Doktor Kerajaan

Assalamualaikum..Aku harap admin sudi baca dan alhamdulillah kalau sudi disiarkan untuk bacaan semua orang..

Tujuan aku tulis ni bukan nak kondem hospital kerajaan..Bukan nak kecam,nak mencari salah atau apa. Cuma kalau boleh nak staff yang mana berkenaan perbaikilah sikap dan taraf pekerjaan anda..

Biarlah gaji yang anda dapat tu halal dan berkat..

Ceritanya 3 minggu lepas aku demam,batuk,selesema. Seminggu tak kebah2. Aku nak pegi kerja pun tak sedap. Kepala berdenyut. Batuk kuat.

Aku pun pegilah dapatkan rawatan dekat hospital daerah aku. Aku ni daerah hulu. Nak pegi klinik swasta takda rm50 jangan pegi.

Pagi2 tu aku pegi..Tunggu dekat 3 jam baru laa dapat jumpa doktor tu. Doktor laki. Muda lagi. Melayu. Dalam satu bilik tu ada dua doktor.

Masa aku masuk tu wah rancak dia bersembang dengan kawan dia. Pasal bola. Tengok bola sampai pagi dengarnya. Gelak terbahak-bahak.

Aku segan pulak rasa. Dia tengok muka aku pun tak. Lepastu aku pun duduk. Dia tanya sakit apa. Aku cakaplah demam,batuk,selesema.

Aku taulah ni spital kerajaan..Aku bayar pun rm1 je. Tapi servis dia memang amat sangat mengecewakan. Bagai melepas batok di tangga. Sambil lewa sangat. Kalau macamni la sikap pelapis golongan perubatan sekarang ni,apa akan jadi pada Malaysia masa depan?

Dia langsung tak sentuh aku. Cek suhu pun tak. Tengok tonsil aku pun tak. Ambil tekanan darah aku pun tak. Yang dia buat mata macam nak terpejam,tanya soalan dengan suara macam belum makan nasi. Nada pulak mendatar je.

Lepastu menguap,tulis atas kertas tu. Tulisan doktor kan. Fuh aku tak paham.

Aku dah bagitau aku sakit tekak..Nak telan air liur perit,dah seminggu.

Dia sentuh aku pun tak. Lepastu bagi MC sekeping. Lepastu dia cakap apa. Okay dah. Maknanya turn aku settle.

Pegi kaunter ubat pulak.

Bila dapat ubat,ubat demam dengan selesema je. Batuk macamana? Aku batuk kuat tau. Tonsil aku macamana?

Aku pulang dengan hati yang hampa..

Dulu aku penah datang dah..Masa tu aku dapat doktor Cina. Baik sangat..Prihatin..Ramah..Cakap pun jelas. Kali ni entahlah. Malu rasa bangsa sendiri layan nak taknak.

Seminggu lepastu aku rasa sakit aku makin melarat. Aku korbankan jugak duit pegi klinik swasta..Doktor tu cek aku,dia terkejut tengok tekak aku.

Bengkak dah teruk. Sampai bernanah..Dah kena jangkitan kuman..Kau rasa? Aku telan air liur sampai mengalir air mata.

Dia masukkan air..Sebab air dalam badan kurang. Dia bekalkan aku antibiotik dengan ubat batuk,ubat isap untuk tekak.

3 hari lepas tu aku pun cergas elok,bengkak dah surut boleh kembali bekerja dengan tangkas.

Bukan nak kondem spital gov ni. Bukan semua kan.

Sebab dulu aku belajar kat Kedah,kalau tak sihat usually kami pegi Klinik Kesihatan Changlun. Perkhidmatan terbaik..

Cekap dan teratur sangat. Dari daftar. Daftar cepat. Jumpa doktor sampailah ambil ubat. Staff pun ramah2. Tahniahh KK Changlun.

Tolonglah..Bekerjalah dengan hati yang ikhlas. Kami ni orang susah..Rakyat marhaen. Kuasa menyembuh di tangan Allah..Tapi selaku pengamal perubatan yang bertauliah layanlah kami dengan budi bahasa..

Tahniah untuk semua doktor,jururawat dan semua staff perubatan..Kami doakan anda tabah dan sentiasa kuat untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

– Firdaus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit