Fikiran Celaru

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya post ini disiarkan. Tujuan saya menulis ialah ingin mendapatkan pendapat pembaca sekalian. Saya merupakan fresh graduate, bakal bergraduasi November ini In Shaa Allah. Selepas tamat degree, saya memulakan job hunting & buat masa ini status saya ialah seorang intern yang dibayar elaun di salah sebuah company swasta. Internship ini selama 6 bulan & sekiranya performance saya sangat memuaskan saya akan diserap oleh company.

Saya sudah bekerja lebih kurang 1 bulan setengah. Sejujurnya saya sangat tertekan dengan kehidupan yang saya alami sekarang. Company yang saya kerja ini hanyalah company kecil jadi tenaga kerja sangat kurang. Hari bekerja pula Isnin – Sabtu (setengah hari).

Walaubagaimanapun, saya terpaksa bekerja hari sabtu bagaikan seperti hari biasa kerana saya bekerja dalam bahagian makmal. Setiap hari akan balik lewat & terpaksa overtime memandangkan samples diluar jangkaan. Colleagues lab rata-ratanya Cina & India.

Sebaik sahaja register sample, mereka akan menyuruh saya lakukan experiment ketika itu juga dengan alasan tidak mahu balik lewat. Ya saya faham tapi once run experiment, saya perlu monitor & tidak boleh keluar lab & ini sangat merunsingkan saya apabila pernah juga beberapa kali terpaksa qada solat. Saya juga stress kerana hanya 20% sahaja ilmu fundamental ketika di Universiti boleh diaplikasikan.

Boleh dikatakan semua benda amat baru bagi saya & saya terpaksa belajar macam-macam. Setahu saya sekiranya menjadi staff permanent di sini, Kami akan sentiasa dinilai melalui presentation & tidak boleh berada di satu department lab sahaja. Perlu training di department lab lain juga.

Saya pernah dipanggil bos & ditawarkan kerja permanent selepas 6 bulan. Tetapi fikiran saya masih bercelaru. Saya pernah terfikir hanya nak habiskan 6 bulan & cari kerja baru tapi mencari pekerjaan buat masa sekarang sangat mencabar. Hampir setiap hari saya akan pulang lewat & bila sampai rumah terus tidur. Saya pun tak tahu waktu bila saya ada masa lapang untuk belajar & buat ulang kaji di rumah.

Hari cuti saya hanya hari Ahad & saya rasa sangat tidak produktif kerana saya lebih gemar qada tidur setelah hampir setiap hari bekerja. Ketika di Universiti, saya pernah juga ikut program tarbiyah tetapi buat masa sekarang saya tidak berkesempatan. Saya rindu inginkan pengisian rohani tapi saya sendiri yang tidak memberikan komitmen atas sebab-sebab di atas.

Pendapat keluarga pula ialah melanjutkan pelajaran dalam Master. Tetapi saya tidak berniat untuk sambung master in research kerana kos pengajian yang tinggi & bagi saya sekiranya saya sambung, saya bagaikan melarikan diri daripada masalah. Selepas habis master, kitarannya sama juga fresh graduate yang tiada pengalaman bekerja. Saya mohon pendapat pembaca sekalian. Terima kasih.

– Miss Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *