Emas

Assalammualaikum.. Sebenarnya saya first time juga nak tulis kat sini. Harap semua sudilah baca ye.. dan kalau disiarkan terima kasih daun keladi.. hihi.

Pasti semua tahu apa itu emas. Harga emas sekarang pun dah mencanak naik berbeza dengan dulu. Tapi yalah saya cuma hendak berkongsi pasal emas.

Start saya beli emas dulu masa saya mula-mula kerja. Itupun bayar ansur-ansur dekat kedai emas. Masa tu saya bayar semuanya RM350. Dapatlah saya gelang tangan akhirnya.

Itu emas kedua saya miliki.. sebelum tu ada gelang tangan arwah mak saya dulu belikan. Itupun hasil jualan tanah barulah emak saya belikan saya dan adik saya gelang sorang satu.

Lepas itu, saya dapat duit KWSP setelah 3 tahun bekerja almaklumlah kerja kerajaan. Jadi dengan duit tu lah saya beli emas.

Start dari situ saya mula suka pada emas. Ada seorang kakak kat opis bagitahu saya, bagus gadai emas yang ada dekat Arrahnu Yapiem dapat duit dan beli emas baru.

Masa tu kat tempat saya bekerja Arrahnu Yapiem kira baru lagi. Jadi tak tahu sangat. Esoknya saya dan kawan saya pun pergilah mencuba nasib menggadai. Lulus juga, dapatlah tunai beli emas baru.

Time tu arrahnu yapiem dapat bagi pinjaman sehingga 70% dari nilai emas kita gadai. Bab gadai nenggadai ni saya rasa staff arrahnu tu pun dh kenal saya dan kawan saya.

Bab menggadai emas dikalangan kawan saya memang saya nombor 1. Hahahaha.. mana tak nya tujuan utama memang untuk beli emas. Sampai ada kawan-kawan pun pinjam emas saya untuk digadai.

Yelah kadang kita gadai emas bukan untuk beli emas saja. Kalau ada masalah kewangan ke arrahnu lah tempatnya. Itu pun kalau ada emas untuk digadai. Kalau takde duduk je diam-diam duk pikir mana nak dapat duit time suntuk-suntuk. Kannnnn hihihi.

Bayar insuran kereta, ganti tayar, servis kereta, bayar hutang, beli tiket kapal terbang pun saya penah guna/ beli dengan duit hasil gadaian di arrahnu hahahaha..

Jangankan saya.. kawan saya pun dua kali lima juga menggadai je kerja.. malu juga kadangnya pergi arrahnu. Tapi what to do.. kalau malu tak dapatlah duit kan hahaha..

Gadai-gadai juga tapi jangan lupa hendak tebus kalau dah cukup tempoh. Cuma bagusnya Arrahnu Yapiem tempoh gadaian sampai 10 bulan. Kalau tak dapat tebus kita tukar je surat baru dan bayar upah untuk 10 bulan tu tadi.

Oh ye kalau gadai di arrahnu bulan-bulan ye bayar upah ikut jumlah pinjaman. Tempoh gadaian arrahnu biasa 6 bulan tapi boleh lanjut lagi sampai 10 bulan.

Sekarang ni kat bank-bank pun dah banyak kaunter arrahnu dibuka. Sama je prosesnya. Kadang arrahnu bank lagi tinggi menawarkan pinjaman sehingga 80% dari nilai emas.

Apapun terpulang pada masing-masing. Arrahnu lain pun sama kadar pinjaman lebih kurang juga yang penting semua arrahnu ada upah.. hahaha Kalau tinggi pinjaman tinggilah upahnya .. hihihihi…

Bab tebus pula mungkin ada yang tertanya-tanya mcm mana saya dan kawan saya tebus emas yang digadai tu. Dulu saya ada asb loan. Jadi saya tunggu dividen/ bonus asb untuk tebus semua gadaian saya.

Alhamdulillah sampai sekarang emas saya tak pernah lagi tergadai. Sayang juga kalau tak ditebus sebab emas tu kira hasil usaha kita juga kann..

Selesai tebus emas kita gadai lagi. Beli lagi emas baru. Begitulah rutin saya setiap tahun sama juga dengan kawan saya. hahaha

Sampailah sekarang dah kahwin ada anak2 dah saya tetap menggadai. Cuma tujuannya lebih banyak membeli emas. Tak kisahlah cincin ke rantai ke gelang ke memang itulah tujuannya.

Suami saya pun tahu jadi dia ok saja hahaha sebab isterinya banyak koleksi emas. Suami saya dulu pun asal dapat bonus ASB saya minta sikit beli cincin ke gelang ke hahaha.. sebab bonus ASB dia lagi besar.

Saya kalau dah pergi kedai emas dan berkenan.. kalau tak beli memang saya asyik di fikiran saja. Tak kisahlah macam mana asal saya dapat beli.

Itulah masalahnya sampai sekarang saya masih suka membeli emas. Sehingga saya pindah tempat kerja ikut suami, kawan-kawan saya kat ofis pun sampai suka beli emas.

Rasanya tempat saya menetap sekarang ni banyak tempat dah arrahnu saya pergi. Arrahnu Yapiem, Ar rahnu Tentera, Arrahn Kelantan, Arrahnu pos hahaha..

Cuma ar rahnu bank-bank je tak pernah lagi. Tapi macam nak cuba je hahaha.. Sekarang tinggal satu je lagi arrahnu yang saya mahu setelkan. Tak banyak dah hehehe..

Apapun bila kita menggadai emas janganlah sampai tergadai.. Kita usaha tebus sampai habis. Kalau tak mampu bayar kita tukar surat dan bayar upah itu sahaja.

Macam sekarang ada juga kawan saya masih pinjam emas-emas saya. Sebab saya percaya pada kawan-kawan sebab tu saya berani pinjamkan. Ada juga sudah tebus alhamdulillah.

Kadang-kadang dorang pun perlu duit. Saya kesian juga. Tolong menolong katakan…

Tadi jalan-jalan pergi bandar sempat lagi singgah kedai emas. Kebetulan gov gaji sudah tambah lagi ada moratorium saya beli lagi emas hihihi..

Apapun buat pembaca-pembaca terima kasih sebab membaca. Bukan hendak menunjuk riak apa tapi inilah diri saya. Saya suka emas itu sahaja.

Masing-masing punya pandangan dan pendapat. Dan jangan lupa kumpul emas untuk simpanan kita. Emas makin naik tu cepat-cepatlah beli hihihi… babaiiiii

– Rama-Rama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *