Duit Sewa

Assalamualaikum. Terima kasih pada pihak admin menyiarkan cerita aku ini. Apa yang aku nak cerita ni bukan cobaan tapi ia satu realiti hidup as a student yang duduk rumah sewa.

Bila duduk rumah sewa, macam2 karenah kan antara housemate. Aku dilantik as a ketua rumah. Biasalah kerja ketua rumah kan. Kutip duit sewa tiap2 bulan. Rumah aku ni guna wifi, kongsi berempat. So duit bulanan utk wifi bayar sikit sorang. Awal bulan aku akan mintaklah kan.

Dalam kitaorang berempat ni, kami bertiga dapat duit ptptn. Tapi yang sorang ni aku bagi nama dia ina, dia tak dapat ptptn sebab duit gaji parents lebih had. Tak nafikan, dia anak orang kaya. Dia selalu cerita itu ini tentang family dia. Ayah dia belikan kereta baru utk kakak dia, hp baru utk adik dia and mudah kata anak orang senang lah.

Tapi, ina selalu ja cerita betapa payah nya dia nak minta duit dekat ayah dia. Total bulanan duit belanja campur sewa rumah, duit makan, wifi, utilities and so on dalam RM400. Tu tak campo kalo nak ke wayang, karaoke, makan2 sedap2 and shopping. Aku musykil kenapa payah laa kan. And dia cerita kalo dia minta ayah dia mesti marah2 cakap asyik minta duit ja.

Aku bukan apalah kan, mak ayah aku yang orang kampung takada pendapatan tetap dah save siap2 duit utk aku adik beradk. Kalau ada lebih masuk dlm bank utk simpanan akn datang. Aku tak salahkan 100% dekat ayah dia. Tapi, kata gaji 5angka, ada syarikat tapi takkan anak minta rm400 sebulan pun payah.

Tiap2 bulan aku dengar ina mengeluh cakap pasal duit dekat aku. Bila minta bayar duit sewa, wifi, bil air and elektrik mesti dialah orang paling last bayar. Sebab ayah dia tak bagi duit lagi. Aku paham, mybe ayah dia busy or terlepas pandang kan. Tapi, ntalah aku tak berapa paham cara family dia.

Apa yang aku tak boleh nak terima, dia kadang2 cakap besar. Ada satu masa tu, dia cakap yang ayah dia ada syarikat, income tiap2 bulan masyuk bla bla bla siap pernah cakap yang rumah sewa yang kami sewa ni buruk, takada penghawa dingin. Bukan nak mengaibkan, tapi kau cakap besar. Tapi nak minta duit dekat ayah punyalah payah.

Gaya hidup nak mewah je, beli itu ini. Tapi bila minta utk keperluan payah. Yang paling aku bengang, dia akan bayar lambat untuk semua belanja, dia dah bayar untuk rumah sewa dan belanja makan ja. Wifi and utilities lain dia tak bayar, sebab masa itu dia kata ayah dia bagi sikit. So, dia kata nanti dia bayar. Dia minta ayah dia lagi.

So, sampailah pertengahan bulan. Aku pun mintalah, sebab nak pi setel bil-bil semua kan. Lepas tu dia marah2 aku, cakap yang dia dah bayar. Padahal aku catat setiap siapa yanh bayar siapa belum. Nasib ada housemate lain jadi saksi. Aku masa tu, rasa nak cekik ja, silap dia. Dia marah2 kita.

Masa tu hampir betekak jugalah, ina ni dia punya ingatan lemah sikit. Pelupa. Tapi kalau orang hutang dengab dia, dia tuntut sampai lubang cacing. Dia hutang dengan kita, kita minta makin dia marah. Kata dah bayar, ada ke dia hutang, setahu dia, dia tak pernah hutang dengan orang, orang ja selalu pinjam2 duit dia.

Bila malas nak gaduh pasal duit, aku pun mengalah and senyap ja. Yela, dah dia kata dia tak pernah nak pinjam duit orang, orang ja selalu suka pinjam duit dia. Sakit hatilah, tapi nak buat macam mana. Mak aku suh sabar, and halal kan ja. Hmmm, selalu ja kena bila turn dia guna duit aku.

Sampai bila mana, dia nak pinjam duit aku. Aku cakap aku ada rm10 ja. Sebab malas nak gaduh bila minta balik nanti. Tahu macam mana perangai dia. Ada dia pernah dia suh tapau makanan, dia tak bayar. bila esok aku minta, bole pulak dia kata bila masa dia suh tapau makanan. Tapi, aku buat pura2 ohhhh sorry lupa kau dah bayar.

Lepastu dia mesti badmood kalo cakap pasal duit. Kalau lepas bayar belanja untuk rumah pun dia mengeluh. Cakap duit dia dah habis. Bayar itu ini, dompet, bank kosong. Aku mampu senyum sinis jelah. Sebab pada padangan aku, kau bukan anak orang susah. Kau sendiri kata, ayah kau mampu untuk beli kereta baru, buat rumah baru and what so ever yang baru.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, mana2 parents yang baca kot2lah. Yang mana anak tak dapat pinjaman ptptn or apa2lah kan. Buat lah saving awal2 khas untuk anak2. Sekarang zaman boleh transfer je kan. Tak payah nak ke bank apa semua. And lepas tu yang mana anak orang senang tu jangan belagak sangat. Hidup umpama roda, mungkin ada hikmah kenapa ayah ina tak masukkan duit on time.

#duit #housemate #ragam

– Ketua Rumah Sewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit