Dugaan atau Petunjuk?

Dugaan atau Petunjuk?

Assalamualaikum, harap admin publish post ni.. 25 tahun. Ya aku sekarang dalam fasa umur ni di mana ramai kawan2 dah mula berkahwin, dapat anak, tunang dan sebagainya.

Dan aku, menghampiri juga impian aku untuk berdampingan dengan lelaki pelengkap hidupku hingga ke hari tua. Tapi entahlah makin lama aku rasa makin menjauh. Aku tak tahu adakah ini dugaan atau petunjuk?

Aku dengan dia bersetuju untuk kahwin terus memandangkan kami dah kenal antara satu sama lain termasuk keluarga dah hampir 4 tahun.

So kami plan untuk berkahwin awal tahun depan. Tapi macam2 pulak masalah yang kami hadapi. Bermula dengan dia hilang pekerjaan lepas tu accident pulak.. Dan lepas tu soal duit. Masalah yang tak akan pernah hilang.

Aku berasal dari keluarga biasa je. Mak ayah, tak pernah letak nilai untuk anak diaorang. Tapi tu la tu, bila suarakan nak buat mas kahwin sikit je, less than 3k, tak setuju pulak. Malu dengan orang la, takut orang kata la, apa2 la. Nak marah, tapi tu mak ayah kita tu.

Dan aku bagitahu benda ni kat si dia. Kami hampir give up. Entahlah, entah2 dah give up dah pun seabb kami plan nak kawin dari last year lagi tapi tunggu masing2 stabil dapat kerja tetap lepas grad. Tapi dia pula di uji dgn masalah kerja. Masih belum ada pekerjaan yang tetap lepas keluar dari company lama disebabkan company tu tak bayar gaji pekerja.

Dah lama kami pertahankan hubungan ni dari dugaan2 yang mendatang. Tapi kali ni, entahlah masing2 macam dah nak putus asa. Dia kecewa, terkilan dengan mak ayah aku. Sedangkan, mak ayah aku tahu dia tak kerja sekarang, kerja part time je tapi sekarang tengah cuti sebab accident 2 minggu lepas..

Aku tak tahu apa yang aku perlu buat sekarang. Tinggalkan atau pertahankan? Moga Allah beri petunjuk apa yang terbaik untuk kami. Dia dengan aku, memang baik. Soft spoken, pendengar aku yang setia. Gaduh tu, perkara biasalah bila nak sesuaikan diri untuk bicara tentang pendapat masing2..

Ada ke orang yang ada masalah macam aku jugak? Nak kawen cara senang je, tapi keluarga yang susahkan. Hmm. Tambahan lagi, aku anak bongsu.. Kalau tengok kakak2 dulu mas kawin paling minimum pun 10k.

Sebabkan tu, jadi garis panduan untuk adik2. Memang tak adil untuk aku sebab kami sama umur, grad tahun sama, dan sama2 cari kerja. Sedangkan kakak2, yang lelaki terlebih dahulu habis belajar dan dapat kerja dulu.

Duit mas kawin tu hak pengantin perempuan sepenuhnya. Bukan untuk buat majlis kawin. Jangan salah faham.. So sepatutnya aku yang berhak suarakan berapa yang aku nak. Bukan keluarga. Kalau keluarga yang suarakan, seolah-olah mereka letkkan harga pada anak mereka la kan?

Hmm.. Kalau nak dengar orang kata.. Memang tak akan bahagia hidup kita. Orang tak pernah tahu apa yang kita hadapi, kita lalui. Orang cuma lihat. Tak tahu apa yang kita usahakan.

Entahlah. Aku cuma mampu berdoa, meminta diberikan petunjuk. Adakah ini dugaan atau sebaliknya untuk pisahkan kami. Kadang2, Dia hantar orang yang salah dalam hidup kita untuk kita belajar sesuatu. Aku kecewa. Doakan aku kuat untuk menerima apa saja kemungkinan.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit