Dilema 1bu Bekerja

Assalamualaikum wbt, aku Qila seorang ibu dan isteri berusia lewat 20an. Aku bekerja di selangor manakala suami aku sering bertugas di Pahang.

Aku sekadar nak meluah supaya menjadi pengajaran buat aku dan orang lain selain untuk melepaskan rasa terkilan di hati. Aku minta maaf jika confession ni terlalu panjang sebab aku tak nak post banyak part.

Selepas 2 bulan bersalin aku mula bekerja semula, aku bekerja di syarikat swasta dan tempoh menternity di syarikat aku hanya 2 bulan dengan A/L 14 hari setahun bagi pekerja bawah 6 tahun dan akan bertambah 21 hari selepas 6 tahun.

Oleh kerana tempoh kerjaku masih belum cukup 6 tahun maka nikmatilah 14 hari A/L yang ada. Perlu aku jelaskan terlebih dahulu kerana akan berkait dengan cerita aku selepas ini.

Sewaktu tempoh berpantang, aku ada berbincang dengan suami berkenaan pengasuh anakku nanti memandangkan suami aku akan selalu di luar kawasan dan anak memang dibawah jagaanku sepanjang suami tiada jadi kami nak yang terbaik.

Ibuku mencadangkan kakak iparku (isteri kepada abang aku) aku gelarkan dia kak Mas, memandangkan dia memang seorang pengasuh dan rumahnya agak dekat dengan rumahku.Kak Mas juga memang tak sabar-sabar nak jaga anakku, bertambah gaji katanye.

Siap pesan kepada adik bongsuku lagi untuk hntar anak kepadanya juga jika sudah kahwin nanti (Adik aku awal2 reject dia ).

Abangku dan kak Mas telah berkahwin 10 tahun tetapi masih belum rezeki mempunyai cahaya mata (Mohon reader semua sama2 doakan rezeki anak buat abang dan kakak iparku).

Awalnya memang aku berat hati kerana dia sering balik ke kampungnya pada hari bekerja, jika waktu tu dia bekerja akan dibawa semua anak asuhan bersama, total anak asuhannye ada 3 beradik paling besar 9 tahun dan paling kecil dalam 4 tahun campur anakku 4 orang.

Ibu kepada anak asuhan sekarang bekerja 3 shift,pagi, petang dan malam malah cuti juga tidak tentu harinya. Aku ada mencari juga pengasuh lain, ramai juga pengasuh di kawasan rumah aku tetapi waktu tu keluar pulak berita di TV tentang anak asuhan di taska koma didera.

Oleh kerana ibu bapaku sering menyarankan untuk hantar sahaja kepada kak Mas dengan alasan relative serta nak jaga hati kak Mas,

Yela kalau aku hantar dekat orang lain ape dia akan fikir sebab dia sendiri pun pengasuh, dan dengan kejadian dera di taska, lalu aku putuskan untuk hantar juga kepada dia.

Dengan harapan maybe dia akan lebih beri perhatian dan kurang balik ke kampung pada hari bekerja memandangkan anakku masih bayi.

Sepanjang kak Mas jaga semua baik baik je, cuma dia sering bawa anak aku keluar tanpa pengetahuan aku sewaktu dalam jagaanya,

Tau2 dia post gambar dalam group family (kadang-kadang post) sedang mengeteh dengan kawan, atau dipasaraya, atau akan hantar anak aku malam sebab dia keluar.

Normal ke pengasuh bawa keluar anak asuhan tanpa pengetahuan ibu bapa anak tersebut?? Aku tak kisah jika dia nak bawa anakku bersiar-2 sewaktu dibawah jagaanya tapi kalau boleh maklumkan dlu kepada aku.

Bukan apa, bayi di bawah 2 tahun mudah tak sihat, atleast bila doc tanya ada kemana2 aku boleh maklumkan sebab kadang2 aku taktau dia bawa anak aku keluar tau2 dia bgtau puting baby tercicir waktu keluar tadi.

Dan yang paling memeningkan kepala aku dia masih kerap cuti pada hari bekerja,sebelum ni aku pernah bagitau kerja aku cuti pada weekend dan setiap PH selangor company aku ambil, kalau cuti ada kecemasan atau perkara yang tak dapat nak dielak aku faham.

macam yang aku terangkan di atas, anak asuhan asal 3 shift dan cuti pada hari biasa dan aku pula bekerja office hour 9 pagi hingga 6 petang, jadi cuti kami tak sama.

Jika anak asuhannya cuti pada hari selasa dia masih perlu bekerja untuk mengasuh anakku, apabila weekend aku tidak menghantar anakku dia masih mengasuh anak2 asuhan yang lain.

Sewaktu aku berpantang dia ade juga mengasuh anak jirannya yang bekerja office hour seperti aku namun tak lama, tak silap aku hanya mengasuh lebih kurang 2 bulan je,

Berhenti atas sebab apa aku pun tak pasti tapi dari cerita kak Mas tiba2 je mak anak asuhan whatsapp untuk tidak menghantar anaknye tapi aku rasa aku boleh agak apa sebabnya.

Yang lagi memeningkan kepala, mana2 yang ada tanda PH di calender dia pun anggap yang aku cuti walaupun cuti tu takde kene mengena dengan aku cth cuti wilayah KL, Good Friday.

Ya, aku memang sangat jaga A/L aku sebab aku handle anak jauh dari suami, kalau suami ada sama boleh bergilir cuti tapi kami jauh jadi kalau anak demam, anak appointment semua aku yang kena cuti.

Bulan 6 nanti raya haji kami ade gethering family di utara dan perlu apply cuti 2/3 hari.

Bulan 9 nanti adik bongsuku akan berkahwin juga perlu cuti lagi. Kak Mas pun sedia maklum sebab dia pun join sama nanti.

Aku tak kisah jika unpaid leave atas alasan yang munasabah tapi kalau alasan saje2 nak balik kg memang aku tak boleh terima.

Dalam sebulan dia akan minta cuti dua tiga kali, AL pula dah banyak guna jadi aku berseloroh la dengan dia “Alaa kak Mas ni asyik cuti hari biasa je macamana Qila nak kerja ni, senang2 Qila kerja mengasuh juga la macam kak Mas sambil2 jaga anak sendiri”

Dan dia balas, “Kalau nak berhenti jangan duduk jauh, meroyan aku nanti tak jumpa baby N (Anak aku)”,

Aku direct cakap, “kalau dah resign mesti la ikut suami, kerja pindah2 pun ikut jela dari stress sorang2 kat sini” dengan harapan dia akan faham situasi aku. Honestly tu ayat nak jaga hati, kalau ikutkan nak je aku cakap, “senang2 aku hantar kat org lain aje lah”.

Padahal dia baru ambil cuti 2 hari sebab nak buat kenduri di kampung khamis jumaat, selang seminggu nak cuti lagi 3 hari nak sambut puasa dan mantai.

Allah la, aku pun nak sambut puasa juga di kampung tapi aku tunggu weekend memandangkan puasa jatuh hari khamis. Dia hari selasa nak balik Kg dah sebab rabu dah mantai, khamis puasa.

Aku pelik sebab aku tak ada kawan dari negeri yang sama dengan kak Mas jadi aku tnya dia mmg negeri kak Mas hari mantai cuti ke?

Dia jawab takde la cuti, tapi sambut mantai meriah la memang negeri dia akan sambut. Aku takpasti la jika anak perantau dari negeri sana memang kena wajib cuti mantai.

Maaf takada niat nak racist tentang Negeri. Penyudahnya dia bawa semua anak asuhan dan anak aku untuk sambut puasa di kampungnya, anak asuhan asal memang sebelum ni sering dibawa kerana ibunya juga susah untuk selalu cuti, jika tidak ibunya perlu bawa anak2 ke pejabat.

Memang orang akan kata bagi jedia bawa anak balik kg kalau tak boleh cuti, dapat la rest dekat rumah.

Tapi untuk first mom macam aku ni nak tinggalkan anak ke pengasuh pagi2 pun dah rindu inikan pulak orang bawa berhari2. Aku duk mengadu dekat suami aku, aku tak tahan kalau dia terus macam ni.

Appointment juga buat di hospital di Kg, dan perlu balik awal sehari sebelum appointment. Kalau dia suri rumah tidak bekerja tak mengapa untuk sering ulang alik ke kampungnye tapi dia sedang bekerja sebagai pengasuh.

FYI, gaji dia aku bayar sama je dengan rate pengasuh kawasan aku. Bukan aku berkira kalau dia nak cuti cuma berpada la.

Dah terangkan kat dia kalau boleh cuti la time betul2 ade keperluan, aku dah maklumkan kalau kerap cuti nanti A/L aku habis aku kena unpaid leave,kalau aku kena unpaid leave sebab dia nak cuti terus terang aku cakap aku akan potong gaji dia.

Tau pulak tak setuju nak kene potong gaji. Mentang2 la bos dia ni parents budak, parents kena potong gaji sebab hadap dia kerap cuti tak fikir pulak, ikut suke hati je kan nak cuti bila2 masa.

Kemuncaknye raya baru ni, dia minta cuti 2 minggu. Which is dia jaga anak aku 2 minggu je. Aku skali lagi terangkan dekat dia yang AL aku kalau ambil 2 minggu tu memang habis terus.

Dia tak hiraukan dan tetap nak cuti raya 2 minggu. Aku dah tak mampu nak tanggung rasa sesak kat dada, sakit kepala, stress nak layan kerenah dia je aku putuskan untuk tak hntar anak kat dia dah. Aku tawakal dan berdoa semoga Allah lindungi anak aku di dalam jagaan org lain.

Aku ade call ibuku di kampung, hajatnye untuk tanya persiapan raya tiba2 ibu tanya dah jumpa pengasuh baru ke. Aku pelik la, mana ibu aku tau.

Rupa-rupanye kak Mas terlebih dahulu call ibu aku tanyakan cara buat dodol, katanye nak niaga di kampungnye cari duit lebih.

Ibu aku mesti la akan tanya tentang aku dan cucunya macamana kalau dia balik kg cuti lama. Dia awal2 dah bagitau ibu yang aku akan cari pengasuh sementara mengantikan dia.

Memang niat aku nak gantikan terus, takde makna nak sementara kalau hujung2 aku yang selalu sesak dada sakit kepala.

Nak hantar sementara perlu bayar gaji harian selama dia tak kerja. Dia nak cari duit lebih hbis tu aku ni nak berabis duit bayar upah pengasuh lain dan upah dia.

Aku whatsap dia secara elok minta kemaskan barang2 anak aku untuk aku hantar kepada pengasuh baru nanti ikut perjanjian hari last aku sebelum dia cuti nanti aku akan ambil semua,

Dia gembira kerana aku dapat cari pengasuh yang gantikan dia bercuti 2 minggu padahal aku nak cutikan dia terus.

Bila aku ambil anak aku petang tu aku explain dekat dia yang aku akan terus hantar kepada pengasuh baru bukan hantar sementara.

Dia tak puas hati, keesokkan harinya dia whatsapp aku bagitau last jaga anak aku haritu dan akan pulangkan terus barang anak aku pada ptg tersebut.

Dalam bulan tu hanya bekerja 4 hari aku tetap bayar gaji dia half. Hari last dia jaga terus aku transfer upah, terima kasih pun tak.Aku geram rasa nak marah tapi kena sabar,semua aku luahkan kepada suami,aku marahkan suami, sepatutnya dari awal tak payah hantar dekat dia.

Nak jaga hati kak ipar sangat hati sendiri yang robek.

Dan sekarang Alhamdulillah aku jumpa pengasuh yang sangat baik, jalankan kerja sebagai pengasuh dengan baik. Tidak sering banyak karenah, cuti jika ade perkara penting dan appointment.

Aku sangat-sangat bersyukur, pengasuh yang baru ni dia meletakkan diri dia sebagai ibu bekerja.

Lillahita’alla aku lagi senang dengan pengasuh yang baru dari orang yang aku kenal. Aku sendiri jadi tak berkira sebab aku happy. Dia pun ambil anak asuhan bagi ibu bekerja weekend, cari duit lebih juga katanya.

Hubungan aku dengan kak Mas baik2 je, dia tetap akan gomol2 anak aku tiap kali berjumpa, rindu katanya. Aku je rasa janggal sikit bila bertentang mata dengan dia, terkilan sebab aku percayakan anakku bawah jagaannye. Tapi tak sangka jadi lagi susah.

Yang terbaru,dia ada cerita dekat aku dan adikku nak cuti nak balik kg, ibu kepada anak asuhan 3 beradik yang dia jaga sekarang boleh bawa anak ke pejabat weekend.

Dia pula macam tak segan cerita pasal ni dekat aku lepas ade isu selalu nak cuti waktu jaga anak aku sebelum ni haha.

Entah la, aku pun tak faham, kalau parents tu OT dia pun akan charge OT tapi kalau dia cuti parents budak tu kena bawak anak ke pejabat takde pulak parents tu nak tolak gaji.

Aku ade juga sarankan jika dia nak cuti selalu cari anak asuhan office hour,dah tentu boleh cuti weekend dan PH macam kerja office.

Pendapat aku, jika nak jadi pengasuh, silalah jadi pengasuh yang baik bukan hanya pandang pada upahnya sahaja.Ikhlaslah bekerja kerana Allah,ibu bapa hantar anak ke pengasuh untuk mudah bekerja.

Aku faham pengasuh pun manusia bukan robot dan mereka ade hak cuti tapi jangan la terlalu kerap sampai menyusahkan pihak lain. Kami bukan hantar minta tolong jaga saja-saja, kami hantar dan bayar upah asuhan.

Tapi kalau mengasuh betul2 sebab nak duit je tanpa fikir orang lain punya situasi sebaiknya berhenti la jadi pengasuh.

Aku ambil semua yang berlaku sebagai pengajaran buat aku, kadang terlalu nak jaga hubungan dan persaan orang hati sendiri yang sakit.

Jika ada yang persoalkan kenapa abang aku tak nasihatkan kak Mas, abang aku pernah nasihatkan sebelum ni tentang cara kak Mas layan anak asuhannya namun abang aku pula yang di marahnya.

“Awak diam, awak apa tau,saya yang jaga, awak jangan nak komplen lebih”.

Benda ni jadi depan mata aku sebelum aku kahwin dan sebelum ada anak. Kak Mas pun pernah cerita dekat aku dia tak suka abang aku masuk campur jika dia mengasuh kerana mengasuh itu kerja dia.

Alhamdulillah anak aku dah 2 bulan di bawah jagaan pengasuh baru, migrain dan stress aku pun dah tak ada sekarang.

Tak ada ibu bapa tak nak tengok anak-anak membesar depan mata,

Aku fikirkan suami dan nak bantu dia memandangkan sebelum kahwin aku memang dah ade komitmen jadi aku masih bekerja paling kurang dapat melangsaikan komitmen aku sebelum aku jadi suri rumah.

Semoga urusan ibu-ibu bekerja di sana juga dipermudahkan. Aku sekadar meluah tiada niat memburukkan atau membuka aib.

– Qila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *