Dilema Si Berbulu

Dilema Si Berbulu

Salam admin. Terima kasih seandainya admin menyiarkan confession saya ni. Nama saya Mad berumur 22 tahun & fresh graduate baru beberapa bulan.

Masalah yg saya hadapi dari dulu sehingga sekarang ni adalah saya mempunyai bulu yg lebat dari tangan sehingga ke kaki. Ye, saya tahu memang ada je orang macam saya yg mempunyai bulu lebat di anggota badan. Tetapi saya lebih jerumuskn kepada pandangan orang lain terhadap orang seperti saya ini.

Saya dari sekolah ada yg menggelar saya sebagai ‘Si Bulu’ dan juga ‘Mawas’. Siapa je yang tak terasa hati dengan gelaran sebegitu kan. Ada kala saya rasa ‘down’ sangat2 bila digelar macam tu depan kawan2. Walaupun kawan saya tu hanyalah sekadar bergurau tetapi bukan dengan cara menyindir & mengutuk dengan panggilan begitu. Tapi saya buat endah tak endah saja. Saya fikir dia kawan saya. Saya ok walaupun dalam hati menahan geram dan malu.

Paling yg saya tak tahan bila ada yg menyindir saya dengan panggilan mawas. Didepan kawan2 saya yang lain dan ada yg ketawa kan saya. Masa tu saya pura2 ketawa konon buat tak endah apa dia panggil tetapi dalam hati ni rasa nak baling meja dekat muka dia. Geram sangat2. Saya pernah terlintas nak je cukur bulu-bulu saya yg mana tumbuh lebat ni tapi saya ada terbaca hukum cukur bulu ni haram dalam Islam Melainkan bulu ketiak, dan bulu kemaluan. Tetapi jika ianya sesuatu yg memalukn hukumnya harus. (Betulkn saya jika salah. )

Tetapi apa yg membuatkan saya tak nak cukur sebab saya terfikir ia adalah anugerah dari Allah. Semua ciptaan Allah itu indah. Ada sebab dan ada hikmah kenapa Allah ciptakn saya macam ni. So, tiada alasan untuk saya meneruskan niat saya nak cukur bulu2 saya ni. Jadi saya biarkan. Saya pekak kan telinga apa orang nak gelar saya. Si bulu ke si mawas ke. Bukannya mereka tu bagus sangat juga. Semua orang tak sempurna tetapi makhluk ciptaan Allah semua indah indah belaka.

Jadi, disini saya ingin nasihatkan kepada anda yang mempunyai kawan atau teman yg mempunyai bulu yg lebat tolong lah jangan digelar dia macam2 gelaran. Jagalah hati & perasaan dia sama. Semua orang ada kelebihan & kekurangan dia. Cuba kita letakkan diri kita ditempat dia. Bayangkn mereka yg kita gelar itu sebgai diri kita. Mesti kita rasa sedih kecewa kan. Ingat lah kita pun hirup udara sama juga. Sama juga lah jangan menghina orang yg kurang upaya yang cacat anggota badan ke apa. Hentikanlah.

Itu shaja yg saya nak kongsi & sampaikn dalam confession saya. Saya harap siapa yang terbaca confesion saya ni semoga anda bermuhasabah diri.

Terima kasih sudi luangkn masa.

_Mad_

– Mad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit