Dugaan Halal

Assalamualaikum pembaca-pembaca..

Pertama sekali, ini kali pertama aku menulis, maaf seandainya cerita ini agak bosan. Tapi ini adalah cerita berdasarkan pengalaman sendiri tanpa diolah sedikit pun.

Biasa kita dengar wanita yang bersungguh dalam menghalalkan satu hubungan, lain pula dengan kisah hidup aku dimana lelaki yang terlalu beriya dalam menghalalkan wanita.

Aku seorang lelaki yang bekerja dalam sektor swasta sejak tamat pembelajaran dalam salah satu Universiti di Malaysia.

Jawatan yang dipegang sekarang agak tinggi dan aku rasa aku mampu untuk menyara wanita pilihan hati aku.

Perkenalan kami bermula sewaktu zaman universiti lagi. Pada tahun ini, cukup 6 tahun perkenalan kami.

Sebelum graduasi, aku berjanji pada si dia untuk menghalalkan hubungan ini bila kewangan aku da stabil.

Pada aku, kewangan stabil bermaksud aku ada kereta, motor dan juga rumah untuk aku tanggung anak orang. Aku setia dengan janji aku untuk menghalalkan hubungan kami.

Alhamdulillah dengan niat aku, Allah permudahkan urusanku untuk melengkapkan semua tu dalam masa 1 tahun.

Aku dapat beli motor, kereta secara cash dan aku mampu menyewa sebuah rumah untuk bakal isteriku nanti. Sedikit demi sedikit barang kelengkapan rumah dapat aku beli sehingga penuh 1 rumah.

Bila aku dah rasa bersedia dan aku rasa aku mampu beri keselesaan kepada bakal isteriku, aku sampaikan hasrat untuk nikah kepada orang tua ku, dan mereka bersetuju untuk merisik si dia.

Tetapi, yang menjadi penghalang sekarang ada lah kerana bakal isteriku bukan lah asal daripada negeri ku.

Selepas si dia tamat belajar, beliau mendapat tawaran untuk bekerja di negeri kelahiran nya dan kami PJJ selama beberapa tahun. Aku tak prefer untuk PJJ lepas kami berkahwin.

Di sebabkan itu, aku mencari beberapa peluang pekerjaan untuk si di negeri kelahiran aku.

Nak dijadikan cerita, tempat kerja lama nya memilih untuk tidak menyambung kontrak si dia.

Dalam masa 1 bulan mencari pekerjaan baru, si dia mendapat tawaran untuk bekerja di negeri kelahiran ku dengan tawaran gaji beza beribu ringgit dengan tempat kerja lama nya.

Aku bersyukur, selain kerja baru berkait dengan bidangnya, tempat kerja nya juga hanya 5 minit perjalanan dari tempat kerja aku. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.

Selepas mendapat tawaran bekerja di negeri aku, aku cuba pastikan yang si dia selesa di negeri aku.

Aku cari kan bilik sewa untuknya, aku tunjukkan jalan ke tempat kerja nya, aku tunjuk kan tempat-tempat menarik untuk dia kunjungi.

Segala kelengkapan dan urusan si dia aku penuhi sebagai tanda menghargai dia untuk ke sini.

Selepas berpindah dari negeri si dia, keluargaku menganggap ini adalah peluang terbaik untuk mereka merisik dan mengikat tali pertunangan untuk kami. Dan kami pun bertunang.

Keluarga kami decide untuk tidak mengikat tali pertunangan dalam masa yang panjang kerana risau akan perkara tidak baik akan berlaku, jadi kami decide untuk nikah pada bulan May 2021 ini.

Pelbagai dugaan dalam tempoh pertunangan kami. Betul apa orang kata, dugaan bertunang ini sangat-sangat berat.

Selepas bertunang dalam masa 3 bulan, aku mula rasa perubahan pada sikap si dia. Aku tak tahu aku ada instinct yang mengatakan dia menyembunyikan sesuatu di luar pengetahuan aku.

Satu hari sewaktu kami keluar, diri ku kuat mengatakan untuk cuba periksa handphone si dia.

Sebelum periksa, aku meminta izin dari si dia untuk periksa, dan dia melarang dengan nada bergurau. Aku terus periksa whatsapp nya, tiada apa yang pelik.

Tetapi saat aku buka album photo nya, remuk, hancur hati aku bila ada screenshot si dia video call dengan seorang lelaki di tempat kerja nya.

Aku cuba periksa di whatsapp call si dia, ya, dia video call hingga berjam jam ketika hari dia block aku dari whatsapp.

Allah, dugaan apa kah ini.. Hanya air mata sebagai respon aku terhadap perbuatan si dia..

Aku tak tahu apa patut aku buat. Jadi aku decide untuk ambil motor ku, dan pandu tanpa arah tuju. Sehingga la aku berhenti untuk solat di satu masjid.

Selepas solat, aku cuba tenangkan hati aku dengan membaca surah Yassin.

Tanpa sedar, air mata mengalir sepanjang aku menghabis kan surah tersebut sehingga aku di tegur oleh kakitangan masjid tersebut. Aku off handphone,

Aku terduduk, terdiam di masjid sehingga waktu maghrib.. Aku tahu ini ujian, tetapi beratnya dugaan untuk menghalalkan hubungan ini. Di manakah salah niat aku? Manakah salah aku?

……………….

– Baju Hitam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *