Disihir Berkali-kali

Terima kasih sekiranya luahan ini dikongsikan kepada umum.

Dipendekkan cerita..

Seorang perempuan yang aku namakan sebagai G menghantar sihir kepada aku berkali-kali.

Aku dah ikhtiar berubat ke sana ke mari sehingga lah alhamdulillah aku berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat baik hati. Dan ustaz ini memberitahu aku yang G menghantar sihir kepada aku.

Dengan lembut ustaz cuma meminta aku sabar, jangan berdendam dan dia sedia membantu untuk ikhtiar kesembuhan. Segalanya dari Allah. Perbanyakkan selawat dan istighfar kepada Allah.

Sebagai manusia yang pendosa, aku lemah. Adakalanya aku marah bukan sebab tak tahan dengan kesakitan.

Aku bukan marahkan takdir tapi aku marahkan G yang entah apa sebab telah hantar sihir kepada aku. Berulang kali.

Sampai anak isteri pun terkesan. Kerja dan peribadi aku terganggu.

Jadi aku hubungi ibu G untuk sampaikan kepada G apa yang dia mahukan dari aku. Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?

Tentunya ibu G lebih percayakan anaknya, G yang tak putus menyebut nama Allah dan mahukan aku merangkak di padang mahsyar kerana “menfitnah”.

G juga mengugut untuk menfailkan saman fitnah dan lapor kepada polis. Ugutan yang cuba menakut-nakutkan aku. Silakan.

Aku sedikit pun tak gentar kerana yakin dipihak yang benar. InshaAllah.

G menghubungi pegawai tempat aku bertugas dan memburukkan aku.

Tindakannya itu membuat kan aku dalam perhatian pegawai atasan kerana hal ini hal peribadi tetapi aduan tatatertib terpaksa direkodkan.

Itukah sikap orang yang bila bercakap tak putus menyebut kekuasaan Allah dan mendakwa dirinya teraniaya?

Sedangkan aku hanya bertanya secara baik kepada ibunya saja.

Kalau betul dia tak buat, sepatutnya dia berdoa mohon Allah balas aku dengan azab yang pedih kerana menfitnah,

Tapi G ibarat perempuan meroyan yang baru dicuit sikit tapi melompat kegelisahan menyerang sana sini.

Kisah perjalanan G menyihir aku ni panjang. Mungkin nanti aku akan ceritakan dari mula. InshaAllah. Tetapi suka aku nak kongsi bahawa sihir pada zaman moden ini benar.

Manusia yang kadang tak putus berkongsi kisah agama, bercakap bab agama dan hukum tetapi inilah orang yang memakai topeng mensyirkkan Allah.

Bukanlah bermaksud semua, tetapi kadang kita tak sangka individu yang kelihatan baik di mata umum tetapi orang inilah penyembah dajjal.

Tidak yakin dengan rezeki dan takdir Allah. Gunakan perantara bomoh untuk menganiaya orang lain. Aku tak salahkan ibu G yang menyebelahi anaknya. Itu normal seorang ibu yang menyokong anaknya.

Kepada G..

Aku hamba Allah yang selalu melakukan dosa. Aku bukan maksum. Aku lemah. Aku tak mampu lagi nak maafkan kesalahan kau atas apa yang kau dah buat kepada aku dan keluarga.

Tapi aku mohon Allah beri aku kekuatan untuk aku memaafkan kau bukan sekadar di bibir tetapi hati. InshaAllah akan tiba masanya nanti aku maafkan. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Namun aku redha dengan ujian sakit yang Allah beri. Allah izin sihir ini tembus asbab untuk Allah beri aku keampunan atas dosa silam aku.

Dan kepada sahabat di luar sana yang bercita-cita sihir menyihir, aku nasihat kan lupakan hasrat itu. Takutlah kepada Allah dengan sebenar- benarnya kerana kita semua akan kembali kepada Allah.

Kepada yang dah berjinak, bertaubatlah. Yakinlah rezeki kita telah ditulis.

Janganlah menyekutukan Allah.

Kepada sahabat yang sedang diuji sakit kerana menderita disihir, aku doakan kalian tabah menjalani kehidupan dan semoga penyihir dan tukang sihir ini mendapat laknat Allah di dunia sampai akhirat.

– Shah Rukh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *