Dollhouse

Heyy gais. First, before baca cerita ini, go play dollhouse by melaine martinez song. Amik vibe. Ha.

Aku anak kedua bongsu daripada 9 beradik. Aku dibesarkan oleh nenek dan ibu saudara sehingga berumur 5 tahun. Until then, my dad ambik dan bersekolah tadika bersama abang. Everything fine, until the day saya faham apa itu perasaan tidak disayangi.

Dari berumur 5 tahun sehingga sekarang i witness so many beautiful and bad things happen in this family. Why me? Bcos im born as pemerhati and also periang. Saya perhati saya diam, saya buat donno saya sorok rasa sakit bcos nobody cares kalau kau sakit sekali pon.

Waktu saya kecik, saya agak nakal, tp saya masih baik hati, and the saddest thing i dont feel belongs to this family but i cant do anything. Moment paling segar sehingga sekarang ialah moment kalau ada apa2 pergaduhan waktu kecik ibu saya tidak pernah menyebelahi saya.

1. Saya pernah gaduh dgn adik bongsu mengenai duit 70 sen. Duit itu duit saya, tp adik saya insist itu duit dia, saya mintak lg, cakap kau dah guna la duit kau td kat kedai, dia end up baling duit 70 sen itu bertaburan atas lantai dgn suara mengamuk, and i end up beaten up by my mom. Waktu tu saya sekolah rendah tp lupa darjah berapa, pergaduhan tu saya tidak menaikkan suara pon, saya mintak elok, adik saya yg menaikkkan suara, but end up mak saya pukul saya ditepi dinding, and masa kena pukul tu saya berzikir ya allah and baca surah ikhlas. I remember this, bcos saya boleh rasa sakit di hati ini lebih dr sakit dipukul, sbb mak saya langsung tidak adil. Adik saya tidak disentuh langsung. And i have nobody to back me up. Saya tahu hal ni kecik je, tp waktu itu saya juga masih kecik. Dan byk lg lah incident yg tidak adil ini saya lalui. Tp yg ini paling diingati.

2. Waktu saya sakit demam or campak or whatnot, mak saya jaga saya tapi disebalik jaga tu, pelbagai hamburan yg saya dpt, mungkin mak saya penat x de org tolong, ayah saya is typical traditional malay guy, kerjanya cari duit saja, hal rumah hal anak bagi dia itu kerja ibu. Tidak di tolong walau sedikit hal kerja rumah. Waktu saya sakit, ibu saya boleh pukul saya, ugut kalau x senyap nangis nak tampar and stuff.

3. Ibu saya x pernah nak bawak saya ke mana2 kenduri, yg dibawa is adik saya, ibu saya x beli brg kemas utk saya, adik saya didahului, padahal anak perempuan yg lain dibeli satu sorg seadilnya. Tp bukan saya. Yg paling sedih, kejadian dikedai emas semasa pergi tindik telinga, im all excited, saya and adik dicucuk telinga tapi, ibu saya beli subang emas hanya utk adik, bukan saya. Saya sedih senyap, but what can i do? Saya selalu di anak tiri, semua kesedihan dibiarkan berlalu dengan masa, tapi tidak pernah dilupakan.

Kisah2 tidak diadili dianak tirikan ini berlanjutan sehingga saya dewasa. Im currently 26. Pernah excident teruk sbb bergaduh dgn mak, sbb bergaduh? Sbb mak saya melebihkan abang saya dari saya. Kenapa saya yg selalu dipaksa mengalah? Bila waktu saya perlukan apa2 saya tidak pernah disebelahi. Saya berdikari sendiri semua benda. Im all by myself, emotionally physically. Saya pernah diragut, saya call ibu saya hanya utk bercerita ‘ketakutan’, yang ibu saya respond, x payah berceritalah hal2 mcmni, menyerabutkan kepala dia saja. Only god will ever understand how i feel. Saya letak handphone. Nangis sorg diri.

Yg pelik dengan diri ini ialah, walau bagaimana ibu saya layan saya sekali pon, saya still attached dgn dia. Saya selalu call selalu tanya kabar selalu berbakti sehabis baik yang saya mampu. Perasaan tidak disygi ibu dirasakan sehingga skrg, bila saya cerita saya sakit ibu tidak pernah peduli, selalu dialih topik, tp bila anak bongsu dan anak lain mengadu sakit atau pura2 sakit, risau kemain hari2 call. Saya, bila dah di diagnose doktor saya sakit sekali pon, dah di prescribe ubat, ibu saya masih tanya betul ke doktor tu cakap? Ragu dan x pernah ambik tahu. Segala kemarahan samada pada bapa saya atau mahu dihambur kemarahan hanya diluahkan kepada saya. Tidak adik beradik.

Penyebab saya tulis confession ini ialah, saya dah decide nak breaking the status quo. Saya tidak pernah lelah amik tahu ambil berat hal makan pakai ibu bapa saya, everything saya buat semampu saya, tapi ibu saya tidak pernah hargai, tidak pernah berterima kasih, malah di canang kat ibu saudara saya, saya ini pemalas kedekut. Saya terasa hati teramat sangat. Tpi selalu dibiarkan. This raya, saya dah terasa hati sgt dah, ibu saya x pakai baju raya yg saya bagi, malahan kutuk cakap saya bagi kat dia baju kain buruk dgn muka penuh benci depan adik beradik ibu saudara ipar duai. I cant stand anymore. Saya dah penat nak tagih rasa sayang, saya pernah depress, pasal rasa tidak disygi, tp saya selalu rujuk quran, syurga bawah tapak kaki ibu, selalu pujuk diri buat baik utk please allah. Tp sejujurnya saya buat baik sebab saya sayang ibu saya, tp skrg ni saya dah x boleh lg dah, dah penat bg kasih sayang tp tidak pernah disambut, tidak pernah dihargai. Semua hal saya ialah keburukan. Saya buat kerja x pernah merungut. Tp adik beradik saya yg ada dgn dia ala kadar saja adalah segala2 baginya, tidak pernah dikomen, tidak pernah dihambur benci. Yg selalu disumpah seranah adalah saya.

This year saya decide x nak layan melebih2 lagi dah, saya x nak ambik kisah pasal ibu bapa saya, saya hanya akan layan mereka seperti saya melayan stranger yg berumur hanya sekadar menghormati atas alasan orang berumur. Saya dah penat, saya decide nak pindah rumah sewa. Insyallah, kalau itu yg terbaik. Saya nak diorg rasa tiadanya saya. Adakah dirasai kehilangan atau sekadar angin berlalu tidak dihirau. Walau tidak dihirau sekali pon, saya dah cukup memahami dan redha. The reason saya stay di sini sekarang sbb ibu bapa saya. Until diorg meninggal saya akan perhatikan, selepas itu, saya mungkin dah tiada disini dengan izin allah, saya nak pindah. Saya nak pergi jauh dr family ini.

Saya sekarang ini, torn in between, dirumah tidak dihargai nak kembali ke ibu saudara yg jaga saya dah terlambat sbb mereka dah jaga org lain yg skrg tengah membesar. Dan saya percaya kalau saya nk ke rumah diorg sekali pon utk lari dr rumah ini, saya tidak akan diterima seperti dulu. Hidup saya hidup menumpang dimana saja saya berada. Tpi sya berjanji dgn diri sendiri, jgn ganggu ibu saudaramu, redha lah dia jaga anak lain, jgn biarkan anak yg dijaga sekarang ini itu rasa macam engkau rasa, tiada tempat utk dituju. Pedih apa yg aku rasa, aku x nak org lain rasa.

I believe tiada seorang dalam rumah ini yg tahu saya pernah masuk bilik kaunseling waktu berumur 12 tahun, sbb saya x cukup rasa syg dr ibu saya. Saya nangis sehabis boleh depan cikgu. Balik rumah im the happiest as always. Tidak pernah diambil tahu perasaan oleh ibu bapa.

Mungkin cerita ini langsung tidak menyeluruh, dan tidak akan difahami oleh pembaca, tp sekurang2 nya, saya boleh meluah.

Pada pandangan orang lain our family is perfect. The reality is picture just smile for the picture. This is atleast yg saya rasa. Adik beradik lain mungkin diorg bahagia. Me, im happy outside but not inside. Saya pernah cuba bunuh diri masa kecik, pernah cuba toreh cermin di lengan, tp saya dibesarkan dengan takut hukuman allah, saya kembali sedar.

Saya cuba utk lupakan perihal waktu lama, kisah zaman kanak2 utk tidak terbawa2 dlm buat keputusan skrg, but the reality, saya x pernah lupa. Tidak walau sedikit. Cerita zaman kanak2 saya tidak perah keluar picture gembira dalam kepala saya. Semua cerita saya bersendirian, tiada support. Hanya penat berbagi rasa sayang pada orang, tp tidak pernah diterima sayang oleh org lain. Itu yg saya rasa, saya amat berharap apa yg saya rasa ini adalah hanya rasa tidak bersyukur, bukan realiti. Kerana hanya itu yg boleh menggembirakan saya.

Saya perlukan nasihat, betul ke apa yg akan saya buat dengan hidup saya ini? Utk break the status quo dengan tidak ambil kisah hal mak bpk saya, hanya hormati mereka sekadar org berumur. Kadang2 saya rasa hidup ini tidak adil, kenapa ibu saja berkuasa utk menghukum anak, tp anak tidak boleh sedikit pon meluah rasa tidak puas hati walau ibu berlaku tidak adil.

Bye. Doakan saya kuat. Doakan saya murah rezeki utk hidup sendirian tidak bergantung pada sesiapa kecuali yg maha esa. Amin.

-the ugly duckling

– That barbie doll uguys all hate

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *