Dugaan Si Ibu

Dugaan Si Ibu

Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau cerita ni disiarkan. Lately aku tension. Sangat tension, dengan masalah duit, kawan, dan dah tentu kat ofis. Tapi alhamdulillah ALLAH pinjamkan ibu hingga sekarang yang sentiasa memberi semangat dan dorongan dekat aku. Semoga ALLAH berikan ibu kesihatan yang baik.

Ibu anak kedua dari 9 beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang sangat susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu cerita, dulu ibu ni dah jadi macam emak,sebab nenek dengan atuk aku selalu gaduh. Lepastu sorang ke timur, sorang ke barat. Ibu la yang handle semua. Ibu cerita paling teruk atuk dengan nenek aku gaduh waktu tu ibu umur 9 tahun. Lepastu 2 bulan tak balik rumah weh. Korang boleh imaging tak budak 9 tahun struggle cari makan dan jaga adik2 dia, sekolah tak pergi sampai cikgu cari dekat rumah. Dahla nenek aku beranak setahun sorang. Waktu tu ibu jaga 4 orang adik bawah dia.

Tapi ibu kuat, semangat dia sangat2 kuat. Lepas nenek ngn atuk dah baik. Nenek aku mengandung lagi. Lepastu ibu tak boleh sekolah dengan alasan adik2 ibu ramai. Nenek aku tak bagi ibu sekolah. Ibu redha je, cita2 dia nak jadi cikgu terkubur macam tu je. Sebagai sulung perempuan ibu kena buat semua kerja rumah. Tapi yang kesiannya nenek aku ni macam nenek TIRI. Sebab apa ? Sebab kalau pinggan mangkuk tak bersih ada sabun kepala ibu kena ketuk dengan senduk. Kalau makan nenek aku taknak duduk makan dengan ibu. Kalau tidur ibu yang paling hujung dan dalam adik beradik perempuan ibu selalu dipinggirkan. Dari ibu kecil sampai sekarang umur ibu dah 51, apa pun yang ibu buat semua tak kena dekat mata nenek tapi ibu, ibu tetap sama kuat macam dulu.

Kalau korang ingat, 2 tahun lepas aku pernah share story jugak. Tajuknya mati hidup semula. Tapi tu pasal ayah aku, ayah aku penagih dadah tapi alhamdulillah sekarang dah okey. Mungkin sebab ayah jugak nenek aku tak suka ibu sampai sekarang. Waktu nak kawen nenek tak suka sebab hantaran murah, atuk aku chill je terima ayah. Lepastu nenek aku canang kat orang kampung yang ayah aku ni teruk, pemalas. Padahal dalam rumah yang ramai adik beradik tu ayah dengan ibu la yang beli beras, beli lauk, yang menoreh pergi pagi balik petang jalan kaki. Lepas beberapa tahun duduk serumah, ada konflik yang jadi. Adik2 ibu tak suka ayah ibu duduk sekali dengan dorang, tapi dorang cakap belakang. Malam tu jugak sehelai sepinggang dengan sekeping tikar ibu ayah bawak aku cari rumah lain.

Lepas duduk asing ibu ayah struggle cari duit. Ada satu malam tu ibu kata mereka kena serang dengan nenek aku. Nenek dtg dengan adik2 ibu halau kami dari kampung. Atuk aku dah meninggal waktu ni.Dengan batang penyapu dok pukul2 ayah ibu. Sedeh tu ibu dengan ayah je rasa, aku cuma mampu tengok. Ibu kata nenek aku benggang marah sebab adik lelaki ibu yang bongsu terjebak dengan dadah tapi dia salahkan ayah. Dia kata ayah yang ajar padahal pakcik aku tu terjebak waktu dia kerja luar lagi. Tapi ibu dengan ayah tahan je sebab tak tahu nak pergi mana. Nak balik kampung ayah duit pun takde. So nak taknak kena tebal muka jela.

Waktu ni juga ibu punya tekanan hidup sangat kuat. Dengan ayah hisap dadah, dengan mak yang tak suka dekat dia, dengan adik beradik yang anggap ibu macam tak wujud. Kalau aku la, aku rasa aku dah bla. Tapi ibu, tetap dengan ayah. Tetap hormat mak dia macam biasa. Bila raya adik2 balik ibu jadi tukang masak, tetap layan adik2 dia baik. Ingat lagi, waktu tu nak raya nenek aku nak buat dodol. Ibu dengan adik aku yang kacau, lepastu adik perempuan bongsu ibu. Nenek kata kat ibu, kau tlg aku kacau dodol nanti amik la sikit. Dorang sibuk nak menjala la apa la, kau tolong aku tau. Esoknya ibu nak amik la sikit bagi dekat kawan dia merasa, boleh nenek aku tengking hoii kau nak amik buat apa? Bukan ada share buat dodol dengan aku pun. Ibu tersentap, keluar dari rumah nenek mengalir air mata ibu. Tengah2 ramai orang nenek aku cakap macam tu.

Baru suku je cerita aku tapi aku rasa nak menanggis sebak bila kenangkan kuatnya ibu besarkan kami 5 beradik dengan suami penagih dadah & kaki arak. Dengan mak yang tak sukakan dia. Dengan adik2 yang bermuka2. Dulu waktu kami kecik macam2 kerja ibu buat nak bagi kami makan, nak bagi kami sekolah. Aku mungkin tak rasa susah sangat sebab aku masuk asrama penuh waktu umo 10 tahun, tempat tidur selesa, cukup makan pakai. Tapi adik2 aku ? Pernah aku call tanya khabar, bila tanya dah makan mesti adik jawab dah. Padahal waktu tu berasa takde weh, adik2 aku makan ubi kayu rebus je. Jangan tanya ayah aku mana sebab waktu tu dia hanyut dengan dunia dia.

Ibu wanita hebat pada aku. Dengan motor buruk dia hantar adik2 aku sekolah. Adik aku yg kecik pun dia angkut semua. Yang kecik sekali depan, adik aku nom 4 pegang, ibu bawak moto lepastu belakang ibu angah dengan de. Hari2 sampai la adik2 aku semua habis sekolah rendah. Dulu bila takde duit, ibu cari orang tu, cari orang ni sebab nak pinjam duit. Pernah ibu pergi kongsi indon dalam hutan tu cari kawan ayah aku weh semata2 nak pinjam 50 ringgit.

Ingat lagi, ibu dengan ayah nak pergi kutip getah. Sebelum pergi, ibu mintak tolong maklong, ibu nak pinjam 1.50 beli minyak nanti dapat duit jual getah bagi balik. Maklong aku tak bagi, dia kata duit takde pdahal semalam baru dapat duit amanah ikhtiar. Kesian ibu kan, pergi minta tolong orang lain. Bukan tu je, ibu pernah cakap dekat maklong macam ni, ‘kaklong aku nak tumpang peti ais, nak beli selongok ikan esok kakak (aku) nak balik ingat nak masak la sedap sikit’. Maklong aku dengan angkuh kata, ‘takde peti aku penuh’. Tapi ibu beli jugak ikan tumpang peti ais kawan dia.

Okeyla guys, bos aku panggil pulak. Nanti aku sambung. Tunggu ya.

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit