Doa Untuk Si Dia

Assalamualaikum. Terima kasih sebab siarkan luahan hati saya.

Aku seorang perempuan yang berumur 20-an, agak kasar (kawan-kawan selalunya panggil ustazah rock) sebabkan penampilan dan perwatakan. Si dia yang aku maksudkan ialah seorang lelaki yang mana kawan aku waktu sekolah dulu. Beza umur kami dua tahun. Selepas aku ke asrama penuh, kami langsung tak berhubung.

Terus kepada cerita la. Dan akhirnya tahun lepas tahun akhir aku di universiti, dia tiba-tiba mesej aku. Memang aku tak sangka la sebab dah lama sangat-sangat tak tanya khabar hampir 7 tahun. Masa tu ingat dia nak jemput ke majlis kahwin.

Tiba-tiba dia tanya, awak sudi tak jadi isteri saya? Gelabah wehh. Aku dahla malas nak fikir lagi pasal kahwin bagai. Belajar tak habis lagi. Lepastu aku tanya dia betul-betul, yakin ke dia nak jadikan aku ni isteri dia? Kenapa tiba-tiba aku yang dia lamar? Terus terang aku cakap aku tak nak. Tak sedia. Takde hati lagi nak kahwin. Dia pujuk lagi, dia kata lepas je aku habis belajar, dia jumpa mak abah aku. Nak risik. Dan hujung tahun ni, kahwin. Suka hati dia buat keputusan. Aku jenis anak yang taat (kekononnya ), aku bagitau dia, kalau mak abah aku setuju, aku pun setuju la. Aku cakap, bagi aku seminggu untuk istikharah. Aku tanya mak abah aku, bagitau depa macam sikap lelaki ni. Owh ya. Dia dah bekerjaya, orangnya baik je, anak manja mama dia. Pastu mak abah aku bagi ‘greenlight’.

Perkara yang paling aku nak ‘highlight’ kat sini. Disebabkan aku tahu yang si dia ni anak manja mama dia, aku tanya dia soalan terakhir sebelum aku terima dia dalam hidup aku. Aku tanya dia, agak-agak mama abah dia boleh ke terima aku? Mama abah dia tak kisah ke siapa pun pilihan dia? Berkali-kali aku ulang soalan yang sama. Dan jawapan dia ofkos la ya. Dia cakap mama abah dia okay je dengan pilihan dia. Dia cakap dia dah tunjuk gambar aku kat mama dia. Aku pun lega la. Walaupun waktu tu pintu hati masih tak terbuka untuk sayang dia.

Pertengahan tahun ni, dia datang rumah aku seperti yang dijanjikan. Tapi datang sorang la. Katanya nak kenal dengan mak abah aku. Mak abah aku okay je layan dia. Siap puji lagi. Muka baik, lemah-lembut, macam-macam lah. Sejak dari tu, aku dah mula sayang dia. Sebab macam dah dapat restu mak abah kan. Dalam minggu tu jugak dia kata nak bawak aku jumpa mama abah dia, tapi atas kekangan tertentu kami tak dapat jumpa. Aku okay je , tak kisah. Asalkan mama abah dia restu kami jugak. Aku ni bukan jenis hari-hari nak mesej, nak jumpa pun aku malas. Kalau boleh tak nak jumpa pun. Ego melangit.

Sebelum hari raya haji hari tu, dia ada lawatan ke Thailand, dia sampai je Malaysia elok lagi bagitau aku dah sampai. Mesej terakhir dia ucap selamat hari, minta maaf bagai. Aku dah rasa lain macam. Aku ni jenis yang boleh baca perangai orang. Tapi aku ni sepositif-positif manusia la Aku rasa (perasan jap). Dia cuti seminggu kot raya tu. Tak tanya khabar langsung. Lepas je dia habis cuti dia mesej aku, tanya khabar. Tapi aku dapat rasa aura lain kot. Aku tanya dia ada masalah ke, dia kata takde. Dia okey je. Perempuan dengan kelebihan kedetektifannya memang tak boleh lari. Hahaha. Aku dengan gigihnya cari nombor telefon sepupu dia yang paling rapat dengan dia dan aku tanya la apa masalah sebenarnya. Bila sepupu dia cerita, satu je reaksi aku mampu bagi, kelu. Mengigil tangan weh baca apa yang sepupu dia bagitau. Rupanya waktu raya hari tu, mama abah dia bawak dia merisik. Sepupu dia cakap, mama abah dia suruh dia kahwin dengan perempuan tu. Hati siapa tak hancur weh… Waktu tu memang la aku nangis teruk. Seminggu tak lalu makan. Seminggu rasa macam zombi. Tapi sepatah pun aku tak cerita kat mak abah aku. Aku malu. Dan si dia, sepatah pun tak bagitau aku perkara sebenar. FB aku pun dia block.

Aku cuba move on, tengah-tengah seronok bercuti sebelum fikir nak cari kerja, aku gagahkan diri jugak untuk pergi jauh dari rumah. Macam-macam alasan aku bagi kat mak abah aku semata-mata nak pergi. Aku cakap nak cari kerja sebab bosanlah, padahal aku nak merawat hati yang dah berkecai ni. Sakit tu Allah je yang tahu. Dua, tiga minggu lepas tu kot, si dia mesej aku balik. Tanya khabar, seolah-olah peristiwa tu tak pernah berlaku. Bila aku ungkit, asyik ulang mintak maaf je. Aku pun bodoh jugak layan lagi mesej dia .

Sekarang ni aku dah dapat kerja tetap. Dan tempat aku kerja dekat pulak dengan dia. Aduhhh. Sakitnya tu di sini. Aku dah boleh terima hakikat tu. Aku dah redha bahawa dia bukan jodoh aku. Bagi aku, ibu ayah segalanya. Taatlah kepada mereka selagi mereka masih ada. Hampir tiga bulan aku istikharah, tiga bulan nama dia tak pernah hilang dari doa aku. Hari-hari aku doakan dia, mama abah dia, family dia.Gigih tak aku? Positifnya aku. Minggu lepas dia mesej, dia cakap tolong jangan putus asa untuk berdoa, jangan pernah mengalah, sabar, sabar dan sabar. Sampai bila manusia mampu bersabar? Dan tahu tak apa balasan di sebalik kesabaran aku? Semalam aku tak sengaja terbuka hati nak tengok whatsapp dia, dan dia telah pun ‘block’ aku.. kena ‘friendzoned’ lagi..

Begitulah kisah sedih aku.. Lelaki, kalau benar sayangkan seseorang perempuan, jangan pernah mainkan hati dan perasaannya. Sesungguhnya kifarah Allah itu wujud, cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana. Aku yakin dengan janji Allah, perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.

Kepada awak, semoga berbahagia dengan pilihan mama abah awak. Sayangi si dia sepenuh hati..

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit