Dilema Anak dan Isteri

Assalamualaikum dan hai semua. Thanks admin siarkan confession yang tak seberapa ini.

Saya Hana, mempunyai seorang anak dan tinggal bersama keluarga. Suami nun jauh di utara. Kami sudah setahun pjj. Oh ye, saya seorang suri rumah. Seorang rumah yang sedang mencari perkerjaan sebab baru saja resign sebelum bersalin. Anak pula umur baru nak masuk 2 bulan.

Buat sementara saya duduk di rumah mak ayh di selatan. Bila kita duduk rumah mak ayah kita, kita kena lah ikut peraturan rumah dia kan. Mak ayah saya pula memang jenis yang banyak sangat pantang larang. u

Sebenarnya saya memang dah plan dengan suami untuk ikut berpindah ke utara selepas bersalin. Tapi mak ayah saya semacam tak bersetuju. pernah sekali tu ayah terdengar perbualan saya dengan suami, terus ayah semacam je muka dengan saya. Saya sebenarnya teringin nak duduk dengan keluarga kecil saya. Saya , suami dan anak.

Bila duduk rumah mak ayah ni, macam- macam kita nak kena jaga. Semua akan jadi tak kena. Suami saya kerja shift. Jadi dia akan balik ke selatan bila off day untuk night shift. Jadi dalam 2 atau 3 minggu sekali. So, bila suami balik, kami tak boleh duduk dekat-dekat ( mak cakap nanti teransang sebab baru habis pantang) , suami tengok anak mandi, salinkan pampers ( sebab anak perempuan).

Masa saya dalam pantang tempoh hari, masa bertungku, suami tak dibenarkan masuk tengok. Jadi suami mampu duduk luar je tunggu sampai saya habis bertungku. Kami jugak tak boleh tidur sekatil. Suami kena tidur bawah. Kesian suami. Saya pandang muka suami dan rasa sedih sangat tapi saya tak mampu buat apa pun sebab ini rumah family dan kena ikut parent sy lah kan. Tapi dalam hati saya nak je saya keluar cepat2 dan duduk dengan suami dan anak.

Jangan salah sangka yang mak ayah saya jahat ye. Mak ayah saya baik sangat cuma bab-bab tu diorang macam tak berapa berkenan. Contoh bila suami balik duduk dekat dan bergurau, mak akan tarik muka. Bila suami ajak jalan-jalan dan balik lambat, mak akan bising sebab balik lambat. Kadang-kadang saya stress sebab saya dah kahwin dia bukan ke saya kena ikut apa yang suami saya cakap?

Bila saya nak cuba cari kerja di utara, ayah semacam tak suka. Ayah akan cakap kenapa tak cari di selatan saja kan senang boleh duduk rumah ni.

Saya tahu dekat sudut hati mak ayah saya, saya masih kecil. Tapi saya dah kawin dan saya ada impian nak duduk dengan family kecil saya.Sampai bila saya nak duduk bawah ketiak mak ayah.

Oh ye sebab saya baru resign, suami yang tanggung saya sepenuhnya lah kan. Gaji suami tak adalah banyak sangat pun. Tapi dekat fikiran mak ayah, fikir macam suami ni banyak duit. Saya pening nak fikir pasal ni sampai satu tahap dalam hati saya pernah terdetik supaya suami tak payah balik.

Suami memang pendiam dan tak banyak cakap. Pernah satu hari suami balik. Sampai rumah dalam pukul 1 pagi dari utara. Masa tu baby buat hal tak nak tido, suami bersengkang mata dengan saya bergilir-gilir jaga baby. Esoknya suami tertido sampai tengahari.

Mak ayah punya bising menyindir. Tuhan je tahu masa tu apa yang saya rasa. Mak siap suruh saya ambil perancang risau saya mengandung lagi. Runtun hati saya masa tu. Masa tu saya 30 hari berpantang. Saya dan suami dah dewasa. Kami mampu lagi fikir mana baik dan buruk. Kami pun dah sepakat nak pantang bersama 100 hari. Suami pun ada cakap dia boleh bertahan sampai saya betul-betul dah sihat. Oh ye sebab saya pun bersalin caeser.

Saya sayang sangat mak ayah saya. Bagi saya diorang lah segalanya. Tapi saya pun dah ada suami. Bukan ke tempat seorang isteri itu disisi suami?

Saya perlukan kata-kata semangat dari korang. Doakan lah saya dpat kerja dan boleh duduk dengan family kecil saya.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *