Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sekiranya nukilan saya ini disiarkan.
Saya baru sahaja habis membaca luahan tentang bahana pjj, (https://iiumc.com/bahana-pjj/). Dan komen para pembaca ada yang mengecam, ada yang memberikan pendapat yang baik.
Jadi saya pun tertarik menulis di sini untuk memohon pendapat para pembaca.
Saya dan suami sudah berkahwin lebih kurang 7 tahun, dikurniakan zuriat 2 orang. Suami adalah kakitangan kerajaan di ibu kota.
Pada awal perkahwinan, saya bekerja di syarikat swasta di sana. 4 tahun kemudian saya dapat rezeki bekerja kerajaan.
Dalam gembira ada terselit duka, saya di hantar bertugas ke kampung halaman (dekat dengan rumah mak ayah) tapi saya dan suami terpaksa pjj.
Tarikh lapor diri saya kebetulan selepas saya habis pantang anak kedua. Jadi pada awal pjj memang saya banyak menangis kerana penat mental & fizikal menguruskan anak2 seorang diri.
Walaupun saya menumpang rumah keluarga, tapi semua urusan anak saya tidak menyerahkan kepada mereka. Alhamdulillah sekarang saya semakin okay & cekap menguruskan anak2 walaupun agak penat.
Setelah saya disahkan dalam perkhidmatan, saya terus memohon pertukaran untuk dekat dengan suami. Saya ingin memohon dekat dengan tempat suami sebab senang utk urusan pergi kerja.
Alhamdulillah permohonan berjaya cuma dapat info daripada staff bahagian pertukaran, tempat saya mohon tu tiada kekosongan. Saya mungkin dihantar ke putrajaya (situ banyak kekosongan).
Saya pun berbincang dengan suami, kalau saya terima di hantar ke putrajaya, saya perlu memohon pertukaran semula untuk ke jabatan yang saya nak tu nanti. Dari putrajaya ke rumah agak jauh ditambah dengan traffic jam.
Untuk pengetahuan, saya dan anak2 sedang baik2 di sini. Perjalanan ke tempat kerja tidak sesak, anak2 juga selesa dengan pengasuh. Rezeki anak2 dapat pengasuh yang baik & sayangkan mereka.
Urusan lain semua ok, cuma masalahnya ialah kami sedang pjj. Pastinya anak2 dan saya rindu pada encik suami. Jadi setelah berbincang dengan suami & ketua jabatan, saya membatalkan permohonan saya tersebut.
Suami menyatakan dia rindukan kehadiran kami dirumah sana selama 2 tahun lebih pjj ni. Kami akan berjumpa 2 kali dalam sebulan.
Tipulah kalau saya tidak ingin ke sana, sebagai isteri tentu saya rindukan suami saya. Tapi buat masa sekarang, saya belum memohon pertukaran baru. Suami saya kata ok saja asalkan saya & anak2 selamat.
Saya sebenarnya banyak memikirkan soal anak2 saya kerana di sini mereka dapat pengasuh yang baik.
Dulu di ibu kota kami pernah dapat pengasuh dan taska yg tidak sesuai. Jadi saya agak trauma melibatkan pengasuh. Di sini juga tempat kerja dekat dengan rumah, tidak sesak.
Saya ada bagitau suami untuk memohon semula pertukaran baru nanti, tapi saya harap dapat yang berdekatan dengan suami & urusan anak2 saya mudah serta selamat. Memandangkan kes dera kanak2 acap kali terjadi. Saya sangat risau!
Mohon pendapat pembaca semua, adakah saya salah apabila membatalkan permohon saya yg terdahulu? Adakah saya isteri yang mementingkan diri?
Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi nasihat & pendapat.
-Insan pjj-
– Bayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
minta suami puan untuk tukar berdekatan dengaan family