Diskriminasi Oleh Pendidik

Assalamualaikum semua. Mungkin tajuk saya agak keterlaluan, but let me insist that i’m not refering to ALL LECTURERS, but it only applies on certain of them. Saya terbuka hati menulis pengalaman ini kerana sedang melanjutkan pelajaran dlm bidang pendidikan.

Saya pernah didiskriminasi oleh seorang lecturer bahasa inggeris hanya kerana saya ore kelate dan bertudung labuh. Beliau sentiasa memberikan ‘pandangan’ pelik dan tidak mesra pada kami yang berasal dari pantai timur. Maybe pada dia org pantai timur semuanya sama, SUCK at english.

Nak dijadikan cerita, Allah tunjukkan pada dia yang stereotype itu tak semuanya betul. Writing midterm saya tak mencapai tahap yang diinginkan, tapi dia admit dalam kelas yang writing saya bagus dan ‘berilmu’ kerana saya include fakta sains dan statistik dalam writing saya. Beliau agak terkejut berdasarkan riak mukanya.

Mulai saat itu, dia mula berubah. Sentiasa perihatin dan bertanya pendapat saya di dalam kelas. Hampir semua essay latihan saya, dia check dgn senyum di muka (mungkin dia puas hati dengan writing saya kot). Saya tak menyimpan apa2 dendam pada guru saya, hanya sharing pengalaman saya.

Dan kejadian sebegini pernah berulang pada my friends beberapa sem lepas. Mereka bertudung bawal labuh, dan bukan course agama. Dlam kelas bahasa arab tersebut, hanya mereka berdua sahaja yang bertudung labuh. One of them ada basic bahasa arab, dan seorang lagi tidak pernah belajar bahasa arab. Lecturer diorg sentiasa letakkan expectation tinggi pada diorg yang diorg excellent bahasa arab, hanya kerana bertudung labuh.

But when the result of their midterm dah keluar, diorang hanya dapat cukup2 makan. Guess what, lecturer itu melontarkan kata2 yang melukakan hati di hadapan kelas: “Saya tidak sangka penilaian saya salah. kepndaian seseorang itu tak mungkin dapat dilihat berdasarkan labuhnya tudung mereka”.

Hasil dari ‘kata2 hikmat’ ini, both of them semakin kurang minat pada bahasa arab kerana kata2 guru itu malah melemahkan semngat mereka untuk mempelajari bahasa arab. Namun alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan mereka hingga Pass.

Saya sebak memikirkan apakah ini pendidik yang patut hormati. Adakan tugas pendidik untuk menilai pelajar dari appearance sedangkan kita pendidik. Tugas kita untuk memberi ilmu dan membantu mereka kearah prestasi yang lebih cemerlang, bukan mengherdik atau merendahkan mereka.

Saya masih mentah, segala pendapat saya lahir dari hati seorang bakal guru. Moga perkara ini dapat diatasi dalam kalangan pendidik di uia dan mana2 institusi.

– Anak Orang Yang Ada Hati

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *