Dilema Seorang Tunang

Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan dan sudah bertunang. Berumur pertengahan 20-an. Aku dilema untuk meneruskan pertunangan ini atau meleraikan demi kebaikan diri sendiri dan juga tunang aku.

Aku dah berkawan dengan tunang ku sejak 3 tahun yang lalu. Aku kenal dia semasa aku membuat kerja partime semasa cuti semester di speedmart. Manakala, dia membantu mak dia yang memiliki kedai makan bersebelahan dengan speedmart.

Dia tiada apa-apa. Belajarnyaa hanya takat SPM, kerja pun hanya biasa-biasa, kenderaan untuk bergerak pun tiada. Tapi tak mengapa ku fikir untuk berkawan kerana kalau betul dia ingin peristerikan aku. Sudah tentu dia akan usaha.

Silapnya aku masa di awal perkenalan, aku sudah memperkenalkan tunang pada keluarga. Memang keluarga tentang habis-habisan pilihan aku kerana dia hanya lah seorang yang biasa2. Tiada apa2. Kerjanya pun hanya biasa2.

Tidak dinafikan, aku memang sedih atas desakan family aku kerana tidak aku sangka keluarga aku agak mementingkan dengan siapa aku hendak berkawan. Yela, ibu bapa mana yang hendak memperjudikankan nasib anak perempuan tunggal pada lelaki yang begitu.

Lebih-lebih dulu aku pernah bercinta dengan seorang anak orang kaya dan akhirnya aku ditinggalkan dan dia pernah bermain kayu tiga semasa aku belajar dia tempat yang berjauhan dengan tempat belajarnya. Malah, aku pernah dibawa makan bersama-sama dengan girlfriend yang lagi satu di meja yang sama tanpa aku ketahui itu adalah kekasihnya yang satu lagi.

Jadi, ku fikir. Tiada salahnya untuk beri peluang kepada tunang aku untuk dia buktikan pada aku sejauh mana dia mampu usaha. Walaupun keluargaku bantah, aku tetap berkawan dengan tunang secara senyap-senyap (tiadalah senyap sangat, keluarga tahu juga).

Sampai suatu masa, aku rasa sudah tiba untuk dia berjumpa dengan keluargaku. Dan alhamdullilah keluargaku akhirnya menerima dia walaupun kerjanya hanya seorang rider dan tidak punya apa2 selain sebuah motor lama untuk kegunaan kerja.

Namun, akhir-akhir ni yakni beberapa bulan sebelum aku bertunang terlalu banyak dugaan yang datang kepada tunang ku. Dan setiap kali aku berusaha untuk tolong dia. Pasti akan ada kesannya pada aku. Aku jadi kurang yakin dan adakah patut aku leraikan saja ikatan pertunangan ini.

Contohnya, tunang sudah berusaha lama untuk keluarkan kereta. Alhamdullilah satu hari dia berjaya keluarkan kereta, walaupun secondhand. Semasa proses bawa keluar kereta, tunang harus selesaikan semua saman yang dia ada barulah tukar hak milik boleh dijalankan. Semasa hendak ke balai polis untuk urusan saman, tunang telah disamun dan habis semua wang untuk bayar saman di ambilnya.

Dan saya pula kesiankan dia, maka saya hulurkan dulu untuk dibuat pinjam. Tapi, sebenarnya itu duit yang saya simpan untuk majlis pertunangan saya dengan tunang. Saya kata gunalah dulu pada tunang, tapi wajib pulangkan sebelum majlis untuk beli barang-barang kenduri.

Sehari sebelum majlis, tunang masih tak bayar duit yang dipinjam kerana demam dan terbangun lambat jadi dia tak sempat nak keluarkan duit simpanan di ASB. Bergaduh besar saya hari tu dengan tunang, sebab itu sahaja wang yang saya ada untuk beli barang-barang kenduri majlis. Dan dia tiada langsung usaha untuk membantu saya mudahkan urusan majlis.

Nasib baik, ibu banyak bantu dengan persiapan. Jadi, saya diamkan dulu memikirkan majlis yang akan berlangsung lusa. Selepas majlis bertunang, saya berjumpa tunang dan saya sendiri akan bawa tunang untuk keluarkan simpanan. Rupanya saya dapat berita, dia telah keluarkan 15K untuk terlibat dengan skim jana pendapatan.

Ya Allah! Pilu hati saya yang tunang tidak tahu dirinya telah ditipu dan dia hanya sedar beberapa minggu sebelum majlis kerana dia ada cuba hubungi kawan dia yang ajak untuk terlibat dengan skim tu. Tapi kawan dia pun menghilang. Dan dari situ baru dia tersedar yang ini semua hanya scam.

Hasil titik peluh tunang selama tiga tahun hilang begitu sahaja walhal majlis kawin adalah tahun depan tak sampai 10 bulan pun lagi.

Seterusnya, saya beri tunang pinjam motor untuk kegunaan kerja sebab motor tunang rosak. Jadi, semasa saya di office tunang gunakan motor saya untuk buat kerja. Baru hari ke-2 saya beri pinjam dia accident pula. Habis luka-luka satu badan dan senget handle motor saya. Teruk jugak keadaan motor saya. Bercalar sana sini, remuk hati saya tengok motor yang dijaga selama 5 tahun bertukar rupa begitu.

Disebabkan saya risau keluarga akan bertanya tentang motor saya, saya bawa balik juga motor tu walaupun handle senget selama satu jam perjalanan dari rumah tunang ke rumah saya.

Dan sekarang, saya dilema untuk teruskan pertunangan ini atau tidak?

Saya seolah-olah risau yang mungkin saya yang membawa nasib tidak baik kepada tunang atau sebenarnya itu petunjuk-petunjuk yang Allah beri kepada saya untuk tidak meneruskan pertunangan.

Buat pengetahuan semua, ada lagi perkara-perkara lain yang buat saya berfikir tentang hubungan ini.

Saya tidak tahu untuk buat apa. Mungkin pembaca semua ada kisah yang boleh dikongsikan dan boleh beri nasihat kepada saya.

Terima kasih.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *