Aku sebenarnya baru tersedar ada orang hack aku dan gangstalk aku diam2 je selama ni.
Selepas daripada aku tahu tentang kewujudan diorang ni, dan after analisis balik semua perkara, aku dapat simpulkan kemungkinan besar diorang ni adalah daripada kenalan papa aku.
Papa aku ni, banyak terlibat dengan orang yang aneh². Scammer, cult – ajaran sesat, etc, sejak daripada aku kecil lagi. Dan aku pula, kontra daripada papa aku, aku sangat antisocial dan ada social anxiety yang agak teruk terutama masa aku kecil sehingga remaja.
Dan aku pun suka duduk rumah je sebenarnya, so daripada mana lagi mereka ni datang, melainkan penjenayah yang daripada kenalan papa aku ni la.
So kalau betul memang dah lama gila aku kena stalk, possibly aku syak papa aku juga yang enable semua ni dan kemungkinan juga ini adalah rancangan mereka even before aku lahir.
So aku dah 36 tahun. 30+ years aku hidup dalam dunia rekaan mereka. Tapi before aku proceed cerita details benda lain, baik kita kembali kepada tema utama, iaitu “cekik”.
So, alang² tadi aku ada buat komen panjang dekat suatu video youtube berkisar tentang “cekik” ni, maka aku rasa better aku buat juga untuk dekat sini cuma untuk ini aku panjangkan sedikit lagi.
Sebagai awareness to others sebab aku dah mulai syak segala masalah yang few of them sangat melampau yang berlaku dalam hidup aku selama ni kemungkinan ada kaitan dengan mereka juga dan semestinya sebab aku rasa ada sesuatu sangat tak kena dengan mereka ni.
So jangan terkejut kalau ramai komen negative sangat, atau positif atau netural tetapi macam nak cenderung me-invalidate-kan cerita aku, atau macam supportive tapi sebenarnya nak invalidate-kan juga cerita aku ni, tu mungkin geng dioranglah.
Komputer aku guna sekarang ni pun mungkin diorang dah boleh hack dan ada akses to me, dan tengah perhati aku buat apa ni.
So organisasi ni aku rasa dia evolved daripada organisasi jenayah menjadi copycat illuminati. Dan dia buat semua ni possibly untuk rekrut aku jadi one of their puppets or kroni in the gang.
Part yang messed up nya, sebab sekarang aku dah mula syak yang aku kena harass selama ni, ever since I was 5 years old, a little girl, tu semua permainan mereka juga. Cuma, selama ni aku ingat aku ni bernasib malang asyik attract perverts je.
Tapi, looking at how many puppets diorang ada, dan by how diorang boleh influence others yang mungkin tak tahu the whole story tapi terhype up untuk ikut cakap mereka ni, sebab “ramai” yang support them,
Maka situasi gangstalk atas aku ni mungkin telah berjaya dinormalisasikan di mata semua. Win by majority. Or kalau dalam buku Focus by Daniel Goleman tu, hal macam ni disebut sebagai Groupthink.
Where, the thinking of the majority is clearly false, tapi sebab ramai, people are blinded by that, by the numbers of people yang percaya yang false itu. Or hal ni boleh kata macam Bystander Effect.
Aku rasa motif disebalik harassment aku terima since I was 5 years old tu, adalah pertama, memang untuk pleasure the geng tu sendiri kot, macam geng ni dah jadi agak pedofilia berkumpulan mungkin.
2nd, untuk merosakkan mangsa, cipta suatu sejarah hitam dalam hidup mangsa yang mereka nak jadikan kroni or puppet.
So the logic behind this, dia boleh gunakan “sejarah hitam” ni untuk sebagai ugutan emosi, blackmail emosi. Aku syak ini adalah salah satu inisiatif atau cara kumpulan ni nak diamkan orang, train orang jadi discreet pasal organisasi mereka ni, dan juga supaya the mangsa patuh kepada mereka.
Dan equalised jenayah mereka, so the mangsa yang ditarget menjadi kroni mereka ni, takkan boleh judge sangat jenayah mereka, dan nilai moral tu akan drop, so that mangsa sikit demi sedikit akan terasa semakin normal, dan tidak bersalah atas jenayah yang direquest untuk dilakukan.
So motif aku cerita pula, as awareness. Takut sekarang ni, ada budak lain sedang tengah di-groom dengan cara yang sangat tak berperikemanusian dan mungkin lagi teruk daripada apa yang jadi dekat aku. Macam aku, since aku tak tahu, aku pun tak boleh defense diri aku dengan sewajarnya.
Ok, sorry for the long intro, sekarang kita masuk kpd satu bahagian daripada kisah stalking ni, iaitu kisah pasal “cekik” ni.
So mereka ni, sebelum ni, diorang stalk aku diam². Sekarang ni, selepas daripada aku tahu kewujudan mereka dalam hidup aku ni, dia dah buat stalking tu dah terang-terangan tapi still indirect. Macam nak bagitau diorang ni ramai memerhati possibliy to intimidate aku daripada report polis kot.
So dekat area tu, yang kisah “cekik” ni, macam panas je. Macam gangguan tu macam hyper sikit. So part tercekik ni, aku teringat time aku pergi makan breakfast nasi lemak beli dekat penjaja yang jual dekat LRT Pasar Seni.
Kemudian, aku pergi berjalan sikit, pergi makan dekat dataran merdeka dekat yang ada flag tu. yang macam kawasan bertangga tu. Hadap padang. Masa tu ada mamat arab mabuk kot, tidur situ. So aku pun macam join in lah duduk situ.
So, datanglah suatu pekerja DBKL ni, dia tegur aku, then dia kejutkan mamat arab tu. Lepas tu, pekerja DBKL tu duduk sebelah aku tapi jauh. Dia panggil aku akak. Borak2 sikit.
Then, dah agak beberapa lama tu, tiba2 dia tanya aku, “tak beli air ke kak? Kang tercekik kang”. Aku diam je. Aku nak menjawab tapi macam rasa suara taknak keluar, so aku senyum je lah dekat dia. Macam out of nowhere juga pertanyaan tu.
Ending aku makan tu tak tercekik. Pastu pekerja DBKL tu dia blah jap, then dia datang balik bagi air…
Ok, part tu macam biasa lagi kan. Tapi, sebelum aku tahu kewujudan stalkers ni dalam hidup aku, tak pernah ada orang datang nak offer air pun dekat aku bila aku dekat luar.
Dan biasanya orang yang follow aku ni, whether secondary stalkers or primary, diorang ni tak behave nice macam ni, ajak borak, siap bagi air lagi.
Biasanya orang yang follow aku ni dia akan mimik apa yang aku buat daripada apa yang dia gain daripada sumber dia hack aku, hack gallery phone even hack kamera phone, walaupun aku tak ON kamera.
Macam dalam cerita korea Unlocked dekat Netflix tu la caranya kot dia hack aku. Atau daripada hasil hendapan daripada jiran tetangga dan persekitaran serta family. So banyaknya daripada sumber hendapan jiran ah.
Then dia suruh jiran repeat apa aku buat tu, ramai2 then bila otak aku dah imprint kelakuan itu adalah tertuju untuk aku, maka bila aku keluar, aku boleh identify boneka mereka. Memang ramai tiba² berkelakuan sebegitu juga.
So dia nak train aku as well in the process untuk mengenal puppet mereka la kot. Possibly to show off their capabilities to stalk people kot. Dan aku rasa lebih pada nak intimidasi yang mereka ni ada kenal ramai orang, so aku tak report polis.
Contoh kelakuan aku yang dimimik adalah, batuk dan ada juga yang buat meludah. Kebanyakan mimic aku, tapi some even tak. Tapi sangat few. Tapi bila dah di-repeat berulangkali, setiap hari sepanjang aku sedar akan kewujudan mereka ni, for almost a year, aku akan boleh recognize.
Even masa aku tengah makan. Aku ada makan dekat area pasar seni tu juga, aku makan dekat kawasan yang ada seat banyak2 tu tepi river of life yang dekat masjid jamek tu. Duduk situ, ada yang snap gambar. Tiba² ramai mengekor. Memang dah diviralkan pasal aku ni kot. Tapi ni kita cerita lain kali.
So aku syak pekerja DBKL yang offer air tu macam seorang boneka dihantar untuk perhatikan aku. dan send the mesej something la tu. tapi masa tu aku tak berapa yakin lagi. sebab selama ni macam jarang, apa yang aku panggil ni sbg secondary stalkers, datang berborak dengan aku.
So part tercekiknya, the next time aku pergi lalu depan balai polis Bukit Aman yang bahagian apa ntah. dia kecil sikit balai tu, yang dekat bangunan bank rakyat. Aku rasa bukan balai polis utama untuk kawasan Bukit Aman tu.
Aku sebenarnya tak tahu pun kewujudan balai polis yang terkenal, selalu keluar berita tu ada dekat situ. Sebab masa aku start rajin keluar tu, aku dah tak on phone and PC aku dah berbulan-bulan. Aku dah tak online. Jarang. Aku online pun maybe dua bulan sekali pergi internet café for sejam dua.
So aku even tak Google Search keberadaan balai polis tu. Sebab memang tak pernah terdetik pun, one day aku akan terpaksa pergi balai polis untuk hal macam ni. Di mana, aku rasa tak selamat untuk report di sebarangan balai. Atas asbab syak tentang kroni mereka yang ramai mungkin ada dalam polis juga.
So aku terjumpa balai tu pun, sebab aku tengah macam pusing² area tu, yang macam dah jadi macam tourist attraction ni, so banyak area menarik untuk aku cuci mata. So, on the way berjalan dekat situ, aku ingat nak pergi berjalan jauh sikit daripada atas Kelab Diraja Selangor tu.
Tapi bila aku tengok jalan tu macam dah nak masuk jalan besar, macam ada siap flyover lagi, aku pun ingat nak patah balik naik LRT pergi kawasan sejuk sikit shopping mall ke kan, tapi tiba² ada seorang perempuan ni, pergi melintas situ lalu bawah flyover.
So, aku batalkan niat untuk balik, kemudian aku ikut perempuan tu untuk tengok ada apa di sebalik jalan tu kan. Tak semena-mena jumpa balai polis itu. Tapi first time pergi situ, ok, macam tenang, tak ada gangguan sangat.
Cuma bila aku dah hampir sejam lepak dekat taman yang atas daripada balai tu, tiba2 ada budak remaja sorang ni datang naik motosikal, pergi dekat bangunan tinggal tu, makan nasi bungkus sorang dia dalam tu. While aku, masa tu aku tengah duduk dekat belakang bangunan tu. Tapi aku boleh nampak lah budak ni datang.
Balai tu macam ada 2 pagar daripada jalan besar. dia macam nak masuk tu, kena masuk lorong dekat bank rakyat tu, pastu masuk jauh sikit lorong kecil tu, baru jumpa balai tu. Dan betul² depan balai, tapi crossing the lorong, maknanya disebalik 2 pagar tu, ada satu hentian bas.
So walaupun hentian bas tu betul2 depan balai polis, tapi still terlindung. So aku memang niat nak report polis pun selama ni, tentang organisasi ni yang stalk aku tanpa henti ni, tapi takut, sebab yang menganggu aku ni macam suatu organisasi besar, ramai kroni.
Dan sebelum tu pun, aku ada makan dekat kantin bank rakyat tu, ada satu kali tu, time aku pergi, tiba2 ramai polis join. dan masa aku naik LRT MRT pun, macam ramai polis bantuan dekat stesen tu berkelakuan aneh macam follow aku around. ada siap yang snap pic aku.
So aku ulang alik lalu dpn balai polis tu, untuk macam nak gain keberanian untuk report polislah. dan sebab depan atas sikit daripada balai tu, ada macam kawasan park. taman yang terbiar. ada bangunan terbiar yang agak kotor. Tapi first time aku pergi, taklah kotor sangat.
So suatu hari ni, hari selepas daripada pertemuan aku dengan pekerja DBKL tu yang offer aku air, on the way tu, aku ternampak suatu bangkai kucing. betul dekat hentian bas tu. mula2 aku ingat dia hidup lagi, sebab mata terbuka.
Selepas itu aku buat tak endah, aku then pergi dekat taman tu, untuk makan breakfast nasi lemak. Tapi, agak terkejut juga sebab tiba2 banyak gila kucing. sebelum ni ada sekor je. tapi aku datang haritu, anak kucing ada dalam 10 ekor kot. Aku syak memang ni kerja organisasi jenayah ni. kucing ni pun ada backstory dia. nanti aku cerita. kalau ada masa.
Apa pun, aku dah mula rasa tak sedap hati, sebab tu pn antara cara stalkers ni nak bagitahu aku, diorang tahu aku dekat situ, dengan letakkan kucing. So aku dah mula rasa tak best. Sebab selama ni, tempat lain, semua kucing dewasa sekor dua. Tak pernah pula, stalkers ni letak anak kucing, banyak pula tu.
Then aku tengah makan tu, tiba2 nampak ada sorang lelaki tengah macam jogging kot, tapi jauhlah daripada bangunan tinggal tu. Then, tiba2 datang seorang lelaki, naik motor, berhenti betul dekat bangunan tu. Dekat aku, then jenguk aku, tegur aku. Tanya ada orang dah datang situ belum. Aku cakap tak ada.
So dia pergi dekat motor dia balik, dia konon macam tunggu orang. Aku pun dah habis makan, aku pun bergegas nak balik. Mula ingat nak relax kejap tapi dah tiba2 ada orang, aku pun terpaksalah balik. Otw balik tu, lalu depan balai polis tu lagi, aku tengok bangkai kucing tu ada lagi.
Masa tu aku tenung lama sikit lah. Ada daun sehelai atas badan kucing tu. Tadi tak ada. Macam ada orang letak je. So kalau tadi takde, kalau kata naturally daun tu jatuh pun, bermakna bangkai tu masa mula2 aku lalu tadi, masa odw ke taman tu, bangkai tu baru ada dekat situ. Sebab awal tu tak ada daun etc.
So aku jadi terfikir, sebab aku tak perasan awal lalu tu kucing tu dah mati, sebab nampak badan dia macam elok. Kalau bangkai tepi jalan, reason utama mesti kena langgar kan? Tapi tak ada nampak kecederaan macam kena langgar. Tak ada darah. Dan biasanya kucing ni kebal.
Haritu aku pernah jumpa kucing kena langgar sampai patah tercabut kaki, still boleh jalan elok. So kalau kata kecederaan dalaman pun, mesti ada berdarah atau terberak ke. Tapi mmg bersih elok, tak keras lagi. Pun macam tak ada tanda macam mati sebab sakit. Sebab memang nampak macam sihat kucing tu. Tak kurus keding etc. Lepas tu mata dia terbuka.
Tak pernah aku jumpa bangkai kucing dengan mata terbuka macam tu. So aku dah mula syak kucing tu mungkin dibunuh sebab sebagai ugutan bunuh aku.
So bila aku connecting the dot between aku yang tengah kena stalk, lepas tu beberapa hari sebelum tu, yang aku makan dekat depan padang dataran merdeka tu, dan the pekerja DBKL mention tercekik tu macam out of no where sangat. Macam someone gave him script untuk berlakon depan aku.
Dan macam haritu gangguan tu macam tak berapa hyper, dan how these stalkers tak pernah face aku direct, dan selalu macam konon nak hantar secret message through orang lain dan persekitaran, maka aku jadi, terfikir yang mungkin kucing tu mati dibunuh dicekik oleh stalkers ni.
So logiknya diorang takut aku report polis, tapi dia macam nak tunjuk dia tak takut juga. dia macam nak reverse psiko, sebab tu dia tinggalkan bangkai tu dekat hentian dpn balai polis bukit aman tu lah. Tapi sebenarnya hentian bas tu terlindung so, possibly diorang tak berani pun, tapi dia macam, ntahlah.
Tapi, connecting the dots, aku syak kucing tu mmg dibunuh atas asbab aku, dan cara dia mati kemungkinan besar dicekik. Sebab aku tak pernah jumpa kucing mati dengan mata terbuka.
Then aku syak, dia letak anak kucing banyak dekat taman tu, aku rasa macam dia nak ugut aku, yang diorang ni akan bunuh anak kucing tu pula kot, kalau aku pergi area tu lagi. maybe satu persatu.
Tapi aku tak ambil risiko nyawa anak² kucing tu untuk buktikan syak aku ni, so aku dah tak pergi area situ. tapi aku still kadang2 breakfast juga dekat area LRT Pasar Seni tu dan Masjid Jamek.
So, itu sahajalah kisah ringkas aku tentang one of the things dibuat dekat aku oleh organisasi illuminati wannabe ni. Cuma, aku jadi terasa nak share pasal ni, lagi satu sebab ada berita keluar baru ni tentang seorang lelaki yang bunuh banyak kucing dekat kondo tu.
Kalau nak kesahihan aku kena gangstalk, boleh sahihkan dengan penduduk/pekerja sekitar damansara. Aku tersedar tu pun sebab kejiranan yang aku baru pindah masuk tu dekat saujana damansara. Area dekat MRT Damansara Damai. Kecoh gila kejiranan situ. Even the first day aku pindah masuk.
Lepas tu, lepas dah sedar kewujudan diorang ni, hackers stalkers ni, organisasi illuminati wannabe ni, aku rajinkan diri keluar lah sebab awal tu aku ingat doirang boleh stalk aku online je. Walaupun time tu dah ada gangguan secara fizikal walaupun tak direct daripada jiran2. Tapi aku still rasa maybe diorang takkan boleh stalk aku if aku keluar.
Tapi lepas aku keluar tu, aku witness kemampuan mereka stalk aku secara fizikal juga. Pun boleh. Masa tu pun ada promo my50. So aku pun biarkan jelah orang nak ikut, aku masa tu aim macam nak khatam semua stesen mrt lrt dan juga bas.
So aku still keluar time tu walapun dah mula sedar ramai mengekor aku. Padahal aku choose nak turun dekat mana2 tu random. So by how some ppl tu macam kenal aku, everywhere aku pergi, whichever station aku pergi, aku syak mmg hal aku dah diviralkan dan ada pekerja rapidkl, facilitating the stalking dengan update live keberadaan aku.
So kalau nak sahihkan aku cerita ni, boleh risik2 kalau ada kenal someone duduk or kerja area sekitar LRT MRT. semua stesen.
Tapi yang paling obvious ramai kacau, dekat sekitar kawasan aku lah. damansara, sungai buloh, one utama, the curve IPC lotus, AEON Prima, AEON Maluri, bukit bintang, kl Sentral dan finally area dekat pasar seni masjid jamek, cochrane.
Gangguan dekat kejiranan was since januari 2022 – januari 2023. Gangguan luar since aku rajin keluar which was june 2022 till januari 2023. Aku even pergi berjalan luar Selangor pun, macam ramai yang kenal.
Bulan Oktober 2022, aku pergi naik bas ke beberapa buah negeri antaranya Pahang, Johor, Penang, Melaka, Perlis. Cuba tanya staf pekerja dekat stesen bas situ. And shopping mall berhamprian, kalau ada orang kena stalk, suruh buat pelik2 kalau saya muncul.
Saya tak rasa semua yang stalk follow saya ni adalah stalkers primary, iaitu organisasi penjenayah ni, tapi mostly adalah stalkers secondary, iaitu stalkers yang mungkin tak tahu apa² pun, cuma follow the crowd blindly stalk saya.
– Sarah M. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Honestly, aku rasa kau terlebih overthink dan hallucinate too much things. Banyak sangat tengok cerita korea Unlocked tu kot Lainlah kalau kau anak Menteri ke apa, boleh relate lagi. Cuba try bergaul dengan ramai orang lagi, sebab kau kata kau introvert kan. It will helps to boost your self confidence.
Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri..
teruskan menulis dek, jgn biar semua fikiran tu main dlm fikiran tu. Tak baik duduk lama2 dlm fikiran tu, get out. Bila2 adek ada masa nanti, semua penulisan adik ni boleh baca balik. Syafakallah dek.
Adik ckp adik selalu keluar jalan2 kan? jgn lupa baca doa, “bismillahirrohmanirrohim aamantubillahi tawakkaltu ‘alallah wala haw la wala quwwata illa billah” dan yakin pada Allah, apa2 pun mudarat tak kan terkena pada adek, sbb Allah yg lindung. Take care dek
Aku de makcik macam kau. Semua org stalk dia. Intai dia. Sekarang dia kt tg rambutan. Kau g berubat. Jumpa doctor.
Kau nk gila eh
Bapak kau the most wanted banduan kah?
Delulu gila KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Kau anak Menteri? Kau no body gila PERASAN semua orang stalk kau. Yihhhhhh nak muntah baca buang masa ja.
Last but not least kau ada keturunan dan saudara mara VVIP ka?
Atau kau CANTIK SANGAT KA?
Kalo takdak tuh semua khayalan kau.
Sah teori konspikari free shipping nihhh…!!!