Dilema 2019

Dilema 2019

Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana membaca dan tolong lah bagi pendapat untuk dilemma aku. Aku betul-betul perlukan motivasi. Sekarang ni aku betul-betul dalam dilemma. Okay umur aku pertengahan 20-an. Graduan diploma. Bidang teknikal. Jadi kebanyakkan skop kerja aku buat drawing. Pengalaman kerja aku tak strong sangat, baru 2 tahun.

Okay describe sikit diri aku. Aku rasa kelebihan aku dr skop mata orang lain, bila aku buat kerja, aku akn buat 200%. Buat sampai jadi sampai habis. Bagi aku keberkatan dalam gaji tu penting. Aku tak kan claim ot kalau tak de kerja dan tak kan ot saja2. 8 jam waktu kerja aku manfaat habis kecuali, kalau betul-betul tak de kerja.macam sekarang. *flip hair. Sebab habis je waktu kerja aku memang dah rancang esok yang patut aku buat. So aku datang kerja mmg dah set target ‘apa aku akan buat hari ni’. Dan kelemahan aku.. aku tak boleh cakap tak. Jd kalau tak de kerja mcm ni, mostly aku akan buat kerja orang. Huh.

Apa yang membuat kan aku dilemma, aku dah tender resign letter, Tapi bos aku tak approve lagi, dia bg masa untuk aku fikir. Kerja kat company sekarang seronok. Ada ot. Ada medical. Bos okay tapi, tak kan pokok bergoyang kalau tak de angin kan? Haa gittew. Okay sebab aku nak resign ialah :

1. Tak de fix increament (gaji aku setakat tahun 2018 mmg lah okay. Basic 2k tapi bila dah masuk 2019 aku tak rasa benda tu sesuai dah. Komitmen pun makin bertambah. Kawan aku yang kerja start dr gaji biasa-biasa pun dah lebih dari aku. *lap air mata. Fix icreament tu maksudnya tiap tahun akan naik, sikit ke banyak ke.. belakang kira. Kat sini walaupun company besar.. tapi habis probation pun tak da kenaikan. Cukup setahun pun tak de. Tapi tak tahu lah kalau orang lain ada.. aku je tak da. Kipas kurang laju mungkin.

2. Ot ada kenapa tak claim sis? (Aku pernah claim awal2 tu.. mcm nak claim 4juta u gaiss. Padahal ot aku setakat 4 jam. 6 jam. Tu pun 3 bulan kumpul. Hermm bila dah 2 kali kena. Sejak tu aku tak kan ot dan tak claim lg dah.)

3. Bonus (Dalam offer letter semua ada. Indah2 bulan bintang.. tapi hakikat nya, yang besar-besar je dapat. Marhaein mcm aku ni.. picisan.)

4. Management. (Aku sedar aku diploma. Jadi aku ambil mcm2 short course dalam bidang teknikal untuk mantapkan diri aku. Tapi apa perasaan kau bila management kau boleh bg alasan ‘awak diploma je, sebab tu kita tak boleh nak naik kan gaji awak’. Adakah pengalaman aku kerja tu mg tak de harga? Kursus dan skill aku? Attitude aku memang tak de harga ke kat mata dia?)

5. Hey, dah tahu diploma kenapa tak sambung belajar? (Aku buat part time sabtu ahad jd tutor. Tapi aku fikir smpai bila? Sebab aku sedar aku bnyk benda nak kena buat sebab aku anak sulong. Siapa tak nak sambung belajar.. aku dah mohon kot dah dapat pun, tapi keadaan company layan aku mcm ni. Macam mana gais.. aku dah habis ikat perut kalau tak buat part time. Aku tahu betapa susahnya mak aku besarkan aku sorang-sorang.. jd kalau boleh bila adik-adik aku dah kerja baru.kereta habis bayar (next year) baru la aku akan selfish sikit.)

6. Semua nak jadi bos. (Aku pun tak faham system baru.. nak submit dokumen kena book awal2 driver, kalau ada urgent kau tadah lah telinga kena bebel nak mintak driver. Tu belum driver buat muka. Sabar je lah sbb aku paling muda ken. * bergenang air mata.Tu 1 hal. Office boy aku pun nak jd bos. Kalau aku suruh dia, dia suruh aku balik. Kadang-kadang aku confused, aku ni ofis girl ke? Aku pernah nyaris jd driver tau.. nasib baik masa tu aku cakap aku mg tak berani drive kereta orang.jd receptionist pun pernah. Tapi my bos always my savior.. sbb tu lah boleh bertahan lagi.)

7. Sabar je lahh (yang ni ada masa dia, sv aku berat punggung. Fail depan mata pun tak nak bangun ambil rela dia jerit panggil aku suruh ambil. Lps tu bos aku ada habit tak boleh dengar aku bercakap or bersembang dgn orng lain. Pergh jelingan dia, dengan dia tak pe.kalau dgr suara aku. Terus menjerit panggil. Percaya tak waktu kerja, 100 patah perkataan pun tak hbs guna.)

Last sekali. Dah tahu sebab kenapa masih fikir-fikir nak berhenti ke tak. Okay aku pernah kerja tak de kwsp. Perit perit. Nak buat loan pun susah. Nasib baik kereta tu pun sambung bayar mak aku punya. Aku bnyk kerja part time sebelum ni. Sbb aku ckp aku ambil short course kan. Kerja part time memang la masyuk. Kerja short hour tapi gaji okay. Okay aku start kerja secara serius umur 23. Kerja 1st aku, tutor kolej – kontrak. Masa nak hbs kontrak tu mmg rezeki dapat krja company ni. Sebab tu aku sayang company ni + tak ramai melayu. Jadi buat hal sendiri.

Tapi untuk tahun 2019, aku harap aku boleh capai pengalaman lebih. Kerja dalam bidang aku . bukan hanya photostate scan copy. Dan gaji yang sama tak naik-naik. Huhu. Hahaha. Aku sedar aku diploma. Dan I willingly to learn. Supaya aku dan majikan aku win-win situation. Nak kahwen pun takut skrng ni + tak nak menganggur.( aku dha mohon bnyk tempat, iv tapi belum ada feedbacak sbb aku masih bekerja dan mungkin demand gaji tinggi sgt kot )

Oh lupa. Semua tips murah rezeki inshaaAllah aku dah amal, huhuhu. Bagi aku pendapat supaya aku tak rasa bersalah untuk resign.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit