Dimana Hak Aku?

Assalamualaikum semua, semoga korang yang baca ni dimurahkan rezeki dan juga aku sendiri. Kalau admin siarkan terima kasih lah, cuma sedikit je luahan hati aku yang tak seberapa ni.

Perkenalkan aku seorang perempuan berusia pertengahan 20-an. Aku dah setahun lebih habis pengajian dan sekarang aku dah bekerja disalah satu syarikat.Aku dapat kerja ni melalui kawan aku dan aku pun terima dengan terbuka sebab aku ingin lari daripada syarikat yang dulu.

Pada mulanya semuanya okay sehingga hari pertama aku memasuki pekerjaan aku yang sekarang ni. Aku berasa pelik kerana rupanya hanya aku seorang sahaja staf di syarikat aku ini dan hanya ada majikan aku. Staf lain yang aku lihat rupanya berada di satu syarikat yang lain. Kami berkongsi satu pejabat yang sama.

Segala kemudahan yang ada di syarikat aku Alhamdulilah aku dapat guna sepenuhnya. Cuma bila sentuh hal gaji, agak menyedihkan kerana sehingga saat ini setelah 8 bulan lebih aku bekerja aku masih jua belum mendapat confirmation. Gaji aku sama sahaja dari mula aku masuk sehinnga sekarang. Gaji sebagai fresh graduates tidaklah besar seperti orang lain sangka. Setelah tolak kesemuanya, aku hanya membawa pulang kurang dari 1.5 K.

Aku tahu akan ada yang kata aku tak bersyukur. Bukan tak bersyukur, tapi pada aku setiap orang ada keperluan berbeza. Sehingga kini aku juga tidak pernah membayar sesen pun duit bulanan kereta ibu aku. Aku hanya mampu mengisi minyak dan servis sahaja. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja agak jauh dan susah sekiranya aku ingin menaiki pengangkutan awam.

Bila aku adukan hal confirmation aku, bos aku hanya menyuruh aku bertanya dengan orang yang terdahulu bagaimana prosedur confirmation. Bila tanya orang yang terdahulu, dia menolak semula pada majikan aku. Aku merasa sedih kerana mereka seolah tidak memahami keperluan aku sedangkan aku berusaha menjadi yang terbaik. Dari zero, aku belajar buat benda semua sendiri walaupun aku kadangkala tertekan kerana semua hal melibatkan syarikat aku hadap seorang.

Aku hanya mampu mendengar officemate aku (syarikat sebelah) berborak tentang bonus mereka. Mereka bercerita betapa terujanya mereka akan menerima bonus dan akan menggunakan untuk pelbagai benda lain sedangkan aku, aku hanya mampu menumpang gembira tapi jauh di sudut hati, aku teringin jua untuk menikmati faedah seperti itu. Usahkan bonus, confirmation pun aku tak dapat lagi.

Aku ada juga cuba mencari pekerjaan yang lain. Setiap hari rutin aku akan buka portal pekerjaan sekejap untuk mencari rezeki di tempat lain. Bukan apa, aku kalau boleh teringin juga membayar kereta ibu aku memandangkan sejak akhir ini ibu aku selalu mengadu terlalu letih untuk bekerja lagi atas faktor usia. Aku sebagai anak kena lah cari pekerjaan yang membolehkan aku membayar apa jua komitmen.

Kepada pembaca semua, doakan aku dapat rezeki di tempat lain ya. Tak pun aku dapat confirmation dan naik la sikit gaji aku pun jadilah. Sekian sahaja dari aku. Assalamualaikum.

– Bunga Melati

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *