Dismiss, Extend, Tapi Grad Juga

Dismiss, Extend, Tapi Grad Juga

Aku kenalkan nama aku ABC, perempuan, pernah kena dismiss, kena extend tapi grad jugak dan dapat kerja berkaitan course aku sebelum convo. Alhamdulillah. Semoga boleh bagi sedikit motivasi kepada mereka yang rasa hampir give up dalam apa yang mereka sedang buat. May Allah bless.

Aku alumni uitm dalam course mechanical engineering. Masa sem 3, kami kena amik subjek dynamics yang memang jadi nightmare pada aku. Aku amik subjek ni je 4 kali. Repeat punya repeat lulus jugak. Uitm kalau amik subjek lebih 3 kali, kita kena dismiss. Aku tak bagitau sape2. Kali ke 4 aku amik, masa aku sem 7.

Tiap malam sebelum tidur aku nangis. Aku rasa aku depress. Sampai aku fikir untungnya orang yang meninggal awal. Takde lah kena amik exam bagai. Astagfirullah.

Tiap hari aku baca yassin. Aku pernah baca kat sini jugak, ada sorang post kalau nak doa dimakbulkan kat yassin yang ayat kedua last tu baca selawat 3 kali dan niat apa yang kita nak dalam hati dan lepastu sambung balik baca yassin. Insha Allah.

Disebabkan aku lama sangat repeat subjek, jadi aku kena extend sampai sem 9 sebab banyak lagi subjek aku amik. Lepas aku lulus subjek dynamics tu ada lagi subjek yang kena bawak. Sistem dia macam bila kau tak lulus dynamics, kau atk boleh amik vibration dengan control.

Jadi masa sem 9 tu aku amik vibration, control, fyp dan ada lagi 3 subjek sekali harung. Aku doa banyak2 kat Allah. Aku cakap apa yang aku nak. Aku mintak kat Dia bagi aku lulus sem 9 ni jugak sebab kalau aku kena extend lagi, aku dah tkde duit.

Hampir tiap malam aku baca yassin, baca al-waqiah. Aku memang serahkan seluruh hidup aku kat Dia. Aku letak keyakinan aku kat Dia. Dan Alhamdulillah jugak. Doa aku diperkenankan. Akhirnya aku dapat grad.

Tentang hal kerja pulak, aku dapat masa seminggu lepas raya. Masa bulan Ramadhan tu, aku baca al-waqiah tiap hari. Aku doa sungguh2. Tiap kali hujan aku berdoa. Salah satu waktu yang mustajab nak berdoa kan waktu hujan turun.

Jadi aku mintak kat Allah untuk bagi aku dapat kerja seminggu lepas raya. Aku mintak mak dengan ayah aku doakan aku dapat kerja cepat2. Dan doa tu jadi kenyataan. Alhamdulillah. Aku dapat tawaran kerja betul2 lepas seminggu raya dan sebelum aku convo.

Apa yang aku nak sampaikn kat sini bukan bermaksud doa aku tu selalu jadi kenyataan. Tapi apa aku nak sampikan adalah sebagai orang islam, kite kena yakin kat kebesaran Allah tu.

Doa tu bersifat universal. Kite boleh mintak apa je yang kte nak. Dan bila yang kite nak tu tak jadi, kena redha. Usaha pun kena letak sekali. Jangan doa saja tapi takde usaha. “Tugas kita usaha je. Dapat tak dapat bukan kerja kita. Tu kerja Allah.”

Jadi sesiapa yang rasa nak down sangat tu jangan putus asa okey. Sekian dari saya.

– ABC (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit