Dilema Pekerja Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Thanks admin kalau confession ini disiarkan.

Aku fie. Bukan nama sebenar.. Fresh graduate yang sedang menunggu convocation. Buat sementara ni aku bekerja sambilan sebagai kerani disalah sebuah syarikat persendirian yang kecil (Nama dirahsiakan). sekarang ni aku masih dalam tempoh percubaan untuk menjadi pekerja tetap.

Kenapa tajuk dilema? Sebab aku masih lagi dalam dilema adakah keputusan aku ni betul atau tidak untuk meneruskan kerja di situ.

Aku sebagai pembantu general manager. Dimana GM ni dulu dia takde pembantu, jadi semua benda dia uruskan sendiri termasuk lah hal-hal HR dan Account. So sekarang dia wujudkan jawatan assistant untuk assist semua kerja dia. Lagipun dia busy, banyak kerja dekat site. So semua kerja dia pass up dekat aku.

Memandangkan aku ni fresh graduate yang takde langsung pengalam bekerja, dia pun bagi peluang untuk aku bekerja dalam syarikat dia. Aku hargai sangat peluang yang dia bagi. Memandangkan persekitaran yang baik dan coworkes yang sporting.

kenapa aku nak confess jugak kalau semua nya okey? Sebabnya selama aku bekerja ni, balik je rumah mesti aku terfikir yang kerja aku harini sia-sia. aku dah buat sehabis baik, tapi mesti ada je salah dimata GM aku. Semua kerja aku dia akan buat semula. Dia bagi empowerment kat aku, tapi dia tak percaya apa yang aku buat. Seolah-olah “kalau aku ada ke takde ke, sama je.” Dia tak educate aku dengan cara yang betul. Dia blame aku dengan psychology. Itu yang buat otak aku sakit.
.
Agak psycho jugak sebab bila ada something wrong je mesti dia hempas semua benda nak bagitahu yang dia tengah marah. Setiap hari aku balik kerja terfikir yang ” whutttttt,, apa salah aku?”. esok paginya mesti hilang motivasi aku nak pergi kerja.

Sekarang ni aku menaip dalam keadaan dilema. Adakah ini memang lumrah bekerja? Sebab aku tak pernah bekerja sebelum ni. Aku minta kata-kata semangat dari redears yang berpengalaman untuk bagi motivasi untuk hilangkan dilema aku ni. Apa yang harus aku buat? Sekarang ni aku rasa motivasi aku merundum, kepuasan tu aku belum jumpa lagi. aku kerja penat penatpenat duit gaji aku habis untuk minyak kereta je.. tapi aku rasa nothing. What should i do?. Btw thank you in advance kalau ade yang sudi bagi motivasi..

– Fie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit