aku berbalik kepada DIA. DIA jawab lagi doa yang aku minta di setiap solat aku. Aku rasa sangat kerdil time ni. Ya Allah, terima kasih sebab menjawab doa aku. Mungkin Naz bukan yang terbaik untukku dan Kau tunjukkan. Dan mungkin juga ini balasan untuk aku sebab merampas Naz dari Sofea. Sekarang aku dah 25 tahun dan masih lagi single. Aku tak memikirkan langsung pasal kahwin. Cukuplah untuk buat hati aku kecewa lagi. Aku pon dah selesa dengan kedudukan aku sekarang. Aku bahagia. Bahagia dengan keluarga dan kawan kawan aku. Untuk Sofea, maafkan aku. Sekian.

– Julia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit