Dugaan Bertunang

Dugaan Bertunang

Salam semua. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya dengan anda semua. Saya tak pernah menulis panjang lebar. Harap maaf jika ada kekurangan. Tujuan saya kongsikan kisah ini agar wanita di luar sana dapat ambil sebagai pengajaran dengan apa yang telah terjadi pada saya.

2 tahun yang lepas saya telah nekad putuskan pertunangan yang telah 2 tahun terjalin. Saya dan M telah kenal selama 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan kearah menghalalkan hubungan ini. Selama kami bersama saya tahu dia seorang yang panas baran dan suka salahkan orang lain dalam setiap masalah yang timbul. Sebelum terlupa dia berkerja sendiri dan saya seorang eksekutif di syarikat swasta.

Saya memutuskan pertunangan ini beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan kami. Segala persiapan telah dilakukan. Keluarga dan saurada mara juga telah dimaklumkan. Secara jujurnya bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Masalah bermula bila M mengalami masalah dalam perniagaan. Saya selalu mendahulukan kewangan kepada dia dan M tidak pernah membayar balik. Kesilapan saya di sini kerana memikirkan kami akan berkahwin dan tanggungjawab saya untuk sama-sama membantu sewaktu M dalam kesusahan.

Untuk pengetahuan semua saya menanggung kedua orang tua dia kampung. M mula bertindak kasar dengan memaki hamun saya dengan kata2 yang kesat bila bergaduh dan tidak pernah mengaku salah. Setiap kali dia melakukan kesalahan, dia meminta saya minta maaf. M juga seorang yang sangat cemburu. Saya tidak dibenarkan untuk keluar bersama kawan2 perempuan dan dia juga mengawal kewangan saya. Beberapa bulan sebelum memutuskan pertunangan ini, saya dengan mata sendiri melihat macam mana M tidak menghormati kedua ibu bapa dia dan jugak saya.

M pernah menenking ibu ya dia hadapan saya. M jugak selalu memarahi dan merendahkan saya di hadapan keluarga dan kawanyer. M selalu berkata saya patut bersyukur kerana dia memilih saya. sedangkan ramai lagi perempuan cantik diluar sana mahukan dia. M juga selalu menghina saya yang datang dari kampung. Masa itu saya sudah tawar hati, jika ibu yang melahirkan dia tidaj dihormati lagikan saya orang luar. M pernah katakan dia tak akan sesekali menceraikan saya walau apa yg terjadi.

Hampir setiap hari saya menangis kerana disalahkan dalam semua perkara yang terjadi pada dia. M jugak seorang yang percayakan perkara tahyul. Menurut M bisnes dia merosok kerana orang menghantar bomoh. Bila saya katakan bisnes dia merosok kerana cara dia melayan customer dia akan memarahi saya. sudah puas kami menegur dia. tapi kami disalahkan. Saya mula terfikir, apa yang akan terjadi kalau kami berkahwin. sangat sukar untuk membuat keputusan ini.

Lebih2 lagi melibatkan keluarga. Selama 2 minggu saya sujud kepada Allah meminta pertunjuk sehingga la awal tahun 2017. Kami bergaduh teruk dan M hampir memukul saya. Ketika itu saya rasa Allah telah hantarkan pertunjuk. Kedua ibu bapa jugak bersetuju dengan keputusan saya. Kata mereka jangan peduli apa kata orang, kerana saya yang akan menanggung segala ini jika memilih untuk berkahwin.

Saya bersyukur kerana nekad untuk putus walaupun telah bayak bazirkan masa, kewangan dan tenaga. Saya tidak menuntut walau sesen pun hutang saya dari dia. Saya tidak mahu ada apa2 hubungan dengan dia lagi. Kepada semua wanita diluar sana, jangan takut untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda, Saya juga telah berumur awal 40an dan masih bujang sehingga sekarang.

Saya tutupkan telinga apa yang orang katakan pada saya. Ada orang salahkan saya kerana tidak sabar dalam hubungan, tapi saya paham mereka tidak tahu apa yang terjadi. M sehingga kita masih burukkan saya, tapi saya tahu Allah maha mengetahui. Wahai wanita yang menghadapi masalah yang sama bangunla, buka la mata anda semua. Hargai la diri anda.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Wanita Bujang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit