Disebalik Tirai PKRC III

Untuk part I, (https://iiumc.com/232089-2/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/disebalik-tirai-pkrc-ii/).

Assalamualaikum wbt. First of all aku nak minta maaf sampai ter’drag’ ke part 3. Honestly aku bukanlah jenis rajin nak taip. Tapi raya-raya ni banyak masa terluang. Aku janji ni part last. Dah naik kerja, tak dan nak taip panjang-panjang.

Aku recap sikit. Part 1 before ni aku cerita pengalaman aku interview orang-orang dalam PKRC. Macam mana diorang boleh kena C19, yang most of them hasil daripada tak patuh SOP.

Part 2 aku cerita pengalaman aku kena C19 dari awal simptom sampai aku masuk PKRC. Part 2 ni aku cerita secara details, step by step sebab before ni (lepas family aku kena C19) ramai kawan yang panik, tanya nak buat apa kalau ada simptom @ positif C19.

So, lepasni kalau ada yang tanya, aku share saja link ni. Hahaha…

So now part 3. Random. For better understanding aku suggest baca dari Part 1.

1. Dapat dari mana?

Ok balik pada macam mana aku tau aku dapat dari mana. Bila semua kontak rapat aku negatif, aku jadik curious mana aku dapat. Aku minta Allah tunjukkan sebab aku tak tenang.

At the same time aku tak nak orang salahkan family aku ni pembawa. Eventhough diorang dah pernah kena, dorang still boleh jadi pembawa kan.

So, nak jadi cerita aku jumpa Limah dekat toilet. Cerita punya cerita rupanya Limah ni staf dekat X, tempat aku seminar. The rest, macam yang aku cerita dekat part 1 (Kes no 8).

Aku pun balik katil, cek kalendar tengok first day aku simptom dengan tarikh seminar, tengok CT value pun memang ada probability dapat dari X. Tetiba satu-satu scene hari aku seminar tu lalu depan mata. Hahha.. Dramatik tak?

Aku ingat, kebetulan haritu hand sanitiser tertinggal dalam kereta. Bilik seminar pulak sejuk sangat. Ngantuk lagi. Genyeh mata lagi. Aku pulak ulang alik pergi toilet.

Sepanjang 8 jam seminar tu, rasanya ada lah lebih 5 kali pergi toilet. Toilet pulak sabun takde. Aku tak tahulah ni petunjuk ke atau aku yang salah ingat. Tapi memang satu-satu scene tu lalu dalam kepala. So, itulah teori aku yang kalau orang dengar macam cerita dongeng.

Trust me, bila kalian jenis yang memang patuh sop, tak banyak keluar jalan, kalian boleh agak dapat dari mana. Tapi, betul tak betul teori aku ni wallahualam.

Cumanya aku nak highlight, nampak tak pentingnya hand sanitiser tu. Ramai yang ingat cukup pakai mask & jaga penjarakan. Hakikatnya cuci tangan pakai sabun @ hand sanitiser tu pun sangat penting, cuma ramai yang lupa.

2. Isu aku nak kena saman?

Kes aku, organiser dengan X ni sampai jadi kes besar gak. Sebenarnya kecik tapi dibesar-besarkan sampai nak sue aku. X cakap aku buat tuduhan tak berasas.

Asalnya aku just cerita balik apa yang Limah cerita ni dekat organiser. Harapan aku organiser tukar kepada online seminar. Tapi organiser inform X apa yang aku cerita ni, terus X nak sue aku.

Mati-mati X mintak nama Limah untuk tutup kes aku. Aku dah rasa something fishy dengan X ni so aku tak bagi. Tapi tulah, aku percaya Allah sentiasa dipihak yang benar.

Hari last aku dekat PKRC aku berbual dengan Kak Kiah (part 1 kes no. 7). Kak Kiah ni kerja dekat X juga tapi bangunan yang lain dari tempat Limah kerja & tempat aku seminar.

Dia confirm kan apa yang Limah cerita tu semua betul cuma X ni dia tak nak orang tahu ada staf dia positif, apetah lagi staf dari bangunan yang sama.

Lepas aku berbual dengan Kak Kiah aku terus inform organiser, and case closed. Sekarang ada ura-ura KKM nak saman X tapi sejauh mana betulnya benda ni, aku malas nak ambil tahu.

Cumanya aku rasa, C19 ni masalah sejagat, be responsible. Nak sembunyi celah mana pun, kena ingat kebenaran tu milik Allah.

Sembunyikan kebenaran @ berbohong tu sebenarnya salah satu bentuk korupsi. Apalah beza kita dengan orang-orang yang makan rasuah tu kalau dua-dua pun korup. Kan?

Cakap pasal bohong ni, aku ingat lagi one of shareholder company aku suruh aku tipu history perjalanan aku so that site aku tak tutup. Padahal bos aku ok saja. Menangis aku jumpa orang yang sayang duit dari nyawa manusia.

Ironinya, the same person yang salahkan kerajaan bila kes naik. Yang selalu bising cakap orang tu korup, orang ni korup padahal diri sendiri pun sama korup. Cara korup saja tak sama.

Kecik-kecik dulu ayah selalu pesan, “siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi pencuri”.

3. Rt-PCR atau RTK?

Part 2 aku banyak tekankan untuk pilih swab test pcr berbanding rtk. Actually dah banyak doktor yang buat sharing pasal ni dekat socmed.

Latest, Dr Ahmad Samhan ada sharing dekat youtube ML Studio: Kenapa ujian kata negatif tapi selepas itu positif (https://youtu.be/f8iLGbF4EQg). In short, rtk ni dia detect antibodi yang terhasil lepas badan kita dah start lawan virus tu.

Antibodi ni pulak terhasil berbeza ikut orang. Ada orang yang badan dia cepat hasilkan antibodi, ada yang ambil masa lebih 5 hari. Sebab tu boleh jadik 1st swab rtk negatif, then swab pcr positif. (kes suami makcik nora yang meninggal dalam part 1).

Tapi ada juga kawan-kawan aku yang buat rtk, 1st swab positif, 2nd swab pcr negatif. Ini aku tak sure kenapa, kena dapatkan pandangan doktor yang pakar. Ada yang aku baca sebab sample contamination. Wallahualam.

Pcr pulak memang direct  detect virus tu sendiri. Yang aku tahu, KKM cuma akan terima result swab test pcr. Kalau positif lepas buat rtk dekat klinik/lab swasta, KKM akan repeat buat swab pcr.

Untuk contact tracing, memang kena buat pcr. Tapi pengalaman masa family positif before ni, swab test pcr sesuai dibuat lepas 3 hari dari last contact dengan pesakit positif. Sebab dia ambil kira incubation period virus C19.

4. Incubation period.

Apa yang aku cerita ni, diterangkan oleh doktor yang ambil kes masa family aku kena C19 tahun lepas. Secara ringkas,masa virus tu masuk dalam badan kita, dia tak terus aktif, dia akan mengeram dulu dalam badan.

Proses pengeraman ni yang dipanggil incubation period. Lepas 3 hari baru menetas dalam badan, barulah dia aktif, barulah kita dapat simptom. Honestly, masa doktor tu terangkan, aku dok bayang telur ayam yang dieram lepastu menetas keluar anak ayam . Hahaha…

Sebab tu, untuk buat pcr suggested lepas 3 hari last contact dengan pesakit. Ada kes yang buat pcr tak sampai 3 hari lepas kontak dengan pesakit positif, result negatif.

Tapi dalam tempoh kuarantin tu dia develop simptom C19, then 2nd swab test positif. Ada juga kes yang buat pcr before 3 hari lepas kontak dengan pesakit, then positif. Tapi bila cek CT value, doktor sahkan dia kena dulu dari pesakit yang dah positif tadi.

So, apa yang close contact kena buat sementara tunggu lepas 3 hari tu? Self-quarantine. Sedetik lepas tau kalian ni close contact, terus self-quarantine diri sendiri. You’ll never know what will happen next.

5. Kes sporadik.

Kalau dulu, kes banyak dari kluster-kluster tempat kerja, kluster setempat macam penjara etc.

In which, kluster ni lagi senang nak kawal sebab kebanyakan kes dari lokaliti yang sama dan tak masuk dalam komuniti. Tapi sekarang, kes bersepah. Susah nak tentukan dapat dari mana, tau-tau dapat.

Nak kelas kan masuk dalam kluster mana pun susah. Even takde close kontak pun boleh dapat. Macam kes aku dan beberapa orang yang aku jumpa dalam PKRC.

So, ni yang KKM dok sebut kes sporadik. Kes sporadik ni indikator yang kes C19 ni dah ada dalam komuniti, takde dah dari kluster tertentu.

Kalau perasan, KKM akan keluarkan data kes harian sekali dengan peratus kes yang dari kluster baru, kluster sedia ada, saringan kontak rapat dengan lain-lain saringan (time aku tulis ni dah beberapa hari tak keluar data ni, maybe KKM tengah busy amat).

Kalau perasan peratus untuk lain-lain saringan ni tinggi. Ni pun petunjuk untuk kes sporadik sekarang tinggi. Maksudnya, kes C19 dalam komuniti tinggi, tambah lagi sekarang banyak yang asymptomatic (tak ada simptom).

So, hati-hatilah kalian semua. Banyakkan stay at home. Keluar bila perlu saja. Ouh, kalau tak salah aku jugak, peratus kes sporadik yang tinggi ni jugak yang buatkan kita sekarang dalam PKP.

Yek faham. Geram sebab PKP ni longgar tak macam PKP 1.0 kan. Aku pun geram sangat. Tambah-tambah orang keliling yang ambil kesempatan dengan kelonggaran ni.

Tapi aku rasa, dah tiba masanya kita pun ambil tanggungjawab sama untuk turunkan kes C19 ni. Dah bukan tanggungjawab kerajaan & KKM saja untuk turunkan kes.

Dah lebih setahun dah kita hidup dalam norma baru. Dah sepatutnya jadi darah daging kita. Marah lah macam mana pun dengan government tapi kalau semudah-mudah SOP pun kita tak ikut.

Tengok balik family kalian, kawan-kawan kalian. Kalau sayang diorang, tegurlah, nasihatlah. Educate diri kalian untuk educate orang yang kalian sayang.

Honestly aku pun dah fed up. Penat. Kecewa. Sedih. Ada saja kawan-kawan aku yang ambil kesempatan dengan kelonggaran PKP. Ambil kesempatan dengan tak cukupnya kakitangan yang nak full enforce SOP.

Tapi sebenarnya kita sendiri kena sedar tanggungjawab masing-masing. Bak kata sorang member, hukum Allah pun susah nak ikut, ini kan pula hukum manusia.

Untuk aku sendiri, aku ada family yang perlu aku jaga. Ramai kumpulan berisiko dalam family aku. Tambahan ada yang dah pernah kena C19. Kalau ikut kajian yang aku baca, ex-C19 patient ni, bila kena 2nd time ramai yang kecundang.

So, sekarang aku cuma fokus pada diri sendiri dengan family aku. Confession ni kira last usaha aku untuk educate orang keliling aku.

6. Long Covid

Long Covid ni simptom yang pesakit C19 dapat even after discharge dari kuarantin, yang ambil masa yang lama untuk sembuh (up to 3 month dan ada yang sampai 6 bulan dan lebih).

Macam aku sendiri, even though aku sihat walafiat masa tengah kuarantin, tapi lepas discharge aku jadi cepat penat, cepat semput. Kalau dulu aku boleh jalan 2-3 site sehari, kali ni baru jalan suku site dah macam baru lepas kena kejar anjing.. Haha.

Aku ingat lagi, ada sekali aku site walk dengan subcon. Bangunan 3 tingkat aku baru jalan setingkat, turun bawah aku dah macam baru lepas masuk marathon, tercungap-cungap. Sampai collegue aku pun tegur. Family aku yang lain pun sama. Ada yang develop brain fog.

Aku ada baca, one of the purpose cucuk vaksin ni untuk kurangkan efek long covid ni. Apa yang aku faham, vaksin ni akan ransang badan kita untuk develop antibodi against C19. So, bila virus C19 ni masuk dalam badan, antibodi ni akan act macam askar lawan dulu virus tu.

Bila virus tu dah lembik, even kalau dia still ‘hidup’ pun, dia taklah serang badan kita teruk sangat. Sebab tu doktor cakap, bila dah dapat vaksin, probability untuk kena still ada, cumanya simptom tu tak seteruk yang tak ambil vaksin. Tengok antibodi orang tu macam mana.

7. Follow and educate yourself….

Apa yang aku share dekat atas semua tu mengikut pemahaman aku hasil dari aku baca research-research & follow doktor-doktor dekat bawah ni.

So, maybe explaination aku ada terpesong sikit, almaklum bukan bidang aku. So, aku nak suggest kalian follow lah facebook yang bawah ni banyak info boleh dapat:

– Covid-19 Malaysian Stories

– Celoteh Dr Malar, Malar Santhi Santherasegapan, Lily Mk, Nurilyani Bujang, Nzard Drazn, Hana Hadzrami, Rusyainie Ramli, Sakinah Sulong, Dr Aris, MD dan ramai lagi.

– World Health Organization (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia, Publich Health Malaysia, Ini Sains Beb

Aku rasa cukup setakat ni sharing aku. Aku lepaskan tanggungjawab yang satu ni dekat dekat kalian pulak untuk bantu orang keliling kalian.

Hopefully bila dah sampai time aku nanti, takde lah aku terbeban dengan tanggungjawab yang satu ni. Ingat tau, ni dah jadik tanggungjawab kita bersama untuk educate orang yang kita sayang.

Take care, stay safe, stay at home kalian semua. Jaga SOP, jangan ambil kesempatan. Sayangi orang sekeliling kalian. Kita jaga kita. Biaq pi golongan vvip nak langgar cara mana, kita yang marhaen ni tolong kisah pasal kita dulu ok.

Macam yang aku cakap dekat part 2 before ni. Jom jadi hipokrit!

– ads (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *