Dunia Glamor II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dunia-glamor/).

Assalamualaikum. Terima kasih atas komen-komen pembaca.  Tujuan saya share pengalaman ni bukan nak menunjuk yang saya kenal ramai artis atau saya rapat dengan artis. Media sosial saya clean takde sebarang artis dalam list.

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman bekerja dalam bidang event management & kebanyakan client saya adalah public figure. Sama macam saya suka baca pengalaman-pengalaman individu yang berbagai latar belakang kerjaya.

Jangan la kata kami sampah.. kami pon cari rezeki untuk hidup sama macam pembaca semua. Cuma bidang berbeza.

Saya terjun dalam bidang ni bukan pilihan utama. Tapi rezeki lebih cenderung ke arah tu. 80% yang bekerja dalam bidang ni dimonopoli kaum adam. Skop kerja saya memerlukan kekuatan fizikal & mental.

Untuk menjayakan event terutama live show segala kerja perlu dilakukan dengan tepat. Perlu berfikir dengan cepat. Perlu bertindak dengan pantas. Sebab apa-apa masalah yang jadi tidak boleh ditonjolkan dalam tv & penonton yang ribuan.

Kerja event management ni memastikan semua perancangan yang dibuat dari A sampai Z berjalan lancar. Sebelum event berjalan kita perlu briefing, meeting & planning apa yang perlu kita buat based on apa yang client nak.

Kami bukan buat event-event lagha saja. Tilawah Al-Quran, majlis sumbangan untuk anak-anak yatim & orang-orang tua, Malam Maulidur Rasul dan banyak lagi berunsur keagamaan memerlukan event management untuk melancarkan event tersebut.

Perancangan yang dibuat bukan sehari dua. Semasa event berlangsung pula atau kita panggil big day kami perlu pastikan semua yang dirancang berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ni memerlukan kekuatan mental.

Tiba-tiba sampai waktu.. ada yang tak sempat sampai sebab jammed, ada yang kereta rosak, ada yang last minute cancel sebab ada masalah peribadi & macam-macam alasan kalau nak saya senaraikan.

Tu semua terletak atas bahu event management. Macam mana kita nak ubah jadual agar majlis berjalan lancar.

Semua kena berlaku on time mengikut schedule. Berfikir dengan cepat & bertindak dengan pantas sebab penonton tak nak tau semua masalah tu lagi-lagi membabitkan live show tv.

Dan kita juga nak semuanya berjalan lancar atas perancangan yang dah dibuat awal. Senang cerita ada apa-apa masalah semasa event berlangsung campak kat event management.

Air mineral habis? Ok team event management pergi beli. Makanan tak cukup? Ok event management settle. Artis lambat? Event management jugak kena.

Tak dapat parking? Crew kita jugak berlari untuk block parking.. sebab nanti sampai lambat kita jugak kena. Bahasa kasarnya kita ni tukang sapu tinja-tinja yang orang lain buat hahaha.

Kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan sebab tu kena selalu ada Plan B, C, D dan seterusnya untuk menyelesaikan masalah.

Kekuatan fizikal yang saya maksudkan : kami juga perlu menyediakan props (alatan untuk kegunaan semasa event).

Angkat air mineral berkaton-katon, angkat meja & kerusi, angkat alatan pemuzik ke atas pentas & banyak lagi semuanya harus dilakukan oleh event management dengan bantuan team dari bahagian lain.

Berlari seharian semasa event berlangsung.. lagi-lagi kalau event outdoor. Boleh cramped kaki bagi yang tak biasa. 10k to 20k steps sehari tu biasa bagi kami. Yang penting semua dibuat mesti ikut planning & jadual yang dah diatur.

Tidur tak tentu masa tu biasa. Bila semua sedang diulit mimpi kami masih bekerja kerana setiap event perlu mengikut SOP tempat tersebut. Contoh promosi dalam mall, selepas mall ditutup baru kerja-kerja pemasangan pentas dapat dijalankan selalunya selepas jam 10 malam.

Kami kena monitor semua tu untuk pastikan semuanya mengikut pelan. Biasanya mengambil masa 2-3 hari. Kalau event outdoor 1-2 minggu baru siap pemasangan semua alatan & pentas.

Event sehari je tapi penyediaannya makan masa berhari-hari malah makan minggu bergantung berapa besar sesuatu event tu. Makan selalunya apa yang sempat untuk alas perut je. Sebab tu kebanyakan crew event management tergolong dari kaum adam.

Jenis kaum hawa yang pakai kasut tumit 4 inci atau make-up tebal 2 inci memang tak sesuai untuk pekerjaan ni. Sneakers memang pilihan utama. Make-up? Bedak pon saya pakai bedak baby je tepek-tepek.. hehe.

Habis event pulak biasanya pukul 11-12 malam. Sampai hotel belum boleh rehat lagi. Kena post-mortem dulu.. kena story satu-satu semua masalah yang timbul & apa punca.

Time ni mana yang tak perform & lambat bertindak tangani masalah confirm kena bambu kaw-kaw. Sebab boss yang akan jawab dengan client nanti jadi boss perlu tau semua masalah yang ada. Settle event alhamdulillah.

Bab payment pulak bukan habis keje je terus dapat gaji ye. Kena tunggu berminggu dan kadang-kadang gaji tak muncul langsung. Anggap jela kita buat kerja amal jariah. Kebanyakan kami bekerja secara part time maksudnya ada event ada gaji..takde event gigit jari.

Apa pon saya bersyukur dapat terjun dalam bidang ni. At least saya boleh apply dalam hidup sehari-hari saya. Saya dah terbiasa dengan apa-apa keadaan atau perancangan pon mesti kena ada plan B, C, D so kita ada back up kalau perkara tak diingini berlaku.

Kerja ni jugak memerlukan saya berfikir dengan rasional atas semua keputusan yang harus saya buat. Ni pon saya apply jugak dalam hidup saya.

Semua kerja ada pro & cons kan? Ni antara kebaikan yang saya dapat.

Cons pulak saya banyak habiskan masa diluar, selalu outstation, kerja tak tentu masa, kawan-kawan tak ramai pusing-pusing orang sama je, wedding kawan-kawan sekolah boleh kira je berapa kali saya pergi. Orang cuti weekend tapi kami weekend kerja.

Lepas ada anak saya dah kurang aktif dalam bidang ni sebab suami pon dalam bidang yang sama. Mana boleh dua-dua sibuk kan? Suami juga jarang ada dirumah. Dalam sebulan ada la 2, 3 kali balik.. paling lama dia ada dirumah sepanjang PKP ni jela. Hehe rasa pelik pon ada.

Jadi saya banyak habiskan masa dirumah menjaga anak. Sesekali je kalau ada event besar yang memerlukan kemahiran saya, saya akan join. Orang kata bz mengalahkan PM tapi kayanya tidak hahaha joking.

Kerja kami tak glamor pon..ala-ala kuli pon ada cuma kami dikelilingi mereka yang dikenali. Setiap orang dah tertulis rezeki masing-masing kan?

Saya jugak percaya, takde kerja yang senang kat dunia ni. Semua pekerjaan ada tanggungjawab yang harus mereka pikul. Macam saya kata tadi, cuma cara kita je berbeza & berlainan bidang. Saya rasa tak perlu untuk saya cerita pengalaman bekerja dengan artis-artis tertentu.

Lagi pon masih hangat isu netizen boikot artis Malaysia kan?

Saya yang bukan siapa-siapa ni pon orang baca pasal kerja dengan artis je orang dah sampahkan.. hahaha sabo jela. Cuma saya boleh bagi tau mereka juga manusia biasa yang ada keluarga, kawan-kawan, tanggungjawab macam kita semua. Jalan tu je yang membezakan kita.

Akhir kata ni posting saya yang terakhir untuk Dunia Glamor ni. Harap ada pengisian dalam perkongsian kali ni. Allah tidak melihat permulaan kita tapi Dia melihat pengakhiran kita. Peace! Spread love not hate.

– Sheena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *