Dilema Masalah Abang

Asalamualaikum kepada semua pembaca IIUM confession, sebelum ini saya pernah menghantar satu kisah berkenaan dengan abang saya tetapi tidak diluluskan admin, mungkin ada salah dan silap dari segi tatabahasa.

Jadi pada hari ini saya mencuba sekali lagi nasib untuk meluahkan dilema yang terjadi dalam keluarga saya kerana seorang abang. Saya amat memerlukan sokongan dan pandangan dari pembaca sekalian.

Keluarga saya merupakan keluarga yang boleh dikategorikan sebagai senang, ketika zaman persekolahan, segala kemahuan abang akan diturutkan oleh parents saya bersyarat. Contohnya kalau abang nak sesuatu benda, dia harus mencapai target dalam peperiksaan dan selalunya berjaya.

Abang saya merupakan cucu lelaki sulung dalam keluarga , seharusnya harapan keluarga dan kesayangan atuk dan nenek, setiap kali abang balik ke rumah nenek, pasti nenek akan masak makanan yang sedap-sedap untuk abang.

Hal ini berlarutan sehingga ke alam pekerjaan. Perangai abang yang suka sesuatu yang branded akhirnya makan diri. Dari head to toe , pakaian abang tak kurang dari Rm300 sepasang, malahan gemar makan di tempat yang mewah, setiap kali keluar makan dengan abang, tak kurang dari Rm200 bil makanannya. Pada mulanya saya menyangka memang abang berkemampuan, melihat kepada perbelanjaan kasar setiap bulan.

Setelah abang mendirikan rumah tangga, abang mengajar isteri dan anak untuk sama memakai pakaian branded. Dengan gaji abang yang hanya Rm5k sebulan , bekerja dan tinggal di Bayan lepas yang sememangnya kos hidup tinggi, menyewa di kondo terkenal, dan menaiki kereta bukan tempatan menjadikan kami sekeluarga tertanya-tanya dari mana datangnya duit abang.

Akhirnya tembelang abang bocor, saya mendapat tahu bahawa abang hidup dalam keadaan tutup lubang gali lubang. Rupa2nya abang selalu meminjam wang dari kakak saya dan parents. Pada mulanya mak ada beri pinjam tetapi semakin lama jumlah semakin banyak dan tidak berbayar.

Bila kami tanya, abang akan marah kami semula, katanya kami tidak memahami beliau dan wang digunakan untuk rolling perniagaan nya tetapi sumpah saya dan keluarga tak nampak apa jenis perniagaan abang. Family kami mula tidak memberi pinjaman kepada abang lagi. Pinjaman bank dah blacklist, abang mula meminjam dengan along!

Macam mana saya tahu, kerana ada beberapa orang along menghubungi saya kerana saya merupakan penjamin abang tanpa pengetahuan saya. Selain saya, adik dan kakak tidak terkecuali, abang langsung tidak mempedulikan keselamatan kami, adik beradik perempuannya! Akhirnya saya mengatakan kepada Along bahawa saya tidak kenal si empunya nama.

Pada mulanya mak dan ayah cuba merahsiakan hal ini daripada pengetahuan umum kerana menjaga aib abang tetapi abang sebaliknya. Abang mula meminjam daripada saudara-mara dekat dan jauh, rakan2 beliau, bos tempat kerja dan tak terkecuali kawan2 lelaki saya. Tindakan abang sangat memalukan keluarga kami, sehinggakan mak tidak mahu keluar dari rumah. Mak terlalu terkesan dan depress!

Jumlah pinjaman abang, saya jangkakan melebihi Rm1juta kerana setiap orang yang dia pinjam ada yang Rm5ribu ada yang Rm30ribu, ada yang belas2 ribu..dan orang sekeliling mula mengata abang sebab abang tak bayar hutang mereka. Mereka mula mencari kami untuk melunaskan hutang, demi maruah keluarga, kami ada membayar hutang abang tanpa pengetahuan dia.

Berbagai cara dah kami lakukan untuk tahu kemana abang belanjakan duit tersebut, sehingga sekarang masih menjadi misteri kerana abang pandai bermain emosi seolah2 dia mangsa dan sekalipun tidak pernah cuba membuka mulut. Saya suspect abang saya bermain judi.

Ada 1 perangai abang yang saya betul-betul sakit hati, abang tak pernah mengaku salah dan masih play victim, sehingga ke hari ini abang masih juga cuba meminjam dengan orang2 sekeliling tanpa segan silu, malahan abang seolah hilang perasaan malu, duit yang lama belum berbayar, abang cuba buat hutang baru.

Apabila dicerca abang akan bermain psychology menjadikan dia mangsa. Abang kerap memberi alasan bahawa duit yang dipinjam untuk beli susu dan pampers anak sehingga ada yang kasihan dan memberi pinjam. Kadang-kadang abang ada cakap dia kelaparan belum makan.

Sebelum saya lupa, abang dan isterinya telah bercerai pada awal tahun ini, saya juga mendapat tahu abang sempat meminta kakak ipar untuk membuat pinjaman bank sebanyak Rm70ribu atas alasan yang tidak diketahui…

Sampai sini saja luahan hati saya, semoga kalian memberi komen yang bernas diatas permasalahan ini. Kami benar-benar buntu. Terima kasih!

– Reen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *