Dikelilingi Orang Yang Solat Adalah Nikmat

Bila masuk universiti, saya tak expect akan dapat housemate yang baik belaka. Tapi rupanya punya lah Allah nak jaga saya, dapatlah housemates yang jaga solat.

Hai semua. Saya Fasha, umur 20an. Saya asal dari family yang tak beratkan isu solat. Sekadar belajar dekat sekolah rendah, and solat kadang-kadang je bila rasa nak.

Honestly, saya first time solat penuh 5 waktu masa tingkatan 1, itupon sebab masuk asrama yang memang wajibkan pergi surau setiap kali waktu solat. Dari situ, saya start berubah sikit-sikit and mula ada kesedaran untuk solat tanpa disuruh. Betullah orang kata ikhlas itu bermula dari paksaan.

Since masuk asrama, memang makin jaga solat, tapi bila dekat rumah kecundang juga sebab takde surrounding yang mengajak saya untuk solat. Mak saya je yang solat, tu pon kadang-kadang tak penuh. And kalau dia suruh kami adik-beradik solat pon, dia cakap sekali je. Kami solat atau tak lepas tu dia dah tak kisah.

So usually saya solat penuh dekat sekolah je. Bila dekat rumah kadang penuh kadang tak. Keadaan ni berlarutan sampai lah form 5 and lepas habis SPM pon sebab cuti lama before ke next education level.

Tapi sebelum masuk foundation, saya sempat kerja dekat kedai baju ni. Total pekerja dekat kedai tu maybe dalam 8 orang. Masuk kerja hari pertama tu, waktu zohor masuk saya tanya pekerja lama mana nak solat. Dorang pandang sesama sendiri lepas tu cakap, ‘solat je lah dekat fitting room tingkat atas tu’.

Dalam semua pekerja tu rupanya saya sorang je yang solat. Waktu tu baru saya sedar rupanya dalam dunia ramai lagi orang yang tak solat.

Saya sendiri solat tak cukup, siapalah saya nak judge dorang. Saya just pikir yang family dorang mesti macam family saya, bezanya saya ada usaha lebih sikit nak solat effect dari duduk asrama.

Masuk foundation pulak, life makin free tak payah pergi surau untuk solat, tapi duduk asrama and bilik kongsi 3 orang. And Alhamdulillah, again, kawan-kawan waktu tu jaga solat.

Walaupon subuh kadang-kadang terbabas, tapi roommate saya jenis yang bila terjaga mesti terus ambik wuduk and qada’ solat. Kalau keluar jalan-jalan pon mesti akan ada yang ingatkan untuk solat.

Bila masuk universiti, saya tak expect akan dapat housemate yang baik belaka. Tapi rupanya punya lah Allah nak jaga saya, dapatlah housemates yang jaga solat. Subuh je mesti kejutkan saya kalau saya tak terjaga sendiri. Kalau saya tidur petang, mesti ada yang kejut saya ingatkan untuk solat asar.

Dorang juga selalu baca quran, solat sunat etc. Sejak dari tu saya pon baca quran makin kerap. Masa puasa memang macam achievement lah sebab dapat baca 15 juzuk padahal sebelum ni 1 juzuk tu pon berbulan baru dapat. Cuma solat sunat je saya belum kuat nak buat.

Kisah hidup saya agak pahit dari kecil sampai sekarang. Tapi daripada banyak-banyak ujian yang saya dapat, saya selalu positifkan diri saya dengan ingat nikmat-nikmat yang Allah bagi, salah satunya dikelilingi orang yang solat. And for that, saya sangat bersyukur.

Saya tulis ni untuk peringatan kepada semua orang untuk belajar bersyukur walaupon dengan sekecil-kecil nikmat.

Lots of love,

– Fasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!