Dilema Seorang Guru

Assalamuaikum wbt semua. Aku dah lama nak luahkan pasal ni. Berkenaan dilema orang yang bekerja di bawah Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Fair warning, post ni mungkin boleh mendatangkan kemarahan sesetengah pihak. Sorry, tapi aku dah cuba pilih ayat yang terbaik supaya ianya tak nampak terlalu direct dan menyakitkan hati. And untuk Admin, thank you in advance kalau luahan ni terpilih untuk disiarkan. Guru taska dan tadika ni dia senang citer kerjanya mengasuh budak-budak, sambil mengajar konsep asas (ABC, 123, Bentuk, Warna dll).

Tapi guru tadika ni dia level dia advance sikit sebab dia kena mengajar Bacaan, Iqra dan lain-lain. Something yang lebih profesional dan perlukan latihan khusus untuk dibenarkan mengajar. Biasanya guru tadika kena ada paling minimum Diploma. Tapi syarat untuk dapatkan Lesen Mengajar,SPM pun dah boleh lepas. Cuma zaman sekarang kan dah advance, kira ramai pengusaha tadika lebih prefer untuk hire Diploma/Degree Holder untuk jadi guru kat tadika mereka. Bila tanya antara guru tadika dan taska mana yang lagi penat? Aku rasa sama je. Tapi, walaupun syaratnya perlu ada Diploma dan Degree, taraf gajinya masih di peringkat SPM. Starting paling tinggi biasanya RM1,100.

Berbaloi ke gaji macam tu korang rasa pada cikgu-cikgu ni. First thing yang korang kena tahu guru tadika or taska ni waktu kerja dia fleksibel, means ikut situasi. Jauh sekali nak ikut penetapan waktu bekerja yang ditetapkan (48 jam seminggu). Obviously, waktu kerja kami dah lebih dari tu. Masuk kerja biasanya pagi, paling awal 6.30. Paling lambat masuk jam 7.30 atau 8 pagi. And balik bila last murid balik. In fact, most of guru-guru ni semua kerja hampir 12 jam sehari. And kadang2 tu dah biasa balik time Maghrib. Azan berkumandang kau masih dalam kereta. Tak semua guru bercuti 2 hari dalam seminggu, ada yang kena rotate bertugas hari Jumaat/Sabtu sebab pakej yang anak-anak ambil lain-lain.

Meeting and kursus juga semua diadakan pada hari weekend dan cuti sekolah. Means sebenarnya tak cuti mana pun. Dan kalau takde meeting atau kursus, kami still perlu buat lesson plan and sediakan bahan untuk mengajar minggu seterusnya. Buat kerja di rumah, kadang2 bila banyak sangat document kena bawa balik, terpaksa pergi tadika juga untuk siapkan kerja. Cuti2 pun still perah otak, bila je nak rehat. Aku tak kahwin lagi so mmg balik kerja terus duduk dalam bilik. Kadang2 sampai rumah maghrib, solat then tertidur atas sejadah sampai awal pagi. Isyak ke mana, semua ke mana. Hidup macam zombie. Itu belum masuk lagi parents mesej malam2 tanya pasal anak dia. Tanya Botol anak dia kat mana, pemadam anak dia ade ke tak kat tadika.

Dengan amount stress yang terlalu tinggi, korang rasa berbaloi ke gaji yang kami dapat? Tolong jangan ungkit pasal rasa bersyukur, berapa puluh kali aku dah yakinkan pada diri aku yang duit bukan segalanya sepanjang aku kerja mcmni. Hakikatnya, soal gaji ni begitu sensitif untuk dibawa bincang. Aku perhati je pengusaha tadika atau taska ni, time nak hire, dia kata dia kena bagi kita gaji kecil sebab kita belum ada pengalaman lagi, bila dah lama kerja and request kenaikan gaji depa cakap yang kita belum capai tahap kualiti yang depa nak, bila nak bagi notis berhenti pandai pulak pujuk cakap kita ni guru terbaik, cepat belajar dan macam macam lagi lah.

Aku bukan berkira sangat soal gaji. Tapi aku perasan banyak penindasan yang berlaku pada kami guru-guru tadika dan taska swasta ni. Ini belum lagi kes boss bayar EPF after probation period, means kalau probation tu enam bulan, enam bulan laa EPF kau tak dibayar. Bila tanya, dijawabnya tunggu confirmation status kerja kita. Kalau rasa pekerja tak competent, kenapa tak ambil tindakan awal. Bila tanya, baru sibuk nak masukkan. Pihak2 yang berkenaan tolonglah pantau hak2 pekerja dalam industri ni. Awal tahun haritu aku nampak post cari guru taska, syarat nak Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, tapi offer gaji RM700 sebulan. Seriously? Cuba korang letak anak korang atau adik korang dalam situasi tu.

Korang rasa berbaloi ke tak. Tak padan dengan skop kerja. Kerja ni penat mental dan fizikal. Overall distress. Penat macam mana pun, kau kena pastikan emosi dengan minda kau stabil. Hilang peka sikit macam2 boleh jadi. Guru masih datang bekerja walaupun time tu dia tak sihat atau sakit? Itu perkara biasa. Allah je tahu macam mana payahnya nak ambil cuti kalau kerja macam ni. Dia macam kau jadi ibu, walau sakit pun tetap kena masak and jaga anak-anak kan, Cuma bezanya anak kami ramai, adalah dalam 30-60 orang. Even that, masih ada jugak pengusaha yang offer gaji RM500 sebulan zaman ni. Memang lah kerja waktu kerja tu setengah hari, dari 7 pagi hingga 2 petang.

Tapi cuba kau fikir persediaan mengajar tu semua kena buat dulu taw. Kiranya bila kerja tadika ni preparation adalah segala-galanya. Kau nak mengajar, kena prepare bahan bantu mengajar awal2. Nak buat latihan, cari bahan dan fotostat handout secukupnya. Nak masak, malam sebelum kena pastikan bahan dah siap semuanya. Nak buat event, sebulan punya preparation, lagi2 kalau graduation day. Sambil kau ngajar, sambil jaga budak sambil tu lah manage event dan sebagainya. Prepare material sampai tengah malam demi memastikan kelancaran aktiviti dan PnP. RM500 sebulan still relevant lagi ke zaman sekarang?

Lagi satu benda yang aku paling geram, bila ada yang ambil kesempatan kat budak2 lepasan Diploma, Degree ke. Yang ada kelebihan guna Advance Software macam Photoshop, dia kerah suruh buat design banner event dan sebagainya. Tambah lagi satu jobscope, nak buat tu kena fokus lagi. Mana nak mengajar lagi. Bila lagi nak buat? Malam2 lah sebelum tidur. Ini selalu aku nampak, ramai yang dok cakap budak Degree memilih kerja, lepastu bila budak degree kerja yang level SPM, minta up gaji, dia kata tak bersyukur. Yang kaya dengan pengalaman tu lepas je starting gaji tinggi2 masa minta kerja .Tup2 yang buat kerja dia semua budak bawahan yang ada degree ni ha. Dunia kan. Maaf, aku bukan nak pukul rata semua orang. Aku Cuma nak luahkan rasa aku. Realiti yang aku nak semua orang nampak.

Aku tak hairan kalau dengar pasal depression yang dialami oleh cikgu tadika dan taska. Malah ada yang sampai bawak kecederaan fizikal pada anak jagaan. Jangan salah anggap ya, aku bukan bersetuju dengan apa yang dia buat. Tapi kadang2 kalau kau overload, kau akan jadi tak keruan sampai either kau biarkan je budak2 tu atau boleh cederakan dorang. Aku tahu sakitnya tu macam mana, that’s why aku cakap tadi, kau tak boleh ambil risiko hilang kepekaan dan kestabilan diri time bekerja. Otak sentiasa kena set dengan jadual kerja yang padat, time bila nak buat susu, time bila nak prepare makanan, time bila nak tidurkan budak, nak ready bahan aktiviti, nak buat cleaning dan sebagainya.

Belum cerita lagi pasal unexpected event, murid tiba2 muntah, pegawai nak buat pemantauan dan sebagainya. Itulah yang aku alami dlu. Aku involve dalam Denial Stress untuk jangka masa panjang. Aku cakap dalam diri yang aku mampu cope benda ni. Lama2 makan diri. Suka asingkan diri dari orang sebab nak kan suasana yang sunyi dan aman damai. Tapi Alhamdulillah, stress masih boleh kawal until aku putuskan yang aku nak berhenti dari kerja ni dan cari kerja yang lebih baik.

Berbalik pada isu tadi, untuk adik2 yang baru lepasan SPM. Kalau ada yang berhasrat untuk jadi cikgu taska or tadika, fikir masak2. Dengar nama mcm senang. Kerja jaga budak je. Bila dah kerja baru rasa macam mana. Kau nak hadap parents, nak hadap anak2 lagi. And untuk guru2 tadika dan swasta yang sedia ada ni, kalau rasa kes yang aku alami ni sama mcm korang, jangan pejam mata je. Korang ada hak untuk dapat gaji setimpal dengan apa yang korang buat hari2. Peka pada gaji, kira OT parents betul2. Gaji kita kecil jadi kena pastikan kita dibayar dengan betul. Kalau ada peluang, susunlah jadual kerja dengan sebaiknya supaya dapat minimakan tenaga kita.

Kawal stress, jangan lepaskan marah sbb boss atau parents pada anak-anak. And lagi satu, kalau ada parents yang melampau perangai Firaun dia, kau cepat2 bagitau pengurus and minta pengurus selesaikan sendiri dengan parents tu. Ni penting, jangan pernah bagi number phone korang pada parents. Biar boss je yang deal dengan dia at any cost. Jangan benarkan anak2 yang sakit masuk premis, halang daripada pintu lagi. Jangan berkompromi dengan kes kesihatan zaman sekarang. Sakit tetap tak boleh datang tadika/taska biarpun ada bagi ubat. Kasihankan anak-anak lain yang sihat. Kau sendiri pun boleh berjangkit jugak.

Untuk pengusaha tadika or taska, aku minta maaf kalau apa yang aku cakap kat atas ni menyinggung hati kalian. Tak semua pengusaha begini, aku akui. Tapi mostly yang macam ni lah yang aku jumpa. Kena kira kemampuan bisnes masing2, kalau rasa budak ramai sangat, kena stop kemasukan. Memang la kena grab peluang, tapi kesian la jgk kat pekerja yang tak menang tangan. Lagi2 taska, setiap masa ada budak buang air, buang air besar. Yang tantrum nya belum cerita. Jaga emosi pekerja. Cuba lah tanya mampu ke tak dia buat OT setiap hari. Jangan ambil kesempatan atas kesempitan. Kes boss makan duit OT pun selalu aku dengar. Memang zaman sekarang susah nak dapat kerja. Tapi jangan disebabkan tu kamu semua gunakan pekerja-pekerja ni sehabis mungkin. Be supportive. Jangan dok pikir pasal jimat kos dan sebagainya. Berikan kualiti yang terbaik, suasana kerja yang kondusif untuk pekerja dan anak-anak. Biar setimpal dengan bayaran yang diberikan.

Untuk parents, pernah tak korang tertanya-tanya kenapa cikgu taska or tadika selalu tak bertahan lama? Selalu keluar masuk? Inilah sebabnya. Masing2 ada tahap survive yang berlainan. Aku sendiri pun dah menyerah kalah tak mampu teruskan. Yang masih kekal dalam industri aku ucapkan tahniah, teruslah menabur bakti. Untuk pihak-pihak yang berkenaan, tolonglah buat pemantauan berkala. Biasa2 kan diri buat surprise kat tadika and taska ni.

Bukan nak mengainaya, cukup untuk pastikan segala perkhidmatan dijalankan dengan cara yang betul. Bukan nak suruh saman ke apa. Bagi peringatan supaya mereka tambah baik kualiti perkhidmatan mereka. Bukan bila dah berlaku something baru nak tergadah. Masa tu dah terlambat. Check lesen tadika, check bilangan anak2 mampu ke tak ditampung oleh bilangan guru sedia ada, and monitor kebersihan premis. Lagi satu pastikan juga untuk premis tadika hanya murid yang berumur 3 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan ada di dalam tadika. Muda daripada itu perlu diletakkan di pusat penjagaan kanak-kanak atau taska. Aku biasa dah dengar kes macam ni, pengusaha sukahati je tempatkan baby kat tadika. Buatnya yang umur 5, 6 tahun tu bagi dia makan macam2, bagi dia mainan yang tak sesuai masa guru tak perasan, macam mana?

Nasib baik tak pernah berlaku kat tempat aku. Kalau kena, korang guru-guru ni lah yang disoal siasat, sampai nak sorok nak pusing tang mana dah tak tahu. Tolonglah, jujur dalam jalankan tanggungjawab. Kalau rasa prosedur perniagaan ada yang tak kena, berhenti jelah. Daripada kau kerja tak tentu arah hari2. Faham kan betul2 SOP yang dah diselaraskan oleh pihak berwajib untuk pembukaan tadika dan taska. Korang jadi cikgu kenalah peka dengan undang-undang, jangan asal ikut arahan boss je. Kalau kena sabit apa2 kes, siapa yang kena? Korang jugak kena drag. Sorry laa kalau kasar, tapi biarlah aku bagi korang sentap awal2 sebelum ada apa2 kes berlaku. Mudah-mudahan kita semua dijauhkan. Ini pun peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Betul, malang tak berbau. Kemalangan tetap boleh berlaku. Tapi kita sentiasa boleh kurangkan risiko kalau ikut gerak kerja yang betul.

Last but not least, aku sekali lagi mintak maaf atas luahan ni. Aku dah tak tahu cara macam mana lagi nak bina kesedaran pasal benda ni. Dalam zaman yang semua orang sibuk nak kejar keuntungan duniawi, aku tak boleh diam diri. Ini usaha aku untuk pastikan industri pendidikan awal ni mencapai kualiti yang kita inginkan. Anak2 ni semua modal insan negara kita pada masa akan datang. Didiklah, jagalah mereka dengan cara yang betul. Bila berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan kat tadika, semua orang salahkan cikgu-cikgu kan, pernah tak korang fikir cara kerja yang macam mana kami guru2 ni hadap hari-hari. Tenaga kerja tak cukup, tapi skop kerja makin bertambah setiap hari. Gaji? Tak berubah sedikit pun. Hahaha.

Bila aku singkap balik pengalaman time kerja tadika and taska dulu, aku mengaku memang banyak sangat perkara yang aku belajar sejak jadi cikgu tadika and taska. Aku bersyukur sebab diberi peluang merasai semua pengalaman pahit manis. Aku jadi lagi matang and boleh handle budak2 dengan baik. Dan jugak boleh bina tahap kesabaran yang tinggi. Satu-satunya sebab aku bertahan lama sebab anak2 bawah jagaan aku. Kenapa aku berhenti akhirnya? Sebab aku rasa emosi aku dah penat nak tahan stress hari2, definitely not worth it. So aku keluar dari industri ni dan cuba nasib kat kerja lain pulak. Again guys, aku minta maaf atas apa yang aku bebel kat atas ni, niat aku untuk sama2 kita betulkan mana yang salah. And biasakan yang betul. Tolong ambil mana yang positif sahaja dari post ini ye.

Akhir kata, Jangan dicemar kemuliaan kerjaya ini. Ikhlas kan dan taburlah budi dengan sepenuh hati. Sekian. Assalamualaikum wbt.

– Cikgu S

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *