Hi, nama aku Rahmah (bukan nama sebenar) and aku 25 tahun. Aku bukan la alim tapi aku tahu batas.
Nak dijadikan cerita, aku berhijrah ke negeri lain disebabkan kerja. Di sini, aku kenal dengan beberapa orang baru antaranya si M.
Aku suka si M ni sebab untuk pertama kalinya aku merasa disayangi, dihargai dan dicintai. Dia sentiasa mengalah dengan aku and buat aku selesa dengan dia.
Tapi, ada satu hari tu aku berjumpa si M di rumahnya. Iya, aku bodoh kerana terlalu mempercayainya.
Niat aku hanya la untuk meluangkan masa bersama dia. Borak dan makan bersama. Dalam tak sedar, aku rasa diperangkap.
Dan untuk pertama kalinya aku hilang mahkota yang selama ini aku jaga. Aku tak merelakan dan aku dipaksa sebenarnya.
Aku cuba melawan tapi apa kan daya. Tenaga dan kekuatan aku tak setanding si M.
Lepas kejadian, aku dihalau keluar kerana aku melawan. Tapi belum sempat sampai rumah, si M mesej aku minta maaf dan sebagainya.
Aku pulang dengan perasaan yang entah, tak tahu untuk aku gambarkan. Aku sedih tapi aku tak boleh menangis. Air mata aku seolah tersekat.
Boleh kata macam heartless jugak tapi sejujurnya aku kecewa dengan diri sendiri.
Apa yang terjadi kerap bermain difikiran aku. Aku terus terfikir perasaan parents aku. Nasi sudah pun menjadi bubur. Tak boleh nak putar balik masa.
Tapi dalam masa yang sama aku masih berfikir untuk bagi second chance pada si M. Aku belum bagi jawapan pada dia.
Aku tahu benda ni bodoh tapi mungkin sebab aku dahagakan kasih sayang. Patut kah aku terima dia balik tapi dengan syarat dia berubah ke arah lebih baik?
– Rahmah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dont do anything. adik pergi bertaubat, beristighfar, sesali kesalahan, dan jgn di ulang lagi. Allah dh bagi adik peluang tu. Ingat Allah banyak2 dek, tu semua nafsu jer. Adik jgn balik ke dia lagi k walau apa pun jadi. Jgn kembali pada perkara yg Allah dh jauhkan adik drpd nya.
rahmah, tak perlu bagi dia peluang kedua. dia takkan berubah. ingat. dia halau awak lepas dia puaskan nafsu dia. tu bermakna dia tak sayang awak pun. dia layan awak macam kain buruk je. kalau awak bagi peluang kedua, awak akan ulang balik benda yg sama.
awak move on ok….jangan pergi balik dgn dia…
nanti hidup awak lagi musnah…
awak perbaiki diri jadi lagi terbaik dari sebelum ni..
no second chance please. sebab dia takkan berubah pun. susah nak berubah. nanti di depan hari, takut awak pula yang terbuai jauh dengan nafsu tu. percaya la. selamatkan diri dulu kalau sayangkan diri :)
Aku lelaki. harap ko baca komen ni. lelaki tu 100% nak guna ko untuk sedap je. lari jauh jagalah diri. aku kesian baca kisah2 pempuan dalam ni yg bagi badan kat lelaki. lelaki baik takkan sanggup rosakkan perempuan walaupun ada peluang. kang kau dah termengandung ko ingat dia nak tanggungjawab ke. Aku doa mintak jauh la dari keturunan kita semua dari jadi mangsa lelaki musibat
Report polis la. Melainkan memang suka sama suka. Tapi apa ko expect bila berdua-duaan dengan lelaki kat rumah? Tok Imam sembahyang tak tinggal pon boleh terbabas sis. So salah kau kat situ la. Salah laki tu lagi besar. Kalau tak report polis, dia buat pulak kat perempuan lain pasnih. Dah jadi tanggungjawab untuuk ko report polis. Malu ya, tapi ko kena betulkan balik silap ko. Jangan tambah dengan silap2 lain. Ko cair nak balik ngan dia sebab dia mintak maaf tapi tu sebenarnya cara dia tak bagi ko report. Ingat balik dia halau ko lepas dah setel sebab ko melawan. Ko ni sampah je bagi dia. Ko ingat dia nak buat isteri ke perempuan yang senang2 pegi rumah laki berduaan.
why not bg dia peluang kedua. benda sedap kan u pun suka kan. parents bukan tau pun u buat apa kat sana. pandai buat pandai simpan la yer.
report polis la kat tak rela dan dipaksa…
Laki yg baik adalah laki yg xkan sentuh prempuan sblum ikatnye .so pham2 ar ye .
Admin minta tapis komen c yuyu ni. Saya tgk komen dia asyik sindir2 dan mendatangkan pergaduhan…
Kalau tnya pndgn akak la..lelaki ni ada 2 jenis.
Jenis pertama dia pujuk rayu utk dpt mahkota perempuan.Once dah dpt dia blah terus menghilang.Ko mesej ke kol ke dia xkan jawab dah.Dia treat mcm ko habis madu sepah dibuang
Jenis kedua
Dia paksa mcm kes ko ni.Dan minta maaf tu sbb nak tutup salah dia dan xnk bg ko kecoh2..dia akan merayu cinta…cinta la sgt kn?actually dia nak gunakan ko lg smpai lunyai dek..dia ada rakam video tak?
Kalau kes rog** baik ko bawa ke balai dek.Mmg malu keluarga dpt tau tp drp ko tanggung perasaan kotor bersalah tu smpai tua?benda ni akan ganggu mental emosi tau …takut lama2 dia dh pakai ko..ko pula jd ketagih.Dah jd 1 penyakit.Lg bahaya.
Bertaubatlah dek mohon petunjuk.Dia bkn lelaki baik utk ko tu je aku nak pesan.Lelaki baik takkan ragut maruah wanita no matter what
Don’t stay, leave him. Trust me if u still stay with him. Die akn ulang n ulang n ulang smpi bang Jamal mmpus. Smtara ko boleh selamatkn diri terus la jauhkn diri dr mamat tu. Klo die baik die xkn sentuh ko, ni die pakse smpi die dapat.of coz die bukan laki yg baik.
Betul la, llaki tu brkawan dgn kau sb ada target je. Nk kan body awak yg blm disentuh llaki lain. Nak rasa ‘dara’ org yg xkena bayar walau 1 sen. Dia apa kisah u mlawan ke apa, janji dia puas. Masa awak mlawan tu, dia dh brjaya ragut kesucian awak kn. Xguna la awak mlawan lepas dh kena tu. Patut masa awak diajak ke rumah dia tu, awak pikir dulu masak2. Ye la, benda dh jadi kn. Cuma tolong diri awak sendiri skg. Jgn mesej, call & jumpa dia lg. Awak jgn jd bodoh sgt nk dptkn kasih syg dr llami mcm tu. Dh sah2 dia mmg biasa buat kerja tu. Mgkin awak bkn yg pertama? Tolong lah, jgn blaku kali ke dua lg dgn dia atau mn2 llaki pun selagi awak blm bersuami. Angah tahu awak ni, anak yg baik, bkn jenis gedik2 & tidur dgn lelaki sana sini. Awak kena ingat, org ppuan jija lakukan seks, kmgkinan mengandung tu ada. Tolong lah, jgn biarkn ini brlaku. Dh byk kes, ppuan mngandung luar nikah tanggung azab mngandung & mlahirkan sendirian tanpa sokongan sesiapa hatta pasangan yg tabur benih dlm rahim dia sekalipun. Pasangan x mahu brtanggungjawab malah mnuduh ppuan yg mngandung anak dia tu mgkin mgandingkn anak llaki lain. Sedangkan ppuan yg mngandung tu tahu & sedar hanya lelaki itu je yg pernah ‘bersama’ dgn dia. Akhirnya, perempuan tu melahirkn anak seorang diri, turun darah dgn byk & dia serta anaknya mati. Mati yg sia2. Awak nk akhir hidup awak bgitu ke? Tentu x kan. Hentikn hubungan & brtaibat & perbaiki diri. Angah yakin awak kuat.
Barangkali dia hubungi kamu selepas insiden itu supaya elakkan kamu buat laporan polis.
Saya sarankan kamu pegi ke Balai Polis, dapatkan nasihat drp Peg Penyiasat wanita. Buat laporan.
Selain daripada kes rogol, kes cabul dan juga mendatangkan kecederaan juga boleh kena. Walau bagaimanapun, bagi kes sebegini masa adalah sangat penting.
Saya berasa simpati dan juga prihatin kerana saya juga ada anak perempuan yang dewasa.
Sekurang-kurangnya kurang seorang perosak wanita dihantar ke penjara.
Semoga Allah permudahkan urusan kamu.