Dugaan Hidup

Aku cuma nak luahkan perasaan. Terpulang apa pon korang nak cakap, kalau ada sudi bagi nasihat dan mendoakan terima kasih banyak2 aku ucapkan. Jalan hidup kita semua berbeza kan. Begitu lah jugak aku dengan jalan hidup yg tunggang langgang terbalik dan haru biru. Nampak kan betapa disaster nya hidup aku. Semua orang mengharapkan yang terbaik lepas habis belajar begitu jugaklah aku. Namun tak semuanya mimpi indah jadi kenyataan.

Tahun 2015 aku habis belajar. Lepas setengah tahun tanam anggur aku dapat offer jawatan eksekutif. Namun tak lama disebabkan oleh conflict dalaman dan isu agama aku lepaskan. Conflict dalaman tu yelah mcm biasa mana- mana tempat ada politic office tapi bak kata senior aku yg berlainan bangsa dengan aku, dia kata aku masih mentah.

Pergi la cari kerja lain demi keselamatan aku sebab mereka terdengar perbualan rakan-rakan pejabat katanya “ Tak dapat cara baik, cara kasar kita guna”. Silap aku adalah aku baik dengan semua orang tanpa berfikir panjang. Tak sedar yg baik dgn kita tu tikam belakang. Siap tuduh aku nak try laki depa. Laki hang handsome tara mana? Lol..

Setahun aku menganggur aku buat mcm-macam part time. Masa ni aku sedih dgn jalan hidup aku. Aku frust sangat. Tapi aku masih boleh kuat dan ada emak untuk aku luahkan semuanya. Mak selalu cakap semua akan akan okay bila tiba waktu yg tepat. Rezeki tak pernah salah alamat katanya.

Namun sekali lagi aku diuji, emak yg aku sayang, yang aku nak sangat balas jasanya pergi meninggalkan aku depan mata aku. Seminggu terlantar dihospital kemudian dipanggil Sang Pencipta. Aku jatuh terduduk dilantai hospital mengenang nasib diri yg jobless dan hopeless. Tuhan apakah ini semua..

Namun, rezeki aku ditentukan untuk menjaga emak ketika sakit hingga hujung nafas dan menyempurnakan jenazahnya hingga selesai. Kata teman rapatku, aku sangat bertuah. Ntah laa.. Aku harap, aku benar-benar bertuah tapi setakat ni masih belum bertuah.

Genap hari ke 100, aku dipanggil untuk interview disebuah syarikat B. Kerjanya okay tapi ada syift. Agak susah untuk aku yg tak punya kereta, namun aku bertahan hingga dipanggil sebuah syarikat lain iaitu syarikat C. Syarikat C menjanjikan aku gaji yg better, aku bersetuju tapi aku sekali lagi salah percaturan. Aku meletakkan jawatan sebelum melihat offer letter.

Pada hari pertama, aku dah bergaduh dgn HR disitu namun aku terpaksa terima sebab aku memang perlukan kerja. Desperate weh takde kerja sapa nak bagi aku makan. Beza gaji adalah RM1000. Memang perit utk aku dari gaji hampir 3k drop sehingga kurang 2K.

Kat sini pon aku bertahan sehingga dapat kerja yg lain. After few months, aku dapat offer lain. Keje sekarang ni la.. Lagi beberapa hari genaplah 3 bulan tapi tadi bos aku panggil bgtau aku tak perform dlm bidang ni. Ye memang aku lari bidang tapi so far aku masih buat kerja aku walaupon tak pernah diberi training. Aku masih ada berikan keuntungan pada syarikat sekarang. Aku pasrah walaupon aku dituduh tak buat kerja dan tak bertanya pada senior disini.

Hakikatnya aku bawak laptop depan muka dia mintak tunjuk ajar tapi masih dikatakan tidak mintak tunjuk ajar. Mungkin nak kena hempuk atas kepala dia dulu barulah dikatakan mintak tunjuk ajar. Apa-apa jelah aku pon ada maruah aku so aku tak kan merayu atau minta simpati. Buat apa nak tehegeh2 pada yg tak sudi lagi pula bagi aku mereka tidak professional. Aku masih dalam probation period kot.

Doakan aku dapat kerja yg baik . Aku dah cukup penat sebenarnya dengan semua ni. Ye aku tau ada orang lagi susah dari aku. Buat yg senior kat ofis tu kalau diminta untuk review staff baru korang janganlah aniaya kami. Cakaplah jujur, jangan plastic sangat bila bos masuk kau pon kemain wayang
rajin namati tapi bila bos tak de kau lah raja.

Suara kau satu bangunan boleh dengar yelah sbb kau kan senior. Review dengan jujur tak menjatuhkan maruah kau atau mengurangkan sikit pon gaji kau. Bukan dengan cara begini, tertutup habis periuk nasi orang. Apatah lagi aku seagama dengan kau.

Bagi yg baru nak start kerja, hati2 dengan org sekeliling. Kau tak tau sapa yg akan hulurkan tangan seikhlas mungkin dan yg sapa yg hunus pisau belakang kau. Orang yg hari2 makan dengan kau mungkin adalah org yg nak tikam kau. Bukan semua org jahat tapi sekadar berhati2 sbb ini lah jalan cerita aku. Aku kecewa tapi aku yakin ada rahmat disebalik ujian.

Doakan aku tabah dalam melalui liku2 hidup aku. Pada yg senasib dgn aku masih struggle mencari kerja tetap yakin lah suatu hari pasti akan tiba. Walaupon penat dengan ujian yg bertalu2 dan hari2 nak sedapkan hati dan positifkan otak. Sabarlah dan jangan sesekali kita aniaya orang.

Jujur, aku penat dan kecewa. Doakan aku dapat kerja yg lebih baik selepas semua dugaan ni.

– Miss Struggle

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *