Alkisahnya semalam kitorang pergi pantai. Anak meragam. Tak nak berjalan, nak berdukung je.
Saya penat. Anak asyik nangis je tak berhenti. Nak kita ikut sangat dia punya permintaan. Tantrum dia tu. Ya di khalayak ramai. Sungguh memang stress.
‘Apa masalah kau hah? Ada kaki jalan la. Bukan patah pun kaki tu. Orang pun penat juga. Dekat situ je nak pergi pun. Sudah2 la nangis! Bising tahu tak!’
Kalau ikutkan hati saya geram sangat nak tutup habis mulut dia yang duk menangis tu. Pelbagai bayangan yang bermain di kepala. Tapi aku tak sanggup pun buat. Sisi jahat/ mental koyak aku. Masih waras lagi. Aku sayang tapi benci juga. Entah laaa.
Anak terus menangis tak berhenti. Saya memang tak boleh sangat. Daripada kecik sampai besar dia duk nangis macam tu. Oversensitif dengan tangisan nyaring dia tu.
Otak saya jadi berdenyut, kepala sakit, minda serabut! Tak boleh nak fikir apa. Macam short circuit.
‘Eee.. Serabutlahhhh!!!!’
Tangan saya dah mula tutup telinga sendiri. Sampai bila semua ni nak berakhir. Aku jah nak hidup tenang. Serabut bising2 macam ni.
Penat tahu tak. Kena duk rumah. Jaga anak. Jaga rumah. Itu ini. Berulang ulang je. Nak hadap anak yang tak dengar kata tu. Asyik arah itu ini. Menangis je tak henti.
Sungguh aku terkilan sangat bila suami aku stress dan marah aku balik. Dia kata aku duk mengarut cakap bukan2. Serabut lah. Stress lah.
Aku cakap la kat dia. Itu apa yang aku rasa, aku duk tanggung hadap hari2. Kalau aku tak cakap tak lepaskan, nak aku pendam simpan sabar diam sampai bengkak meletup??
Ni bukan kali pertama kitorang gaduh pasal ni. Haritu pernah aku pergi tempat kerja dia je pun. Aku cakap penat jaga anak. Suami cakap dia minta aku satu benda je, jaga anak time dia kerja. Apa yang susah sangat?
Bagi aku susah weh! Orang cakap kena enjoy anak. Kejap je dia akan besar. Aku cuba juga, bukan tak. Tapi aku nak difahami dan dihargai juga. Aku takde support.
Aku ada siapa je selain suami aku nak luah penat aku. Mak ayah pun takde nak mengadu. Adik beradik lagi lah takde. Aku ada mak mertua dan ipar je. Takkan nak mengadu kat diorang. Mana diorang kisah.
Anak aku ni bukan rapat pun dengan nenek mertua dia tu. Asyik menangis. Salam pun tak nak. Mak mertua mestilah suka cucu dia yang baik petah berkata ceria dan rapat dengan dia.
Selalu compare. Tu aku malas tu. Macam cucu dia yang lain semua perfect. Anak aku ni macam ada problem apa lah. Selalu meragam.
Memang Allah sebaik tempat mengadu. Tapi tu lah. Aku pun tak tahu apa kesudahannya. Aku masih marah2 serabut2 stress2. Asyik berulang je. Aku nak perubahan.
Aku ada niat nak sambung belajar dan bekerja. Aku nak anak aku berdikari, bersosial, biar pandai sikit bawa diri.
Hantar dia orang jaga. Aku dah berkorban masa dan tenaga dah dari mengandung, melahir, menyusu. Banyak dah makan hati.
Perjuangan sorang2 yang orang tak akan faham dan banyak nampak salah je. Kurang sangat aku ni sebagai ibu kepada anak aku.
Aku cemburu dengan ibu yang bekerja. Yang dari kecik dah hantar anak ke pengasuh atau playschool.
Anak takde lah social anxiety macam anak aku ni. Sebab dah pandai berkawan bermain dengan budak lain. Mingle dengan pengasuh/ cikgu, orang dewasa lain.
Anak aku ni. Aku dan ayah dia je lah yang dia selesa nak bercakap ke apa. Dengan orang lain tak nak. Normal ke? Asyik nangis? Meragam?
Manja ke mengada? Mengarah nak itu ini. Tantrum nangis menjerit nak sesuatu yang dia tak dapat.
Suami aku cakap normal lah budak. Dia kecik lagi. Bagi aku tak! Dia dah nak masuk 3 tahun, apa yang kecik lagi.
Aku selalu juga muhasabah diri. Apa yang aku ada buat salah. Aku banyak menangis ke time mengandung? Aku banyak menjerit ke kat dia time kecik?
Dia balas balik memberontak dekat aku ke? Aku ingat postpartum depression dan baby blue aku dah takde. Macam datang balik. Adui entah la. Aku banyak tak layan dia dengan baik kot.
Macam mana nak bentuk perangai anak2 yang baik adab, rajin dan berdikari waktu kecik? Aku ni contoh yang tak baik sangat ke untuk dia? Marah aku yang tak berkesudahan ni. Patutnya aku lebih sabar kan? Layan anak aku tu elok2
Tapi entahlah. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Rasa benci sangat dengan arahan. Anak aku minta air masak je pun aku dah melenting. Sebab aku penat dah!
Dia pun dah besar, dia boleh kot pergi ambil sendiri air masak. Ni tak, nak minum mintak, nak makan mintak. Aku selalu puji bila dia boleh buat sendiri ambil air, ambil makanan, kemas mainan dan sebagainya. Tetap juga dia meragam dan buat hal.
Tak boleh ke aku buat hal aku, dia buat hal dia? Kenapa dia nak attention dan appreciation aku je hari2? Aku takde pun rasa semua tu time kecik.
Mak ayah aku kerja je dulu. Bertukar pengasuh, aku anak angkat, anak susuan, masuk taska pun awal. 3 tahun ke 4 tahun kan dah fasa untuk berdikari, boleh urus diri. Hadui.
Mungkin suami aku tak faham. Aku cuba je untuk fahamkan dia. Yang aku nak kerja, anak dah besar.
Aku bukan jenis yang boleh duduk rumah. Walaupun dah makin selesa tak bekerja. Last aku kerja waktu intern dulu je. Entah la, terkahwin awal, alhamdulillah, rezeki anak sulung cepat.
Ttc untuk anak kedua, ada rezeki, adalah. Mungkin aku tak mampu lagi kot. Kalau ada kawan adik ke, anak sulung aku ni mungkin lebih cerdik, bijak, tak manja sangat, lebih menjadi abang, pandai berdikari sikit tolong aku jaga adik.
Aku suka je jadi mak. Aku sayang anak aku. Aku tak sanggup hilang dia. Aku pun tak nak lah derhaka dengan suami aku. Selagi aku isteri dia aku kena taat kan, biar dia suka redha dengan aku.
Tapi kebelakangan ni. Aku rasa penat sangat. Dan rasa takde support. Kawan aku mostly belum kahwin pun. Mana diorang faham hal menjadi isteri dan ibu. Aku tak cerita. Diorang penat bekerja. Semua orang penat kan? Hidup masing2. Cabaran masing2.
Moga Allah mudahkan urusan kita semua. Sesungguhnya Allah sebaik penolong. Moga Allah angkat penat lelah kita ni, jadi sebagai pahala.
Sabarkah aku? Entahlah.
Kadang takut juga. Aku akan bagi kesan teruk pada anak aku ni. Asyik marah membebel mengomel pada dia. Banyak kali aku jauhkan diri daripada sebab tak nak marah dia tapi dia tetap datang dekat.
Adui la anak. Bagi la ibu ruang untuk tenang. Kadang rimas sangat, manja betul, itu ini nak aku ada, aku buat. Too needy. And i dont like being needed too much.
Parenting skills. Bukan aku tak belajar. Aku buat je apa yang boleh. Aktiviti untuk anak pun aku cuba pelbagaikan. Mungkin apa yang aku rasa ni adalah burnout.
Panjang juga aku taip luahan ni. Terima kasih kerana membaca. Aku dah ada rasa lega sikit jika ada yang sudi mendengar dan support aku untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik.
Oh aku nak tanya juga lah pendapat korang para ibu. Apa yang dimaksudkan dalam hadis ibu melahirkan hamba?
Lepastu dalam kaedah didik anak pula, sampai umur 7 tahun layan anak macam raja, sampai 14 tahun macam hamba, seterusnya sebagai kawan, relevan lagi ke pada zaman sekarang?
Untuk didik anak macam raja tu? Tak ke kita jadi hamba anak pula? Itu yang aku rasa sejak kebelakangan ni. Kalau boleh memang aku nak jadi ibu yang malas, supaya anak ada common sense buat itu ini sendiri.
Tapi aku memang anti kalau rumah bersepah mainan hadui. Bukan apa, takut aku dimanipulasi anak aku sendiri. Atau mungkin diri aku je yang rasa begitu. Hmm
Oh. Nak pisahkan tempat tidur anak macam mana pula ye? Asyik nak tidur dengan aku je.
Dalam 3-4 tahun gitu kita sebagai ibu kena start jaga aurat badan dah kan dengan anak lelaki? Walau diorang belum baligh? Banyak perkara sebenarnya ni, sebab baru awal tahun haritu stop menyusu.
Mandi nak sama2 dengan aku lah. Penat nak layan anak manja sorang ni. Tapi kalau tanpa dia, siapalah aku. Time baik, baiklah. Time gaduh mengamuk selalu juga.
Anak aku ni dia macam tak boleh tengok aku sedih dia nak sedih. Tak boleh tengok aku marah atau tegur sikit, terus nangis. Alahai kenapa eh? Dia hati tisu. Aku mental koyak, emosi ke laut. Haih. Love hate relationship indeed.
Bukan apa tau. Aku takut kalau aku mati dulu. Takkan aku nak tinggal anak aku manja mengada macam tu.
Macam mana dia nak survive hidup yang sukar ni. Dia kena kuat. Aku nak latih dia jadi kuat. Kena pandai jaga dan bawa diri. Pegang dengan iman.
Awal sangat ke? Adakah aku terlalu letak harapan tinggi kepada budak yang masih belum matang dan belum mengerti apa itu hidup?
– Nebula (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit