Dugaan Menjelang 30-an

Assalamualaikum admin..ini percubaan kedua saya menulis confession ni..saya adalah seorang wanita yang bakal mencecah umur 30-an pada bulan mac dan merupakan seorang lulusan sarjana dari sebuah IPTA, saya bukan seorang yang pandai mengarang, maaf jika penulisan saya sedikit berterabur. Bukan perkara mudah untuk menjalani kehidupan yang bakal mencecah 30-an tambahan pula kerjaya yang belum cukup stabil dan belum bertemu jodoh, Bagi sesetengah orang apa yang saya hadapi ini adalah perkara biasa yang dihadapi semua orang pada zaman sekarang, Apa yang saya ingin sampaikan adalah dugaan yang mencabar menjelang umur 30-an ini.

Sesiapa sahaja akan berasa risau akan masa depan, tetapi sebagai manusia biasa kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Bohong lah jika saya sendiri tidak berasa risau dengan keadaan saya sekarang. Apabila melihat kehidupan sahabat-sahabat yang makin stabil dari segi kewangan dan mempunyai keluarga dan anak, hati ini juga turut menginginkannya. Setelah tamat pengajian sarjana saya masih tidak mempunyai pekerjaan dah menganggur hampir 2 tahun. Jadi agak lambat saya memulakan kerjaya saya sekarang ini. Saya hanya bekerja sebagai kerani kontrak di sebuah syarikat insusrans (kontrak dibawah agensi). Gaji yang diberikan adalah setaraf SPM sahaja, mungkin ramai yang akan berkata saya sepatutnya bersyukur kerana masih ada kerja namun terdetik dalam hati saya ingin mendapat pekerjaan yang setaraf dengan pendididikan.

Ya sudah masuk tahun ke-3 saya bekerja disini, namun tidak ada perkhabaran yang saya akan diambil sebagai pekerja tetap . Menjelang tahun baru 2018 saya ada melihat iklan kekosongan di portal tempat saya bekerja tetapi amat menyedihkan apabila saya bertanya kepada team leader saya jawatan tersebut sudah mempuyai calon, saya berasa sangat sedih kenapa perlu mengambil orang luar sedangkan pekerja kontrak yang mempunyai kelayakan dan pengalaman seperti saya tidak langsung diberi peluang. Sudah beberapa kali saya menghantar resume ke HR tetapi tidak mendapat sebarang panggilan temuduga. Banyak sudah permohonan pekeraan saya buat di laman-laman web mencari kerja namun masih tidak mendapat maklumbalas.

Bukan masalah dari mendapat pekejaan sahaja yang saya hadapi, namun keadaan di tempat kerja yang agak ramai Melayu yang mempunyai perasaan hasad dengki, ada dikalangan senior yang tahu saya mempunyai kelulusan sarjana namun mereka merendah-rendahkan saya dihadapan bos, dan menganggap saya tidak mampu melalukan tugas2 tertentu yang diarahkan, saya amat kecewa dengan suasana pekerjaan sebegini. Ramai yang menasihati saya supaya segera mencari pekerjaan die tempat baru, namun apa kan daya belum diberikan rezeki untuk saya mendapat pekejaan yang lebih baik. Saya ingin sekali berhenti kerja namun apabila memikirkan komitmen hutang belajar dan ingin membalas budi ibu bapa menyebabkan saya masih bertahan sehingga sekarang.

Saya begitu tertekan dan sedih kerana dipandang rendah walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dan masih tidak mampu mendapat pekerjaan yang bagus. Ada sesetengah rakan sekerja (permanent staff) yang selalu bertanya dengan nada perli mengapa saya masih belum mendapat kerja dan saya hanya mejawab mungkin belum rezeki lagi.Kadang2 kecewa dengan mereka yang buat2 xfaham dengan apa yang saya hadapi sekarang ini. Masalah dengki ini juga berlarutan antara rakan sekerja sesame kontrak yang kebanyankan mereka adalah adik2 dan umur bawahan dari saya. Pada akhir tahun lepas saya mengambil cuti untuk berehat dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga saya.

Apabila sekembalinya dari cuti tersebut saya berasa amat janggal dengan sikap rakan2 saya . Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan saya, Saya berasa sedih dan bertanyakan kepada mereka kenapa dan apa yang telah saya lakukan sehingga mereka tidak mahu bercakap dengan saya, saya terasa seolah2 dipulaukan. Saya telah memohon maaf jika saya melalukan apa2 kesalahan namum meraka hanya diam seribu bahasa. “Ya Allah apakah dosa aku sehingga aku dihukum sebegini”, sikap rakan sepejabat di tempata saya rata2nya memang sukar dipercayai kerana mereka jenis talam dua muka. Ini membuatkan saya bertambah sedih. Sekarang ini tinggalah saya sendirian tidak berteman dan hanya beli makanan di café dan makan di tempat sendiri. Ramai senior yang pelik dengan saya kerana hanya sendirian kemana-mana. Saya sudah redha dengan keadaan ini.

Saya tidak mengarapkan kecaman dan pandangan negative dari pembaca sekalian. Hanya doa dan nasihat yang berguna dari kalian saya harapkan. Semoga saya diberi peluang untuk bekerja dan mencari pengalan di tempat yang lebih baik dan semoga tabah menghadapi dugaan yang bakal dihadapi menjelan 30-an ini dari segi hubungan dengan manusia, hubungan dengan Tuhan..

– 30’s girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit