Dimana Keadilan Dunia

Bismillahiramanirahim…

Assalamualaikum…

Terima kasih team iiumc dan admin…

Aku ummi berumur 33 tahun, aku graduan ijazah psikologi… pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di universiti terkemuka dan bekas tutor di universiti terkemuka…

Aku ada 4 anak dan ini cerita anak ku yang kedua. Anak gadis ku yang berusia 6 tahun yang kami panggil kakak…. Kakak dari umur 3 tahun sudah pandai urus diri dan matang… kakak memang macam gifted pada kami… dia mampu jaga adik adik….

Kakak sangat bijak dalam usia 6 tahun dia mampu hafal Quran.. bijak membaca.. di pilih untuk bercerita dalam bahasa English. Dulu kakak masa umur 5 tahun dia di sekolah di pra sekolah tapi sekarang dia dah 6 tahun dan kami terpaksa pindah negeri kerana ikut ayahnya bertugas…

Aku dan suami sangat tegas mendidik anak… waktu main kami beri main waktu belajar mesti belajar.. tiada gadjet kami tak pernah belikan gadjet.. kami didik anak kalau salah kena minta maaf.. kalau nak minta tolong kena ada perkataan “tolong” kalau di bantu mesti ucap ” terima kasih” kami sangat tegas seperti mak bapak kita zaman dahulu…

Hari pertama kami jejak kaki ke sekolah di kampung ni.. kami dah di kejutkan dengan jeritan guru guru… bunyi pembaris panjang…dah macam zoo.

Selesai daftarkan kakak dan abang… aku balik sekejap uruskan form yang tertinggal masa datang hantar form aku nampak dia dalam kelas sorang aku tanya kenapa tak makan kan sekarang rehat, tak sempat kakak jawab cikgu cina yang datang dari arah kantin terperanjat dan terus suruh kakak pergi makan alasan sebab kakak tak siapkan kerja sekolah pada hari pertamanya…

Aku anggap wow tegas nya pra sekolah ni.

Balik sekolah kakak cakap dia takot bila tengok cikgu cina tarik rambut kawan kelas dia sebab bisinh dalam kelas. Aku jawab “kakak jadi baik ok nanti cikgu layan baik”

Tapi pada 21 julai ada anak kawan aku datang bagi tahu yang kakak kena rotan di belakang badan kerana salah buat kerja sekolah dan 9 di tangan kerana salah 9 soalan.

Aku tanya kakak betul ke dia diam. Aku cakap ” tak pe kakak ni normal dalam sekolah kakak jangan takot dan jangan malu , kakak belajar macam biasa dan bagi tahu ummi yang mana akak tak paham ummi ajar” tapi aku sempat amik gambar merah di belakang badan kakak.

Pada 26 julai masa amik kakak, kawan dia datang ngadu.. ummi tadi kakak kena tarik teling kena tengking depan kami sebab terjatuhkan enset cikgu… kakak marah kawan dia jangan bagi tahu aku dia cakap dia malu.

Atas moto dia nangis aku tanya kakak ” kenapa nangis sayang?” Dia cakap ” kakak malu nak ke sekolah esok.. kakak tak sengaja jatuhkan enset cikgu.. cikgu suruh ambil buku tapi tak bagi tahu buku kuning atau koko, masa kakak ambil kakak tak sengaja terlanggar enset cikgu, cikgu tarik telinga kakak marah kakak depan kawan , kawan semua ejek kakak, ”

Aku cakap ” normal kak kena ejek esok lusa kawan lupa la , esok pergi macam biasa ok”

Tapi esok kakak nangis tak nak ke sekolah… dia bagi tahu pembantu cikgu selalu pesan ” kalau kena rotan jangan bagi tahu mak , pakai and salin baju dalam tandas”

27 julai aku pergi jumpa cikgu mungkin ada cara untuk pujuk kakak, tapi cikgu busy , pembantu murid pon nampak aku tapi sedang busy urus murid. Aku jumpa guru besar yang masa tu tengah berborak dengan pak guard di pos pengawal… aku just minta nasihat cara nak handle anak yang takot ke sekolah dan aku juga minta guru besar beri nasihat pada semua guru supaya jangan terlalu berkasar pada murid pra.

Tah mana datang petang tu pembantu murid membawang dengan jiran aku… jiran aku mesej aku tanya berita sebenar.. pada mula aku nafikan sebab pada aku isu kecil tapi bila jiran beri tahu pembantu murid tambah cerita aku pon terpaksa jawab perkara yang sebenar dengan niat bukan untuk membesarkan isu…

Tapi jiran aku fowardkan mesej tentanh rotan pada pembantu murid dan cikgu cina .. maka bermulalah isu tegang…

Aku pergi ke sekolah untuk berdamai dan cuba jernihkan keadaan.. tapi mereka bertegas untuk dakwa aku… pk hem provok aku untuk minta maaf dengan alasan mengalah tak bererti kalah dan aku jenis yang suka damai aku ucap maaf pada cikgu andai buat isu jadi huru hara walau aku tak tahu mana datang huru hara ni.

Tapi cikgu tu langsung tak minta maaf dan pembantu sebarkan umpat mengumpat di kalangan cikgu sekolah dan mak bapak atas aku menuduh….

Aku malu bila ke sekolah … betapa malu dan murungnya aku memang tahap yang aku rasa skala 5 per 5.

Tetiba adik ipar aku mesej aku yang kerani sekolah pulak mesej adik ipar aku isu ni… dah satu hal lagi… kerani tu siap cakap aku sakit mental sebab buat tuduhan tapi tak ada bukti gambar… aku memang tak bagi bukti gambar sebab aku tak nak besarkan isu dan aku tak nak cikgu cina tu tertekan… pada aku kalau kita nyusahkan orang satu hari kita juga akan di susahkan… kalau kita mudahkan kerja orang satu hari kita juga akan di mudahkan kerja….

9 ogos anak sulung aku abanh balik cerita cikgu sains dan matematik ganggu dia dengan soapan tentang kes kakak dan guru besar tunjuk tunjuk abang dekat cikgu lain… abang cakap dia malu..
Ya Allah aku rasa seperti anak aku bukan bersekolah di sekolah yang ada guru mulia .. aku rasa anak aku bersekolah di sekolah yang ada manusia gengster…

Kawan aku bagi tahu sejak isu kakak… pembantu murid dan cikgu hari hari perli ” kalau kena ketuk kepala ke ape ke jangan lupa bagi tahu mak ye report polis” , ” kalau kawan pukul bagi tahu mak tau report polis tangkap kawan”….

Kalau kakak ada dalam kelas tu mesti kakak malu di perli…

Masa aku dan suami pergi uruskan surat berhenti sekolah kakak… pk hem ada bagi tahu ” setiap minggu ada 4 aduan kami terima” ” hari ni saja dah 3 aduan kes cikgu tampar murid, cikgu baling pen terkoyak pipi”

Kami suami isteri cuma dia… aku ada cakap saya serik dengan sekolah yang penuh dengan drama… suami aku ada cakap maaf kalau pihak kami buat salah tapi pihak sekolah tak pernah minta maaf atau mengaku salah tentang isu kakak malah kami di
fitnah…

Pemerhatian aku pada sekolah ni.. pentadbiran sangat mempertahankan guru sehingga guru langsung tak minta maaf…pihak sekolah sangat licik sehingga menggunakan cara mengumpat dan sebarkan fitnah pada dalam dan luar sekolah…. tak habis di situ pihak sekolah akan guna keturunan kita untuk di ganggu…

Pada pentadbir sekolah dan pendidik… jadi lah guru dan manusia yang telus… mengajar dengan kasih sayang bukan kebencian dan dendam… jangan ganggu emosi pelajar kerana ia lebih dasyat dari penderaan fizikal…

Kalau ibu bapa datang cara baik sambut la cara baik dan berdamai… buang la ego kerana tak semua ibu bapa itu jahat yang manjakan anak…

Pada ibu bapa jangan sesekali libatkan diri dengan sekolah kalau anda tak kuat dan tak nak hidup dalam tekanan… kalau anak balik mengadu anda dengar dan selesaikan dengan anak di rumah… sekolah bukan lagi tempat yang indah seperti kita impikan… zaman sekolah kita dahulu yang indah di kelilingi guru yang tegas tapi penyayang dah tiada di zaman ini..

Sekarang aku kemurungan yang tahap melampau hingga aku dah tak lalu makan kerana malu pada semua org yang menuduh kami manjakan anak…orang kampung tuduh kami ibu bapa yang anak tak boleh di sentuh.. walhal kami tak kisah anak di hukum asalkan jangan sampai ganggu emosi dia untuk ke sekolah…

Harap esok Allah kuatkan aku untuk hantar anak ke sekolah.. harap abang kuat hadapi dugaan di perli guru sekolah….

Pada kakak maafkan ummi kalau ummi tak pergi ke sekolah minta nasihat mesti semua ji tak jadi maafkan ummi kakak….

Pada Allah… kuatkan hati ku kuatkan iman ku… baru aku tahu bagaimana perasaan murid india yang bunuh diri kerana dintuduh mencuri enset.. rupanya ini perasaannya .. di provok di salah ertikan dan di hina kiri kanan….

Pada semua terima kasih sudi membaca … maafkan aku andai ada kesalahan ayat atau typo kerana aku menaip dengan pantas isau baby aku bangun….

Terima kasih… doakan aku dan keluarga di tutup aib dari dihina…..

Assalamualaikum…

– Ummi yang murung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *