Enlightenment

Enlightenment

Assalamualaikum semua. Aku perempuan, 27 tahun, bekerja sepenuh masa, pelajar sarjana separuh masa di IPTA Malaysia. Aktif dengan program jamaah Bulan sejak form 2 sampai lah degree (2016) . 2017 aku ambil langkah untuk ikut program2 jamaah yg bukan bawah Bulan. Sebab aku nak experience pembawakan jamaah lain.

Sekarang ni aku dalam proses tawar hati sebab “something” yang aku cari, aku tak jumpa dalam mana2 jamaah yang aku pernah join. Dan obviously, rata2 jamaah ni memang tak luput dari proses “judgement”. Hmm, benda ni yang aku nak clearkan untuk generasi akan datang.

Sejak 2018 aku dalam pencarian untuk spiritual healing. Sepertimana Nabi saw telah berkhalwat @ bersendiri di Gua Hira’ selama beberapa hari sebelum turunnya wahyu pertama kepada Baginda. Isu ini memang tidak diketengahkan sangat oleh mana2 pendakwah sekarang. Bagi aku, as a human kita perlu seimbangkan spiritual practice dan religion practice.

Nowadays, muslim tidak di dedahkan sangat dengan pentingnya meditasi ataupun spiritual practice ini. Sebab bagi aku solat sahaja tidak cukup untuk kita become fully ourselves, fully awarness, full conscious dan kenal diri sendiri sepenuhnya, find purpose of life ( ikigai), master our mind, quantum physics, Chakra activation dan sebagainya.

Sebab itulah kita tengok ramai muslim yang solat dan attire islamic tapi attitude ke laut china selatan dan actually banyak lagi sebenarnya byproduct daripada soul suffering ini. Aku memang nak detailkan lagi tapi aku risau kang tak sampai dek akal anda semua. Isu ini agak rare.

Sejak 2018, aku selalu tertanya2 kenapa muslim solat tapi susah nak dapatkan khusyuk, akhlak kurang baik, selalu dalam suffering dan sebagainya. Aku , sejak form 2 dah start pakai tudung labuh sampai sekarang walaupun bukan dalam aliran agama dan bukan datang dari keluarga yang practice islam sepenuhnya.

Then, kaji punya kaji aku sedar kita kurang dalam bab spiritual practice. Banyak lagi aku nak detailkan mengenai journey depression ( aku start depress awal tahun 2018) aku sehaluan dengan journey aku mencari the peace inside me.

Kalau nak cerita detail pasal meditation tak cukup ruang dalam page ini. Lagipun aku pasti ramai yang tak faham dan tak nak faham pasal bab ini. Dan aku tak nak sampaikan mesej kepada those yg tak sedia nak terima mesej ini.

Dalam tempoh awal 2018 sampai sekarang, aku duk carik islamic mediatation yang di jalankan di asia ini. Hasilnya, takde. Hanya ada satu sahaja pusat yang aku percaya di USA conduct by Ihsan Alexander. Jauh sehh. Sebab apa? Real muslim mediation nak carik tu macam carik jodoh. Punya payah. Dan aku memang sangat memilih sebab kadang nama je mediation tapi intipati agak mengecewakan.

Then sampailah sekarang aku dah try masuk dan enroll meditation buddhist & hindus punya program tapi dorang semua tak terima aku sebab aku muslim. Aku cari sampailah sekarang takde pusat meditasi malaysia yang nak terima aku. Aku sanggup ambik cuti demi nak pulihkan soul aku ni. Sebab byproduct meditation ni memang aku tak boleh nak explain kehebatannya.

Nak tambah sikit, aku ni memang introvert sebab aku takde kawan rapat. Dengan family pun aku jauh sebab aku kerja jauh dari negeri aku. Aku lebih selesa sendiri. Satu sahaja aku nak tanya, ada siapa siapa nak ikut aku dalam spiritual journey februari ini? Ataupun tahu mana2 lokasi yang sesuai untuk meditasi? Aku tak tahu nak kemana, tapi for sure aku kena hit the road jugak.

Btw meditasi (healing) yang aku nak pursue ni nothing to do with religion. Its a universal treatment untuk bangsa manusia. Tapi tula, kerajaan malaysia dan haramkan untuk muslim yg nak join apa2 program meditasi yang di jalankan oleh mana2 hindu & buddhist monk padahal mereka buat self healing takde kaitan dengan agama pun, unless for deeper practice mereka akan masukkan unsur agama pada those yang nak.

Well, being an ignorance muslim malaysia is too mainstream bossku.

Adios…

– Suffered soul

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit