Duit Raya Kena Curi

Hai semua. Selamat Hari Raya. Seronokkan hari raya berjumpa sanak saudara bergurau senda. Tapi dihari raya yang kelima ni raya aku menjadi sendu. Mana taknya duit raya anak aku hilang. Bukan ringgit2 gais. Ratus2. Phew..

Aku buat luahan ni bukanlah semata-mata nak cakap pasal duit raya anak aku. Tapi aku nak cakap bertapa sakitnya hati aku sebab aku tahu orang yang curi duit raya aku tu abang aku sendiri. Abang aku ni penagih dadah. Kerja tak pernah la lekat lama. Mesti ada masalah yang selalunya dia akan cakap kat mak aku tak dapat gaji. Lepas tu dia akan wasap mak aku mintak duit semudah abc.

Bapak aku ni dah selalu dah bergaduh dengan mak aku pasal asyik mintak duit ni. Sebabkan anak, bapak aku gigih la jugak ke pekan masukkan duit ke abang aku. Selalunya bapak aku bagi ngam2 untuk abang aku makan dan isi minyak motor dia. Sebab rumah yang dia duduk rumah kedua bapak aku. Rumah kecik je. Tapi ok lah untuk dia duduk sorang tak perlu menyewa.

Masalah duit hilang ni bukan sekali dua. Boleh dikatakan tiap kali aku dan lagi dua orang adik aku balik mesti ada masalah duit hilang. Kau sorok camne pun mesti dia jumpa punyalah. Sampai kitorang adik beradik jadi fobia nak ada walau sedikit cash pun sebab takut hilang.

Yang jadi masalah ni berpanjangan sebab mak aku mesti akan back up abang aku. Abang aku ni kaki putar alam. Dia pusing2 cerita tokok tambah buruk2kan kitorang adik beradik termasuk adik iparnya sekali. Dah menjadi kebiasaan pulak setiap kali yang menjadi mangsa duit hilang ni yang dipersalahkan sebab tak jaga duit elok2.

Kami semua ni lama2 jadi fed up dengan cycle yang tak henti2 ni. Bukan setahub dua gais. Puluh tahu. Si pencuri tak salah. Yang salah mangsa sebab tak jaga duit. Dengan alasan mak aku akan cakap abang nak berubah. Kalau dia kata bukan dia kami semua ni sepatutnya bagi sokongan moral. Eh fed up la aku lama2 camni.

Abang aku dah banyak dah sejarah bos tuduh dia mencuri. Tapi dia kencing mak aku macam2 lah. Sampai ke tahap dia cakap budak tempat kerja dia tak puas hati dengan dia lalu santaukan dia. Sampai ajak mak ayah aku berubat pasang susuk apetah. Aku pun dah lupa cerita mak aku tu. Yang pastinya beratuslah nak bayar susuk pendinding ke apetah.

Kitorang penah cakap kat mak, susuk2 ni jangan buat main. Boleh jadi syirik. Tapi kitorang pulak yang disalahkan sebab tak percayakan abang aku yang ceritanya sakit teruk. Aku dan adik beradik aku cakap kat mak aku. Entah2 dia kene belasah sebab mencuri. Tapi 5 lawan 1. Macam biasa yang 1, abang aku tu je lah yang betul.

Aku sekarang ni dah malas dah nak amik tau pasal abang aku tu. Tapi aku tak tahu nak buat camne lagi nak sedarkan mak aku tu. Sayang anak tu berpada-pada lah. Kalau kitorang ni tegur bukan main mak aku marah katakan pulak laki korang tu bukan helok sangat.

Eh mak aku ni. Pusing cerita pulak. Bila dah cakap macam tu kitorang lagi lah malas nak bergaduh takut jadi anak derhaka pulak. Tapi kalau di congak2 beribu lah jugak jumlah keseluruhan kecurian.

Sekian sahaja dari aku. Tolonglah doakan kami yang jadi mangsa ni mendapat keadilan. Aku dah penat nak bertekak sampai aku block abang aku kat wasap sebab aku tak nak serabutkan kepala hotak aku.

– Getah rambut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *