Dilema Kerja

Aku berumur 27 tahun. Alhamdulillah pada penghujung tahun 2017 aku telah berjaya konvo master by research di salah sebuah universiti tempatan. Aku menganggur kira-kira 4 bulan dan dipanggil untuk menyertai program SL1M. Kebetulan, kos degree, kos master dan program SL1M aku semua tidak selari. Masa degree aku ambil bidang perladangan, master bioteknologi dan SL1M more to food industry.

Aku bersyukur dipanggil untuk SL1M dan diberikan peluang untuk kerja di host company. Host company aku more to food industry and health supplement juga. Masa mula-mula aku kerja memang tak banyak masalah sebab host company aku tengah sibuk renovation, so aku tak tahu sangat pasal isu-isu (politik kerja, bodek) kat tempat kerja aku. Selama 6 bulan aku training memang best dan aku jadi excited nak datang kerja. Staf-staff pun baik, banyak ajar aku dan dorang lantik aku pegang jawatan as a QA assistant. Aku memang happy sangat sebab dorang puji aku ni multitasking dan semua kerja yang diberi siap dengan cepat dan bagus.

Tapi selepas aku diserap masuk kerja, tiba-tiba timbul bermacam jenis isu dan masalah. Aku diberi pelbagai tugasan. Berkebun (kos pertanian dorg kata), handle bahagian food and product development, marketing, bahagian laboratory dan QA. Jahit baju labcoat yang koyak pun aku kena. Dan aku di ‘judge’ oleh staff sebab performance aku merosot. Aku kerap dimarah dan dihina. Aku diugut untuk diberhentikan kerja. Aku dibandingkan dengan seorang staff, si A (dia tak masuk melalui program SL1M tapi interview macam biasa, dia masuk sekali aku). Malah, kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ini tidak dihargai.

Sekarang pihak syarikat aku dah gugurkan aku dari jawatan QA dan product development. Semua diberi kepada si A. Aku diberi task-task yang merepek (tanam pokok, bersihkan lantai yang kotor, kemas office). Perlu ke aku berhenti even aku still tak dapat offer yang baru? Aku ada komitmen dan hutang sebab aku perlu tanggung adik-adik aku belajar. Aku tak tahu di mana kesilapan aku. Aku setiap hari pergi kerja dan balik kerja mesti menangis.

Aku bagitau parents dan family aku yang aku nak berhenti kerja tapi dorang suruh aku stay. Aku perlukan pandangan korang semua apa yang patut aku buat sekarang.

– Naddy

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *