Dipinggirkan Rakan Sekerja

Hai semua. Latar belakang sikit. Aku ni kerja disebuah syarikat korporat yang undang undang nya ketat sangat. Orang kata kalau kerja industri ni, satu kaki dah masuk penjara, MasyaAllah.

Aku baru je bertukar kerja di syarikat baru. Masa aku kat syarikat lama aku dah kerja selama 4 tahun, dan dah cukup hafal segala undang-undang yang ditetapkan untuk berada dalam industri ni sebab aku jadi salah satu pemeriksa tugas juga disini.

Nak dijadikan cerita, sebelum aku kerja betul betul ditempatkan di cawangan berdekatan rumah aku ni, aku kena kerja dekat cawangan lain selama seminggu. Tujuannya supaya aku boleh belajar selok belok cawangan ini dan serapkan dalam cawangan yang akan aku masuk nanti.

Syarikat yang baru ni, dia baru je dinaik taraf sebagai full service dan baru je nak serapkan penyelarasan undang-undang dalam cawangan cawangan diorang.

Jadi bila aku masuk, pekerja pekerja diorang tak berapa aware (atau tak ambik kisah) dengan regulation yang memang dah lama ditetapkan dalam industri. Jadi sebagai orang yang dah lagi lama di ajar untuk ikut peraturan, aku jadi payah nak adopt budaya tak kisah ni.

Jadi pada hari keempat, aku tegur seorang pegawai dekat situ tentang kelalaian beliau dan juga aku remind bahawa perkara tersebut boleh menjadi isu besar jika ada berlaku kemalangan dalam cawangan.

Entah lah mungkin cara aku yang tak kena, atau dia yang tengab bad mood, dia serang aku balik dengan mengatakan aku tak layak untuk tegur dia sedangkan aku baru kerja 4 hari disini. Dia juga katakan bahawa nasib baik aku tak ditempatkan di cawangan dia kalau tidak dia menyampah tengok muka aku.

Aku agak tersentap dengan cara dia respon pada teguran aku, dan nasib baik itu hari terakhir aku berada di cawangan tersebut. Aku keluar dan menangis di tepi bangunan tapi ada satu budak intern keluar dan memujuk aku supaya tidak ambil hati dengan kata-kata pegawai tersebut.

Budak intern itu walaupun masih muda tapi pandai memujuk supaya aku tak report perkara itu kepada ketua jabatan aku.

Aku ingat perkara tersebut bukan perkara besar jadi aku terus pulang tanpa berjumpa dengan pegawai yang aku tegur tadi.

Tapi bila aku balik rumah aku jadi tak sedap hati tinggal kan perkara itu tergantung macam itu sahaja, maka aku pun whatsapp budak intern tadi dan minta nombor telefon pegawai tersebut supaya aku boleh minta maaf.

Malangnya budak intern tersebut tak balas pun whatsapp aku. Dua hari berturut turut aku whatsapp dia dan jadi hanya blue tick sahaja.

Aku tak putus asa jadi aku whatsapp pegawai yang lain yang tak tahu menahu tentang hal tadi untuk minta nombor telefon si pegawai yang aku tegur tu juga jadi blue tick sahaja. Tanpa apa apa reply. Di sini aku dah buat kesimpulan yang nampak nya aku betul betul dipinggirkan oleh pekerja disana.

Aku seorang penghidap social anxiety disorder jadi untuk aku betul betul nak dapat courage bercakap dengan orang sahaja dah buat aku gelabah, inikan pula satu cawangan boikot aku dengan cara macam ini.

Serious aku kata, perkara ini dah mengganggu urusan harian aku sebab aku asyik terfikir tentang reaksi mereka dan hati aku sentiasa gelisah. Perasaannya seolah olah macam orang yang nak naik pentas bagi ucapan. Tapi bayangkan ianya perasan yang aku rasa sepanjang masa.

Memang lah aku tak kerja pun di cawangan itu, tapi aku tak suka bermusuhan dengan orang apatah lagi rakan sekerja baru.

Boleh tak bagi aku nasihat apa yang patut aku buat sekarang? Aku tak nak dimusuhi oleh rakan sekerja yang baru aku kenal, tapi usaha aku untuk minta maaf tak dilayan. Apa yang patut aku buat lagi?

Yang gelisah,

– Si Banker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *